Selasa, 29 Disember 2009

mata satu, mata dua

seorang pemburu berjalan-jalan di sebuah pulau yang baru diteroka. sedang dia menyusur pantai, dia terserempak dengan lelaki bermata satu(cyclop). benda pertama yang melintas dalam akalnya, dia ingin tangkap lelaki mata satu ini, dibawa ke tanah besar dan adakan sebuah sarkas freak show. tentu dia akan kaya, fikirnya.

"erm, encik mata satu. mahukah encik ikut saya ke tanah besar? banyak benda menarik di sana."

encik mata satu membalas, " sebelum itu, encik mata dua, marilah ikut saya ke rumah saya sebentar. saya perlu cakap dengan keluarga saya."

keluarga! alangkah bertuah nasibnya, fikir pemburu. bukan saja seorang mata satu akan dibawa balik ke tanah besar, malah dia mungkin dapat membawa satu keluarga mata satu.

maka berjalanlah mereka ke rumah encik mata satu.

sampai-sampai sahaja, si pemburu dicekup oleh sekumpulan lelaki mata satu. dia meronta-ronta, tapi tidak mampu melawan. kemudian dia diketuk sampai pengsan. bila sedar, dirinya sudah dalam sangkar besi dikelilingi oleh gerombolan kanak-kanak mata satu. dekat pada sangkar besi itu, lelaki mata satu yang dijumpai semalam.

"ya, tuan-puan, anak-anak semua. saksikan lelaki mata dua yang tidak pernah kita lihat sebelum ini!!"

-relativiti-

Selasa, 22 Disember 2009

ruang untuk mereka yang

aku merenung titik-titik habuk pada cermin pintu balkoni. sesekali cermin pintu balkoni bergetar bila ditampan angin kuat. hari warna kelabu. lalu lintas sibuk seperti biasa. tv terpasang tak ditonton. bunyi-bunyinya bermain di corong telinga. aku jauh dari sini. jauh. jauh..

zuuppp!!

hitam. gelap. tiada atas, tiada bawah. aku terapung-apung dalam ruangan hampagas. kemudian ada satu suara menyeru.

"ada sesiapa di sana?"

cemas, aku pantas menjawab. beberapa detik selepas itu muncul seorang lelaki berkot kulit hitam, jeans cikang dan but paras tumit. dia tersenyum. selamat datang katanya.

"di mana aku?" tanyaku.

"di mana? di mana-mana!!"

aku marah. dia tertawa. terbahak-bahak.

"kau sedang berada dalam hati kau sendiri. sini-lah ruangan di mana orang-orang putus asa akan berakhir. orang-orang yang tidak lagi punya harapan. yang tiap paginya tidak berminat untuk meneruskan harinya. hati kau terlalu kosong, lompong (sambil menuding telunjuknya ke dadaku) hingga kau tersedut dalamnya. sama seperti prinsip vakum."

aku terkejut. "dan macam mana rakan-rakan aku? keluarga aku? mereka akan sedar kehilangan aku?"

"tentulah. tapi mereka takkan menjumpai kau lagi."

"siapa kau?"

"oh, kau tentunya kenal aku," jawabnya sambil masih tersenyum.

aku menutup mata sambil berharap semuanya akan kembali seperti biasa.

Isnin, 21 Disember 2009

matahari barat


simbol atau grafiti ini terlukis pada batu penahan hakisan sepanjang pantai. keringkasannya begitu menarik. 4 oval dan 2 garis. kemudian pada batu sebelahnya akan ada tulisan. antaranya: adakah kamu redha adik perempuanmu diperlakukan sebegini.

warna petang jingga pekat. pakcik-pakcik 40-an membawa dulang dengan 2 cawan teh untuk 2 orang yang sedang duduk atas batu menghadap laut. pemancing dengan joran panjang pulang ke rumah. sekejap lagi maghrib.

pemancing dan pakcik teh juga pernah satu masa dahulu, muda.

Sabtu, 19 Disember 2009

bercerita bersama professor

beberapa hari lepas seorang professor bercerita semula pengalaman abangnya ke malaysia. katanya, abangnya itu bergambar di hadapan menara berkembar. tinggi. puncaknya tidak termasuk dalam gambar. katanya, abangya kata kuala lumpur indah. dia menyambung lagi, ketika abangnya bersiar-siar hari cerah sekelip mata jadi gelap; air turun tiba-tiba bagaikan kolong langit sudah terpokah. mencurah-curah air membasahi kuala lumpur.

"and then there was *poww*!!" sambil melukis garis-garis tajam atas kertas.


kami ambil masa beberapa saat untuk faham, professor memaksudkan guruh. petir. kilat. dan kami faham betapa jarangnya kilat,petir dan guruh di tanah airnya.

sedang mendengar cerita professor, segalanya tergambar jelas dalam fikiran. kami nampak lopak-lopak air di kaki lima, orang berpakaian pejabat berlari mencari teduhan; malah bau-bau besi awal hujan pun kami ingat. selepas hujan akan ada sisa-sisa hujan melekat pada hujung daun-daun pokok, atau menitik perlahan-lahan dari atas atap.

beribu batu jauh dari rumah, kami nampak indah dan istimewa tempat sendiri berbanding tempat orang. jarak telah mengajar kami. sama seperti melihat seisi kuala lumpur dari udara. anda perlu berada tinggi beberapa ribu meter di udara untuk melihat keunikannya.

"kuala lumpur is a beautiful place. there's a beach in kuala lumpur isn't it?" tanya professor.

Selasa, 15 Disember 2009

bertukar

Mat namanya. dia sedang duduk bersila atas tanah di laman rumah di sisi sebuah buaian biru. di sisi Mat pula kucingnya yang sejak lahirnya tidak pernah dinamakan. Mat mengusap-mengusap kepala kucingnya.

"engkau ini apa kerja eh? " tanya Mat. "seharian terlentang tidur, senang. kemudian orang bagi makan."

kucing Mat diam. matanya tertutup. cuma misainya yang panjang itu tergerak-gerak. dan sesekali telinganya pun bergerak. kemudian kucing tersebut menguap luas hingga nampak taring-taringnya sampai ke tonsil sekali. bila matanya celik, kucing itu memandang Mat dengan pandangan yang bosan; seperti melihat serangga-serangga tak bermakna atau sampah-sampah.

menurut perkiraan Mat, kucing ini umurnya dalam 5 tahun. Mat tidak ingat bila mula dibelanya kucing itu. hati Mat bengkak bila memandang kucing itu. Mat sudah tua bangka melewati umur 20-an. namun kucingnya itu sudah dahulu "kahwin".

"kau tahu, aku kalau boleh nak jadi kucing," keluh Mat.

kucing itu bangun menggeliat seketika dan meninggalkan Mat terduduk sedang mata Mat mengekori kucingnya berjalan perlahan, macho.

Jumaat, 11 Disember 2009

fragmen #2

kau pernah dengar cerita ini?

dahulu, pernah ada sepasang stokin dalam rumah ini.

....

.........

Selasa, 8 Disember 2009

maaf, tak boleh



dia datang
.
aku kata, "maaf, tak boleh."

dia masih berkeras.

sambung aku, "aku sudah pun punya 4 kau tahu."

dia tetap berkeras.

aku mahu lari. ke belakang tak boleh.

di hadapan ada dia.

sisi aku terhimpit.

tinggal, sama ada ke bawah - 6 kaki ke bawah tanah;
atau terbang naik ke kayangan.

kau rasa siapa dia?

kemudian datang satu lagi.

...

.....

5 kesemuanya. atau 6. atau salah kira mungkin 7.

"ini semua salah awak! memang salah awak! kalau awak tak berperangai
macam tu, awak mungkin hanya ada 2 atau 3 saja!"


Sabtu, 5 Disember 2009

Selasa, 1 Disember 2009

cuti panjang

Abdou duduk menghadap komputer. Hosni sedang memetik tali-tali gitar. Abhar pula menguis-nguis baki makanan atas pinggannya. telunjuknya bermain-main dengan beberapa biji kacang hijau yang tak dimakan, kemudian dipenyek-penyekkan begitu sahaja bila sudah bosan.

cuti masih panjang.

lima minit selepas itu, Abdou masih di depan komputer. Hosni melatih kelingkingnya untuk jatuh betul-betul pada atas tali, dalam kotak fret yang betul. Abhar sudah di dapur membasuh pinggan yang siap digunakan.

setengah jam berlalu. Abdou masih lagi di depan komputer. jari-jemarinya sudah tidak menaip lagi. dia hanya tengok sahaja skrin komputer. Hosni sudah berjaya melatih kelingkingnya. dia memainkan beberapa kord daripada sebuah lagu. grenggg, greeeengg, greeenngggg. Abhar duduk di meja ruang tamu menonton rakannya.

dalam hati mereka sama-sama menjeritkan kebosanan.

atas meja ruang tamu, buku-buku dan alat tulis Abdou bergelimpangan akibat peperiksaan yang lepas. Abhar cuba mengemas barang-barang Abdou di atas meja. alat tulis diletakkan pada satu sudut. buku pula Abhar letakkan di sebelahnya. ada satu buku warna merah, tertera padanya "kesihatan komuniti untuk pelajar 09/10".

Abhar tergerak untuk membacanya.

Abhar buka muka pertama dan terus membaca.

Abdou lihat abhar buka buku warna merah. Hosni juga melihat apa yang dilihat oleh Abdou. kemudian mereka berdua memandang sesama sendiri. masing-masing mata terbeliak.

"Abhar! jaaa-ngaaan!!" jerit Abdou sambil bangun berlari mendapatkan Abhar. Hosni ambil buku merah itu, terus menutupnya dan menolak buku merah itu ke hujung meja.

"Abhar! Abhar! kau o.k? Abhar! jawab la!! oi! kau o.k ??" kata Abdou. dia menggoncangkan kuat bahu Abhar namun Abhar masih membatu. matanya terbuka tidak berkelip sepicing pun. wajahnya kosong.

Hosni lihat buku warna merah tertera pada kulitnya "kesihatan komuniti untuk pelajar 09/10" penuh kebencian.

"Abdou, kau tak sepatutnya biarkan buku tu bersepah di mana-mana. tak ada apa yang kita boleh buat sekarang. sudah terlambat. Abhar, (jeda sebentar) sudah tiada."

Abdou masih menggoncang bahu abhar. Abhar masih juga begitu: mata terbuka luas tidak berkelip, wajah kosong sambil mengucapkan perkataan-perkataan pendek tanpa makna, seperti sebuah pemain piring hitam yang rosak.

"Abhar, maafkan aku. mmmm-me-mang salah aku biarkan buku tu bersepah," tangis Abdou.

namun Abhar tidak pulih. Abhar sudah jadi seperti pemain piring hitam yang rosak.

Ahad, 29 November 2009

raya #4

+weh

-hmm?

+kenapa?

-apa?

+kenapa hari raya orang akan gembira?

-sebab hari raya.

+sebab?

-sebab bila hari raya-lah kita akan merayakan perayaan. raya korban orang akan gembira pasal dapat banyak daging, tulang, dan tak lupa babat.

+owh. dan semua orang akan gembira?

-ya.

+hmm. aku juga dapat daging dan tulang unta. aku buat masak sup. aku masih tak gembira.

-?

+maksud aku, kau tengok orang-orang tu. semua gembira sambil makan-makan. aku masih tak faham kenapa mereka gembira, dan ini, membuatkan aku tak gembira.

-kejap.

+mungkin apa yang disebut sebagai perayaan hanya satu fenomena letusan kegembiraan tanpa sebab yang nyata pada satu tarikh yang dipersetujui masyarakat? kemudian orang ramai akan berpakat untuk gembira bersama pada hari tersebut?

-tak. bukan macam tu. mereka jumpa sahabat-sahabat lama yang jauh terpisah. mereka bertanya khabar. bertukar-tukar berita. kau tahu, kawan juga sebahagian daripada keluarga. dan tidak ada yang memberi kebahagiaan lebih daripada keluarga.

+aku tak kenal siapa-siapa di sini. bermakna, aku tidak akan gembira.

Rabu, 25 November 2009

hari ini 24

kata-kata rambang hari ini:


you can turn back the clock, but you can't wind it up again
-tertera pada sweater entah siapa-


pergi pagi, balik petang; adakala sampai malam, kemudian tidur pagi


selamat hari ibu


pms, mood swing tidak eksklusif pada wanita. lelaki juga punya hormon


tiru dalam exam boleh. tapi jangan saya kantoikan awak.
-cikgu-


letak kasut atas rak.



Isnin, 23 November 2009

tak sangka



siapa sangka, produk zara mampu dimiliki tanpa merabakkan poket.


Sabtu, 14 November 2009

riwayat

eeeeeeeeeeeeee......... (hinggap kat hidung)

eeeeeeeeeeeeee....... (hinggap kat hujung jari)

eeeeeeeeeeeeee........ (hinggap kat tingkap. kaki bergerak-gerak semacam bersihkan sayap)

eeeeeeeeeeeee......... (hinggap kat tepi kain)

eeeeeeeeeeeeeeee......eeeeeeeeeeeeee.........
...eeeeeeeeeeeeeeeee...............eeeeeeeeeeeeeeee.......
...eeeeeeeeeeeeeee...........eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....(kena kejar dengan seorang yang berang, tak ada masa nak mendarat)

eeeee...(hinggap kat dinding. ambil nafas kejap, letih dikejar.)

(tengok orang kat atas katil tengah baca buku. macam seronok.)

eeeeeeeeeeeeee............(terbang lagi.)

eeeee...eeee....eeee....(hahahahaha. suka gila kacau orang.)

eeeeeeeee......eeeeeeeeeeeeee.....eeeeeeeeeee.... (hahahhaahhahahaha. hidup ni pendek! enjoy!!)

eeee.....

*ke-te-pek!!*

tamat riwayat lalat terakhir musim panas. sekarang dah bertukar musim, kau patut tak ada sekarang ni. tunggu 6 atau 5 bulan lagi. ok?

Khamis, 12 November 2009

hajat

langit tiba-tiba jadi hitam. kilat sambar menyambar. dewa naga sedang diseru oleh gohan. setelah susah payah mengumpulkan 7 biji mutiara naga yang tercampak ke segenap penjuru dunia, kini gohan tinggal perlu katakan saja hajatnya kepada dewa naga.

7 biji mutiara naga bersinar. kemudian satu terpancar satu cahaya kuning gemilang daripada 7 biji mutiara tersebut. dari cahaya itu dewa naga perlahan-lahan menjelma.

"nyatakan hajat kamu wahai gohan."

gohan pandang rakan-rakannya. pikor, bezita, buu, yamaha dan lain-lain semua percaya pada gohan. ini kali pertama gohan bertemu dewa naga. gohan agak gementar dan gugup.

"hi....hidupkan..hidupkan ayah saya!" seru gohan.

"tak boleh. ayah awak dah pernah dihidupkan kembali. awak ada hajat lain?"

gohan tunduk memandang hujung kasutnya. dia berfikir.

"kalau gitu, saya nak seekor unikon!"

pikor, bezita, buu, yamaha dan lain-lain semua terkejut. mata mereka terbeliak tidak percaya dengan hajat yang baru sahaja disebut oleh gohan.

"gohan! sanggup awak!!" herdik pikor.

"dewa naga. saya tukar hajat saya. saya tak mahu seekor unikon."

dewa naga sudah naik bosan. "baik. hajat tadi batal. apa hajat kau sekarang?"

"saya nak 10 ekor unikon, cukup untuk semua rakan-rakan saya!"

serta merta muncul pelangi turun ke bumi. di atasnya berlari-lari 10 ekor unikon. di hujung hari mereka semua menunggang unikon pulang ke rumah dengan perasaan gembira.

Rabu, 11 November 2009

berbasikal

Adham mencapai basikalnya yang terlantar di luar.

dia dirikan basikal.

selepas makan cekodok ikan bilis dan minum milo panas dia sudah berbuat keputusan dia hendak berjalan jauh dari sini. bukan pergi selama-lamanya.

bukan hendak tinggalkan tempat ini. dia cuma mahu jauh sebentar, berfikir. Adham tahu kalau dia lama-lama di sini dia akan bosan. bila dia sudah bosan dia akan bosan dengan kebosanan, tidur siang, internet, ps3, tv dan segala-galanya. fikirnya jauh akan membuat dia jadi rindu dengan tempat ini. tak kisahlah ke mana pun asalkan jauh.

"Adham oooiiii!! nak ke mana tu pagi-pagi ni??" tanya satu suara dari dalam rumah.

"bulan." jawab Adham perlahan.

Adham naik basikal dan mula mengayuh. kemudian dia terus naik ke hujung horizon arah barat bertentangan matahari pagi.

.

Isnin, 9 November 2009

Kompatabiliti

Kisahnya begini. Ketika sedang minum teh petang bersama rakan-rakan mereka, Juli berkata : “Kami ditakdirkan bersama selama-lamanya. Kami akan meningkat tua bersama, susah bersama, senang bersama, membesarkan anak bersama.” Juli memandang Rumi. Rumi membalas dengan senyuman. “Malah kami akan menggemuk buncit bersama.”

Kemudian seorang rakan mereka bertanya: “Jadi kamu kata, kamu memang telah tercipta sejak dalam rahim untuk bersama? Selama-lamanya?”

“Tentulah! Malah kalau kau uji darah kami ini, aku jamin kami memang serasi!” balas Juli.

“Ah. Kau baru saja beri aku idea,” kata rakannya itu tadi. Kebetulan rakannya seorang doktor pakar genetik dan penyakit saka, yang kebetulan pada petang itu telah terbawa satu kotak kit mengambil sampel darah di bonet keretanya.

Itu kisah 2 minggu lepas, ketika Rumi dan Juli sedang minum petang bersama rakan mereka membincangkan rancangan pernikahan mereka.

Beberapa jam lepas rakannya seorang doktor itu mengkhabarkan Rumi melalui telefon, bahawa mereka (Juli dan Rumi) merupakan pembawa penyakit genetik yang aneh. Jika anak mereka tidak dilahirkan buta, mereka akan bisu atau pekak atau gila. Tiada ubat atau teknik pencegahan boleh mencegah atau mengubati penyakit berkenaan.

“ Ah, patutkah aku beri tahu semua ni kat kau?” kata rakannya doktor itu setelah menerangkan segala risiko pasangan pembawa.

Rumi matikan talian telefon terus.

Pada hari pernikahan mereka, Juli perasan akan ketiadaan doktor itu. Kata Rumi dia terlalu sibuk, perlu berkonferen sampai ke amerika.

“Dan dia tak ucapkan apa-apa pun untuk kita? Tiada pesanan apa pun?”

“Tak. Tak ada.”

Juli lihat orang-orang kampung dan kenalan mereka dari meja bersantap mereka. Dia tersenyum. Hari ini adalah hari paling bahagia dalam hidupnya. Kemudian dia menggenggam tangan Rumi. Katanya, “ anak kita nanti pasti akan comel-comel. Bijak. Hebat bersukan. Jadi ahli perniagaan dan seorang doktor!”

Rumi cuba mengukir senyuman. “Ya,” balasnya ringkas.

Ahad, 8 November 2009

fenomena


ribut tiba-tiba berhenti.
kolong langit lengang.
matahari muncul semula.
ombak jadi tenang.
kemudian burung-burung keluar dari sarang
lalat juga
terbang sana ke mari
bersimpang siur.

malah,
musim panas dilanjutkan sehari.
orang ramai terus-terusan berebut
mandi pantai untuk kali terakhir musim ini.

beberapa kilometer di hadapan
pelangi 7 warna terserlah
di hujungnya leprikaun menyimpan syiling emas mereka.

pendek kata, semuanya indah-indah belaka.

dan semua orang tahu.
hosam dah sampai.

*korus serentak*
aaaahhhhhhhhh...


Sabtu, 7 November 2009

sebenarnya

malam ini malam minggu. mak dan ayah Stephanie membawa Stephanie keluar ke taman tema Karamantas tidak jauh daripada rumah mereka. Stephanie lihat taman tema Karamantas. besar betul. ada lampu warna-warni berkelip-kelip. dua minggu lepas Stephanie ke sini juga.

Stephanie paling suka naik kuda marie-go-round. habis dipaksanya ayah dan mak Stephanie turut naik sekali. tapi tukang jaga permainan itu kata tak boleh, marie-go-round hanya untuk kanak-kanak. kuda marie-go-round taman tema Karamantas tak mampu menampung berat seorang dewasa.

kali ini Stephanie nampak minnie mouse dan mikey mouse. minnie mengenakan sepasang reben merah atas kepala, antara dua telinganya yang besar serta blaus, skirt, dan kasut merah. semuanya sedondon.

Stephanie melepaskan pegangan tangan maknya dan berlari mendapatkan minnie mouse. Stephanie bercita-cita untuk menjadi seorang model, sama seperti minnie mouse.

"minnie mouse! minnie mouse!" Stephanie berteriak sambil melompat-lompat keliling minnie mouse.

malam itu orang yang bertugas menjadi minnie mouse agak kecil sedikit. kepala minnie mouse terlalu besar untuk kepalanya yang kecil. maka longgarlah.

"minnie mouse! minnie mouse!" Stephanie berteriak sambil melompat-lompat keliling minnie mouse lagi.

dub! terjatuh kepala minnie mouse ke tanah berguling ke kaki Stephanie.

"erk! minnie mouse! kepala awak!" teriak Stephanie.

"ah. maaf dik." kata satu suara yang dalam, garau seperti suara ayah Stephanie.

Stephanie terlongo. dia memandang minnie mouse. minnie mouse ada janggut dan bermisai sejemput.

lantas Stephanie lari mendakap kaki ibunya seraya menangis. "mak, minnie mouse seorang lelaki! Stephanie takut mak!"

Khamis, 5 November 2009

kata hikmah #7

seorang sedang memancing di sebelah kau, sedang kau berdiri di sebelahnya. jorannya panjang satu meter lebih tak kurang. di sebelahnya pula kucing-kucing menunggu rezeki ikan-ikan kecil. kau, orang itu dan kucing-kucing semuanya di atas sebuah batu berlumut di tebing pantai. hari sore.

"kau ada masalah. mari. duduk sini." kemudian dia menghalau kucing-kucing di sebelahnya. kau mampir dan duduk di sebelahnya. entah mengapa kau patuh saja.

"ya, aku ada masalah di atas batu kepalaku, sekian lama membebani pundakku ini." kata kau.

orang itu memakai topi pemancing, tergantung di sisi topinya umpan-umpan sintetik pancawarna. kau lihat wajahnya di bawah bayang topinya. matanya terlindung. dia ada jambang putih. kulit muka berkeredut sebanyak bintang-bintang di langit.

meski kau pandang mukanya, dia tidak memandang kau. dia memandang terus ke laut seribu batu kehadapan seperti memerhatikan jika ada apa-apa yang akan keluar dari dasar laut, mungkin megatron atau raksaksa tasik lochness.

kau pandang mukanya lagi. kemudian kau terkejut. kerana kau kenal orang itu. asal pertuanan malah dikatakan berkerabat dengan dewa-dewa keinderaan. namun oleh ingin mencari kebenaran dia telah lari ke masuk hutan di puncak gunung menyendiri bertapa.

"hmm." itu saja bunyi yang dihasilkan oleh pertapa. pandangannya masih seribu batu ke hadapan.

kau menelan air liur. kemudian kau turut campakkan pandangan seribu batu ke arah laut.

awan besar tergantung berlatarkan biru langit. ombak bergulung-gulung menghempas ke tebing. sedikit dari percikannya mengenai muka kau. masin. angin tidak kurang lajunya. tepi pantai begitu sesak dengan bunyi, tak pernah tenang. hanya laut di kutub saja yang mungkin akan senyap.

kemudian kau tersedar.

"terima kasih,"kau kata. "masalah saya sudah pun selesai. sekarang saya terasa bagai dilahirkan semula setelah masalah-masalah itu pergi."

kau berjalan terus. orang itu mengangguk perlahan. hari pun masuk maghrib.

Rabu, 4 November 2009

sumpahan

Fatma baru sahaja membeli sebuah diari kulit keras bernilai 10 pound yang akan dimuatkan dengan segala rahsia paling rahsia yang pernah dirahsiakannya. sejurus pulang ke rumah dia terus ke atas katil, menyeluk poket belakang begnya dan mengeluarkan sebatang pen lantas terus mula menulis. pada muka pertama, Fatma mencatatkan ini: "sesiapa yang membaca diari saya tanpa izin akan dipanah petir langsung dari kayangan dan sebuah lori aiskrim akan melanggarnya. selepas keluar hospital teman lelaki/wanitanya akan minta cerai serta dapat tahu dia telah pun gagal satu subjek dalam pelajarannya. sampai ke rumah, pintunya terkopak dimasuki pencuri serta dia mendapati jamban tidak dipam,2 ketul kapal selam masih hangat."

setelah 30 muka terisi dengan curahan hatinya Fatma rasakan perutnya memulas. diari ditinggalkan di sisi katil dan terus menuju tandas. keluar dari tandas, ibunya sedang berguling-guling membaca 30 muka itu sambil ketawa di atas katil. Fatma berteriak "TIDAK!!" kemudian berlari mencari perlindungan sedang ibunya terpinga-pinga tidak tahu apa yang akan berlaku.

Khamis, 29 Oktober 2009

lelaki yang paling anda harap muncul di muka pintu



hosam abu yousef.




-beliau pembekal talian internet. kemunculannya diiringi dengan korus "aaahhhh". kemudian matahari akan muncul dari sebalik awan mendung, burung-burung dan rama-rama akan datang terbang menyanyi-nyanyi.-


Ahad, 18 Oktober 2009

fragmen

aku tidak pasti
masa, pernahkah berlalu
bila bersamamu.


-sepetang di tepi laut
pantainya menggatalkan telapak kaki.-

Khamis, 8 Oktober 2009

reviu : kasut biru rubina

himpunan cerita-cerita ekstra pendek, mesra pembaca yang gemar membaca sesuatu yang singkat, tetapi indah dalam masa yang sama, misterius bak sehelai mini skirt. saiz buku ini comel, sesuai dibawa bersama semasa berjalan ke midvalley, dalam elarti atau semasa menunggu kawan tiba di midvalley dan elarti.

tekan sini untuk ke situs kasut biru rubina di silverfish books.


bahasa yang digunakan segar, dengan metafora-metafora lebih segar serta menangkap perhatian diadun bersama "pop".

secara personal, cerita terbaik dalam himpunan fiksyen ini tentulah "kasut biru rubina".
cerita fasal seorang budak, rubina namanya yang menemui sepasang kasut biru. kata kasut biru itu, mereka akan jadi TSS (teman sejati selamanya). namun kakak pelayan memberitahu, kasut itu cuma menipu rubina. kakak itu pun pernah dahulu tertipu oleh sepasang kasut jimmy choo. kakak pelayan menasihatkan rubina supaya tidak membeli kasut biru itu, dan mencadangkan supaya ke kedai bata.

per 10, kasut biru rubina layak mendapat 9.

Selasa, 6 Oktober 2009

teleport

teleportkan aku
dari kaca televisyen
terus ke sana
dan berkongsi sorak
bersama beribu yang lain.

kemudian
kembali ke iskandariah
dengan aman.

Sabtu, 3 Oktober 2009

jumper

jon dan jonah mula menyanyi-nyanyi di sebuah taman hijau berlatarkan menara kembar petronas yang tinggi, tidak nampak puncaknya. secara spontan keluar penari-penari lelaki dalam 20 orang; muncul begitu sahaja bagai terbit daripada udara kasa. kemudian jon dan jonah berkejar-kejaran tertawa dan senyum - jonah pura-pura bersembunyi di sebalik sebatang pohon manakala jon cuba menangkapnya. tangan jon pantas memegang lengan jonah dan menariknya. jonah kini dalam dakapan jon. jonah melepaskan dirinya daripada dakapan jon, berlari anak sambil tersenyum lagi. jon mengejar lagi. sejurus itu mereka berada di hadapan taj mahal masih menyanyi lagu-lagu cinta. penari-penari turut ada dan sama-sama menyanyi bait-bait puisi cinta jon dan jonah. habis beberapa rangkap, mereka di padang pasir mesir yang luas. pasirnya jernih sejauh mata memandang hingga nun di horizon sana pasirnya bagai bertemu di kaki langit. penari-penari juga merangkap penyanyi latar masih setia bersama jon dan jonah menyanyi walau matahari padang pasir panas - sehangat cinta jon dan jonah yang telah meleburkan hati mereka lantas terpateri-lah kedua-duanya. kini jon dan jonah sedang memacu unta, masih juga bermain kejar-kejaran sambil di belakang mereka terdapat khemah arab badwi. tak lama selepas itu mereka berguling-guling menuruni bukit hijau di satu kawasan padang ragut binatang ternak. kambing-kambing serta lembu jadi saksi sesungguhnya mereka benar-benar berguling turun ke bawah bukit.

akhirnya mereka kembali ke taman hijau tadi. tangan jonah dalam genggaman jon. jonah matanya berkaca-kaca gembira. jon pun begitu. kata jon, "kita makan di secret recipes. mahu?"




-pengaruh bacaan terbaru. sebuah aliran gaya penulisan yang mungkin bermaksud atau tidak bermaksud apa-apa (sampah). namun membenarkan imaginasi liar ke dimensi yang belum diteroka, berekperimen dengan kata-kata, meneroka ruang baharu.-

Sabtu, 26 September 2009

raya #3


gambar akan membesar jika diklik.

mesin ini dinamakan PAO (pemberi angpau otomatik). PAO boleh dipasang kukuh pada pintu rumah atau pagar hadapan. kamera bertujuan tiada pengunjung berulang, dilengkapi dengan sistem pengenalan wajah. boleh dimuatkan 100 helai sampul wang. turut disertakan sistem penggera.

Jumaat, 25 September 2009

raya #2

"assalamualaikom."

kanak-kanak datang beraya. dalam 5 orang.

"ASSALAMUALAIKOM!!"

diam. tiada balasan dari dalam rumah. pintu depan terbuka. tingkap pun.

"ASSALAM-MUALAI-KOOOM!!"

senyap saja.

.........

..................

"kedekut.." kemudian berlalu pergi.


-beraya biar ikhlas.

Khamis, 24 September 2009

raya

+ dari mana ni?

- dari hujung kampung.

+ jauh tu. yang ini adik awak?

- bukan. mak kita kawan. kita pun kawan lah.

+ dari pukul berapa keluar?

- 10 pagi.

+ woah. sekarang dah pukul 5 lebih tau. sembahyang zohor tak?

- tak.

+ kenapa?

- tak ada jam.

petang semakin larut, matahari condong berselindung di sebalik bukit. kanak-kanak ini minum sirap perlahan-lahan.

- boleh tumpang tandas?

+ ada. ada satu jamban luar sana. keluar kemudian belok kanan.

Selasa, 22 September 2009

syawal

ramadhan lepas, penuh dengan:


puasa

terawih

tadarus

dan sabar.


raya ini hati-hati dengan:


mercun

bunga api

pelesit jalan

rendang, lemang, lontong

serta segala kuih manis-manis

dan pastikan angpau benar-benar kosong sebelum dibuang




mari kita bermaafan.


Selasa, 8 September 2009

1ramadhan

sambil berjalan, kau sempat memerhatikan di seberang jalan terdapat satu kedai pajak gadai. dalamnya orang berbaris panjang, bengkang-bengkok. dari dalam kedai, di depan kaunter hingga hampir ke luar. ada laki-laki dan perempuan. kemudian seorang wanita berkemeja-T labuh, lepas hingga ke paras pertengahan peha dan berkemungkinan besar seorang ibu keluar dari kedai pajak sambil membawa pursenya di tangan.

dia berjalan sebentar hingga ke muka pintu kedai seterusnya. sebuah kedai pakaian keluarga. dan terus masuk untuk berbelanja.

di sebelah kanan kedai pajak pula, kedai emas.

minda kau memeta-meta. 3 serangkai ini mungkin telah berpakat. sederet ini merupakan jerangkap wang orang ramai. di belakang kedai, mereka berkongsi keuntungan. bulan yang lepas, mungkin wanita itu membeli barangan kemas di kedai sebelah. kemudian hari ini dia memajak atau terpaksa menggadaikannya. terus-terusan wang itu tumpah ke kedai pakaian.

dan itu cuma imaginasi liar, mungkin.

masuk ke dalam kereta, radio dihidupkan. lagu-lagu raya bermain. selamat hari raya. selamat hari raya. selamat...

hari itu pertama ramadhan.

Selasa, 1 September 2009

reseptor

pada mulanya, pertama kali menonton ultraman tiga di siaran ntv7, aksi ultraman dirasakan bosan. sepakannya nyata dibuat-buat. dan makhluk raksaksa tidak menggerunkan, atau selayaknya bagi seekor raksaksa.

walaupun grafik dan efeknya hebat. pancaran laser ultraman semakin canggih. malah ultraman boleh bertukar warna - merah untuk tenaga kuat, ungu untuk kelajuan, merah dan ungu untuk mod antara.

kemudian dibandingkan dengan ultraman zaman lampau. ultraman yang awal. kenang-kenangan kanak-kanak membandingkan, ultraman zaman dahulu lebih hebat. kumpulan MET bertanggungjawab menentang makhluk raksaksa yang jahat. berseragam warna jingga dan memakai topi keledar putih. rancangan ultraman pada masa itu ditaja oleh kiko.

beberapa hari lepas adik yang kecil itu mengajak menonton cd ultraman yang lama. kemudian aku dihampakan, kerana ternyata aksi ultraman dahulu dan sekarang sama sahaja. mungkin kerana setiap kanak-kanak mempunyai reseptor aksi ultraman.

reseptor ini apabila dirangsang akan membangkitkan rasa seronok dalam jiwa setiap kanak-kanak. namun selepas mencapai akil baligh, resptor ini tidak diperlukan lagi dan digantikan dengan reseptor yang lain. yang berkaitan dengan perasaan yang pelik-pelik, mungkin.





lagu ultraman 80 yang kacak. bahagian "aaahhhh!!" itu memang hebat. pengaruh bee gees, mungkin.

Selasa, 25 Ogos 2009

buku : panggil aku melaju



"lalu hang nak panggil apa?"
"panggil aku MELAJU."
"melaju? bangsa apa tu?"
"melaju bangsa yang maju. kerana bangsa melayu yang ingin maju,
mereka tidak boleh panggil diri mereka melayu. melaju tidak boleh layu.
dan, bangsa melaju jangan mahu lagi dipanggil melayu."


anehnya buku ini diterbitkan dengan spoiler di bahagian kulit belakangnya yang sepatutnya dimuatkan dengan ringkasan pendek. penceritaan berbolak-balik antara dua dimensi : alam khayal Pengkhayal meniti asal bangsanya, dan alam sebenar - Hospital KL di mana berlakunya siri pembunuhan wanita yang sadis.

per sepuluh, novel ini layak mendapat 6. tambahan satu markah untuk tajuknya yang memikat. serta pengemukaan teori asal bangsa melayu dan bahasanya yang jauh berasal, berentetan sejak zaman bahari.

jika ingin membelinya, pastikan tidak terbaca "sinopsis" di kulit belakang. potong atau buang sahaja atau lekatkan dengan apa-apa pelekat agar tidak terbaca.

Khamis, 20 Ogos 2009

cuti 101 # 11

blog ini semakin sepi. idea untuk menulis, kosong. bosan datang dari setiap arah, masa merangkak, hari berlalu tak disedari. musim malaysia yang tunggal menyukarkan deria mengesan peredaran masa, berbanding di mesir.

namun jika bertanya kepada anas, dia akan mencadangkan seribu satu aktiviti. beliau perlu membuka talian kecemasan untuk pesakit bosan, kerana bosan mampu melemahkan pemikiran, melambatkan pergerakan dan menggemukkan.

mencari buku terbitan dbp bagaikan berburu. dan entah mengapa fon yang digunakan terasa terlalu besar. akibatnya buku bertambah tebal. tak seronok membaca buku dbp. ini komen membina. dan jika kau ingin menerbitkan buku, dbp bukan pilihan.

ramadhan menjenguk. ramadhan karim semua.

acara setahun sekali.

Sabtu, 8 Ogos 2009

cuti 101 #10

floria '09








terserempak dengan pakcik ini.

-malaysia, kehijauan menggila-

Rabu, 5 Ogos 2009

cuti 101 #9

hari ini memandu,
dengan sedikit adat mesir

kau patut cuba sekali sekala
hon pejalan kaki atau budak sekolah berbasikal yang ralit
di tengah jalan raya kampung

perhatikan wajah mereka yang kosong
dan sedikit panik kerana terkejut

ful lebih sihat daripada nasi lemak
namun dari segi rasa
sukar untuk dipilih mana satu terbaik

2 biji durian rm10
jauh di nun sana
sebiji bernilai egp121

:)

Ahad, 2 Ogos 2009

cuti 101 #8

sedangkan yang jauh lagi dikenang,
selamat tinggal sezoustris.

Sabtu, 1 Ogos 2009

cuti 101 #7




memperkenalkan, Dudu Si Lembu.


kredit kepada encik tept.

waktu-waktu begini, apa-apa yang menghilangkan bosan pun dikira baik.

Jumaat, 31 Julai 2009

cuti 101 #6

hidup boleh disamakan dengan tali pertama gitar. payah. tetapi perlu dihadapi juga. hanya yang berani sahaja yang berjaya. takut, dan kau takkan mencapai nada yang tepat. tergesa, dan kau memutuskannya, melibas ke tangan -berdarah. ouch.

tali putus lagi. sedih.


Selasa, 28 Julai 2009

cuti 101 #5

berharap sama seperti mendaki. sebab itu selalu disebut-sebut "menggantung harapan". masalahnya, harapan tidak konkrit. sifatnya rapuh malahan hanya wujud pada pengharap. semakin tinggi berharap, semakin besar kekecewaan - kerana lebih tinggi tempat harapan digantung, jatuhnya lebih teruk. jasad harapan yang remuk berbangkai digelar kecewa. mungkinkah, walau sementara kita berhenti berharap?

.

Isnin, 27 Julai 2009

cuti 101 #4

yasmin ahmad sudah meninggal dunia. dia orang muar.

siapa tahu ajalnya nak tiba? dia ada meniggalkan blog. catatan terakhirnya habis di situ.

lepas ini, kalau blog ini tak dikemaskini lebih 3 bulan, akan ada kata-kata terakhir untuk bacaan.

-semoga allah melindungi kita semua-

Ahad, 26 Julai 2009

cuti 101 #3



19.

penyegan.

atlit.

kawan masa susah.

sensitif.

mc.

alain.

tekan sini.

maaf lambat sehari.

Sabtu, 25 Julai 2009

cuti 101 #2

bunyi desir angin
iskandariah
membisikkan kosong,

matahari kaherah
lebih menghukum,

lebih baik iskandariah.

-orang dalam video di bawah boleh bermain lebih mudah jika dia ada kawan bermain bersama. mungkin dia ditinggalkan kawan-kawan dia. atau kawan-kawan dia tidak sudi bermain bersama.







-agak bosan.

Ahad, 19 Julai 2009

cuti 101

hari pertama cuti. satu formula persamaan telah ditemui.

hidup tanpa stress = bosan = stress


gambar pertama hari pertama cuti.


perhatikan kedudukan sampah. -tepi tong-


malam semalam ada orang berparti. atau ini hasil terkumpul semasa peperiksaan. ada orang takut gelap. atau takut dengan ini:

cik tikus. terdampar tak bernyawa.

MU akan bertemu malaysia untuk kali kedua isnin nanti. semoga jersi biru atau kuning akan menceriakan stadium nasional berbanding merah. 1malaysia kan? harap untuk yang terbaik.

Sabtu, 18 Julai 2009

tunggu

kertas terakhir selesai.
gembira?
ini cuma separuh cerita, separuh lagi ada pada keputusan.
adalah satu tindakan yang bijak untuk menjaga rapi buku-buku terdahulu. ancaman mengulang tidak berbau.

malaysia menentang gergasi MU. ramalan berseloroh malam sebelum perlawanan betul-betul menjadi. 3-2. sekarang kalau taip kata carian AMRI YAHYAH, akan keluar sambungan ke wikipedia. di hujung artikel, tercatat ini : He scored 2 goals against Manchester United in a friendly game on 18 july 2009.

hebat.

tunggu video aksi malaysia di utube.
tunggu tukang blog lain mengomel tentang habis peperiksaan.
tunggu tarikh penerbangan.


-cuti pendek kadang-kala lebih baik. cuti panjang, rumah jadi senyap, masa jadi bosan.-

-selitan fakta: orang mesir terkenal dengan bingit mereka; semasa kahwin, gembira malah semasa merasmikan kedai. adat. imigran seharusnya adaptasi.-

Jumaat, 17 Julai 2009

fungsi kawan (sambungan)

membuat rasa terharu.
















terima kasih.


-duduk lama depan komputer memikirkan apa untuk ditulis.-

Selasa, 14 Julai 2009

fungsi kawan



hobi terbaru. menonton filem pendek utube.

Ahad, 12 Julai 2009

eramkan

hari ini bertemu manfaat menulis blog: tulisan dan fikiran dahulu yang tersimpan dapat difikirkan semula. blog jadi tempat untuk mengeramkan idea dan pendapat.

pendapat, setelah lahir dari fikiran tuannya jarang-jarang akan berubah menjadi pendapat yang lain. walau selepas berdebat, pendapat masih dipertahankan.

eramkan pendapat dalam beberapa minggu atau bulan. kemudian lihat semula.

klik sini untuk lihat pendapat yang dieramkan.

pendapat dahulu dirasakan asing - bukan lahir dari fikiran sendiri.

tentang bahasa melayu sebagai lingua franca, seorang rakan pernah separa berjenaka katanya : "aku rasa BM dulu tu orang guna untuk nak jual beli je. sama macam kita cakap arab kat mesir. bi kam?, kuwayyis dih? aiz bi kilo.. itu je. "

-_-

sekejap

selamat menonton. kalau masa buffering terlalu lama, boleh dimuat turun dalam bentuk video. atau tonton pada waktu pagi, beberapa jam sebelum peperiksaan patologi. sambungan internet laju keterlaluan malah mengejutkan dalam beberapa jam itu.





Jumaat, 10 Julai 2009

perspektif

semangat semakin malap. tidur dihiasi mimpi berpagian di rumah, berjalan kaki ke gerai nasi lemak. teh tarik dan milo panas ketika waktu hujan. pisang goreng bersama sambal kicap.

"menempuh" peperiksaan bukan sesuatu yang menyeronokkan. kebosanan kadang-kala melebihi tahap dewa lantas mencapai peringkat moksya; menjadikan kewarasan hilang. jam biologikal songsang - bulan kini matahari baru.

tukar perspektif. buangkan "menempuh". sebaliknya ambil dari sudut ini: sementara menuggu hari percutian ke malaysia, kau menjawab soalan peperiksaan. sama seperti menyelesaikan teka-teki sudoku sementara menunggu sepinggan mi hong kong serumpun.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

-cuba menipu diri sendiri.

selamat hari lahir fadhil pz. semoga.

tunggu makanan.

pada hari ulang tahun kelahirannya kematangannya bertambah 25%. tinggi meningkat 1cm.

Rabu, 1 Julai 2009

dos

"satu dos MSG di pagi hari cukup untuk meringankan beban dalam kepala."



dos cadangan: satu mangkuk  

MSG, nama dagangan : indomee, maggi



terima kasih saudara tept.

Sabtu, 27 Jun 2009

nokturnal

jika teori darwin sahih maka
evolusi manusia seterusnya menjadi
haiwan nokturnal.

siang sudah jadi terlalu bosan
untuk dihadapi.

*teori darwin ternyata tidak sahih. menyimpulkan kewujudan sebagai kebetulan merupakan kekarutan.
**jangan makan buku.

Ahad, 21 Jun 2009

diskonekted



ajaibnya,
semua masih hidup dan sihat
setelah seminggu tanpa internet.


litar letrik arab yang serabut.

Khamis, 11 Jun 2009

kamera


kemudian kita tertanya-tanya apa dibelakang lensa.


kamera menukarkan masa kepada bentuk fizikalnya - foto.
menyimpan album gambar selalu dikaitkan dengan
"mengabadikan kenangan". akhirnya setiap gambar
akan menghantui tuannya kembali. jadi, lebih baik
untuk tidak menyimpan gambar. detik lepas terlebih
elok untuk dilupakan. kita tak akan kembali ke sana.

-emosi+gambar=tidak baik untuk kesihatan-

melihat ke hadapan. sudah terbukti di mesir, cermin
pandang sisi tidak begitu penting ketika memandu.
cermin pandang belakang pula jarang memain peranan.
tidak perlu melihat ke belakang.


selamat berperiksa.

Sabtu, 6 Jun 2009

dalam dan luar cerita

baru sahaja selesai menonton dead silence. kisah hantu yang membunuh, lidah mangsa dicabut. hero dalam cerita ini dituduh membunuh isterinya, sedangkan dia tidak bersalah. sebaliknya hero berkeras mengaitkan kematian isterinya dengan kemunculan misteri sebuah patung yang diletakkan di hadapan pintu rumah beberapa jam sebelum pembunuhan berlaku. pihak polis tidak menerima teori yang dikemukakan hero.

seterusnya hero memulakan pencarian menempuh hutan misteri untuk menegakkan keadilan bagi pihaknya.

pandangan penonton biasa. (terserap seluruhnya ke dalam cerita)
-pihak polis bodoh. tidak mahu mempercayai perkaitan patung misteri dengan pembunuhan.

pandangan penonton waras. (melihat cerita dalam dunia sebenar)
-hero hilang akal
-mungkin sekali gila, lantas mengaitkan pembunuhan isterinya dengan hantu.
-pihak polis bertindak wajar.

pandangan penonton hebat.
selepas ini, setiap jabatan polis di mana-mana pun perlu jabatan siasatan forensik super-natural, khas untuk jenayah yang dilakukan oleh makhluk-makhluk itu.

Khamis, 4 Jun 2009

nota kaki



sambil kami menelaah
kaki-kaki
kami meneka jantinanya,
sambil tumpuan kami dibawanya

berlari.

kemudian kami
kagum dengan penemuan baru:
laki dan perempuan itu
berbeza.



kami pelajar yang ingin tahu.


Rabu, 3 Jun 2009

kata hikmah # 6

seorang pertapa, penuh di dadanya falsafah-falsafah dan ilmu sejarah bertapa di puncak sebuah gunung di samping hutan tebal dan haiwan liar. terpisah daripada peradaban manusia sekaliannya, hanya berteman alam keliling si pertapa berdiam dalam tafakurnya.

3 orang pemuda naik ke puncak gunung, mencari sedikit daripada hikmah-hikmah yang terbuku dalam dada pertapa. kali pertama mereka berjumpa dengan pertapa, mereka diajukan satu soalan.

"apakah yang paling direbuti manusia?"

3 pemuda diam sebentar.

"bola." kata pemuda pertama, namanya abu.
"wanita" kata pemuda kedua, namanya shedey.
"bukan. sepatutnya wang ringgit. harta." kata pemuda ketiga, namanya bimbi.

dengan sabar mereka menunggu jawapan daripada pertapa.

pertapa bangun daripada silanya, berdiri membelakangi 3 orang pemuda itu. dia memandang ke langit malam. dengan selamba pertapa menyebut : "kerusi." kemudian angin malam bertiup, bermain dengan hujung rambut putih pertapa yang panjang mencecah bahu.

"di mana-mana pun orang akan berebutkan kerusi."


-satu pagi, ketika duduk-duduk di perpustakaan pusat konvensyen (CC), kami menyedari hakikat ini-

Jumaat, 29 Mei 2009

yang mungkin menarik untuk dilakukan

satu idea pernah menyinggah.

kadang-kala hidup kelihatan terlampau berat untuk dihadapi. dunia dirasakan gelap. nasib tidak pernah menyebelahi. seakan-akan seisi dunia dan apa di dalamnya berkonspirasi untuk mengenakan engkau. ketika itu engkau mahukan jalan keluar. namun semua pintu-pintu penyelesaian tertutup buat engkau. bagaikan sesat di dalam gua yang gelita, pada malam paling pekat. engkau mahukan semuanya berakhir. ya, akhir. itu sahaja jalan keluar yang kelihatan.

sesetengah individu tidak mampu menerima beban seperti itu. dia mahukan semuanya berakhir. dan akhir bermakna mengakhirkan hidup. sebelum masanya.

dia naik ke aras tingkat 8, bangunan 8 tingkat. ke atapnya. di situ dia menyerahkan nyawanya kepada tarikan graviti. dalam masa kurang 5 saat, graviti mengambil nyawanya yang diserahkan. dan dia sepatutnya tahu, hidup ini untuk melawan daya-daya yang menjatuhkan dan menarik kita.

jadi, dalam masa kurang 5 saat itu, pada detik ketika terawang memecut ke tanah, apakah yang difikirkan? penyelesaian termudah yang tidak pernah difikirkan, rasanya. dan penyesalan menerjah namun itu bukan waktunya. semakin hampir ke tanah.

........

berakhir di situ.

lebih tinggi daripada yang ini

mungkin, dalam buntu mencari jalan keluar anda boleh mencuba ini. naik ke tempat-tempat yang tinggi, yang mampu membunuh jika terjatuh. lihat ke bawah. biarkan gayat membengkak dalam dada.

pejamkan mata. secara bayangan, terjun dari tempat yang tinggi itu.

penyelesaian mungkin akan muncul selepas itu.

jangan lakukan ini tanpa berteman.

Rabu, 27 Mei 2009

kata hikmah # 5

seorang pertapa, penuh di dadanya falsafah-falsafah dan ilmu sejarah bertapa di puncak sebuah gunung di samping hutan tebal dan haiwan liar. terpisah daripada peradaban manusia sekaliannya, hanya berteman alam keliling si pertapa berdiam dalam tafakurnya.

setelah sekian lama, si pertapa turun daripada puncak gunung membuat kemunculan keduanya. di kaki gunung, tercetus pertikaian antara saudara-saudaranya. persoalan ketika makan nasi ayam, nasi harus dicurahkan dengan sup atau sup harus dicolek dengan sudu yang berisi nasi menjadi pertikaian yang besar.

pertapa mengarahkan saudaranya mendirikan satu skrin besar untuk tontonan bersama. kemudian pertapa meminta sebuah komputer dan projektor LCD. pertapa memanggil saudara-saudaranya menonton video yang ingin disampaikan.



semua saudaranya faham. dan mereka berbaik-baik. dan mereka menyanyikan lagu itu bersama-sama.

"apa yang penting?? kerjasama! apa yang penting? kerjasama! kami tak besar, dan kami tak kuat,
bila bekerjasama semua jadi mudah.
"

ketika saudara-saudaranya ralit, pertapa mendaki ke puncak gunung kembali ke pengasingannya.

Isnin, 25 Mei 2009

percayalah, semangat yang membakar hatimu turut membakar hatiku

berusaha mendapatkan tempat duduk terbaik

mengelap kerusi tidak pernah rasa seseronok ini.

kemudian pensyarah menanyakan satu soalan. semua tidak menjawab dan membatu kayu. pensyarah nampak tersinggung.

dia memecah kesunyian kelas dengan soalan retorik, berbunyi:
" what's wrong with you?
or is there any wrong with me?"
dan ternyata pelajar-pelajar yang berhati besar itu semuanya dalam kelas yang kondusif.

dia ini juga seorang tukang blog.

semoga semua berjaya dalam usaha masing-masing.

semangat pelajar perubatan yang membara. tahniah buat anda.
kagum.

Jumaat, 22 Mei 2009

kata hikmah # 4

seorang pertapa, penuh di dadanya falsafah-falsafah dan ilmu sejarah bertapa di puncak sebuah gunung di samping hutan tebal dan haiwan liar. terpisah daripada peradaban manusia sekaliannya, hanya berteman alam keliling si pertapa berdiam dalam tafakurnya.

setelah sekian lama, si pertapa turun daripada puncak gunung membuat kemunculan pertamanya dikalangan saudara-saudaranya. semua orang terkesima terdiam melihat si pertapa dan menantikan tindakan si pertapa yang seterusnya.

si pertapa berkata lantang, sambil diperhatikan oleh saudara-saudaranya. katanya:

" nescaya dunia lebih aman jika setiap orang
membasuh pinggan mangkuk
setelah siap makan."

kemudian si pertapa kembali mendaki ke puncak gunung meninggalkan saudara-saudaranya untuk mencerna kata-katanya.

Rabu, 20 Mei 2009

panduan memilih haiwan peliharaan

pemilihan haiwan peliharaan yang masuk akal. haiwan tersebut perlulah menepati kriteria-kriteria di bawah:

1. comel - ini tujuan asal membela haiwan peliharaan.

2. boleh berinteraksi dengan tuannya - haiwan yang tidak menunjukkan sebarang emosi istimewa terhadap tuannya yang rapat dengannya ternyata bosan.

3. memainkan peranan dalam rumah - kucing misalnya, boleh dilatih memburu tikus.

4. beranak sedikit.

5. tidak dijangkiti selesema yang membunuh.

6. lazat dimakan. jadi bila tidak lagi larat memelihara mereka, anda boleh mengabadikan semua kenangan bersama. tidak gaduh membuang mereka dalam kotak-kotak.

cadangan haiwan yang terbaik untuk dibela?

Selasa, 19 Mei 2009

hari ini 18 mei

cikgu dahulu pernah berkata, penggunaan "selamat hari jadi" itu salah. hari jadi ialah hari engkau menjadi; dalam kata lain hari pertemuan sperma dan ovum matang. maka, ucapkan selamat hari jadi 9 bulan awal dari tarikh lahir. cikgu suruh gunakan "selamat hari lahir". itu lebih tepat, katanya. persenyawaan ovum berlaku dalam rahim ibu. atau jika engkau merupakan bayi tabung uji engkau disenyawakan dalam tabung uji, namun akhirnya kembali ke rahim ibu untuk ditanam di sana.

"selamat hari ibu, cikgu dan lahir. hari ini 18 mei."

Isnin, 18 Mei 2009

kisah tipu : kami jumpa pesalah

kami jumpa si pesalah. sebelum ini dia enggan mengaku. kami hanya ingin tahu salah siapa. lama-kelamaan rasa ingin tahu berubah menjadi benci. dari benci kemudiannya dendam. dan akhirnya kami dapat tahu si pesalah, dengan kesalahannya kali ke-3. membanjirkan rumah. (klik sini)

kami seisi rumah menolak pesalah ke dapur, di mana lantainya bertakung air akibat tidak menutup paip sinki dapur. mukanya memaparkan rasa memberontak. katanya dia tidak sengaja. kalau tidak sengaja mengapa enggan mengaku kesalahan, tanya seorang daripada kami. dia diam. memang, pesalah banyak menyusahkan kami, termasuk hampir-hampir mengorbankan sebuah komputer riba.

kemarahan memuncak. seorang dari kami, dinamakan X tampil berdepan dengan pesalah, hampir-hampir hidung mereka bertemu. dari jauh kami boleh mendengar dengusan kemarahannya.

satu tumbukan padu dilayangkan tepat ke perut pesalah. dia terkebelakang sambil menahan senak, kemudian jatuh tersepuk dalam takungan air. sakit senak itu menjalar-jalar. muka merahnya menunjukkan perasaan memberontak terhadap pengadilan yang diterimanya.

kerana tidak puas hati dengan ekspresi muka itu, X menolak pesalah yang terduduk hingga terbaring, duduk di atas dada pesalah dan mengunci bahu pesalah dengan lututnya. X mengepal buku lima di udara.

ada suara daripada belakang. "jangan tumbuk lagi. itu melampau. tampar kurang sakit. tampar saja."

kepalan dibuka. pesalah ditampar beberapa kali tanpa mampu melawan. akhirnya tamparan-tamparan itu menanggalkan ekspresi mukanya yang memberontak. kali ini mukanya agak bengkak dan kelihatan keliru. berpinar-pinar. kemudian dia diludah tepat ke muka.

habis di situ.

kami meninggalkan pesalah terduduk dalam takungan air. tiada siapa pun menunjukkan rasa simpati. kemudian kami dengar sedu tangisnya. heh.

Ahad, 17 Mei 2009

eksport budaya

kami berjalan ke kelas. dalam 15 meter di depan kami ada wanita malizi berbaju kurung corak bunga-bunga. warna-warni.

sambil berjalan kami nampak di belah kiri kami 2 wanita arab berjalan merangkul nota-nota kuliah dan berborak-borak. kemudian mereka terperasan dengan kehadiran wanita malizi berbaju kurung.

dari jauh, 2 wanita arab itu melontarkan sejenis pandangan. jenis pandangan ini dilontarkan wanita-wanita bila ada seorang dewi ramping rambut lurus ala-ala iklan di televisyen, lengkap berhias dengan kristal asfour di pergelangan, tengkuk dan telinga, berjalan perlahan-lahan di hadapan mereka sambil menyesakkan udara sekeliling dengan pewangi yang boleh dihidu sepekan perjalanan.

kami tidak faham dengan bahasa wanita. hanya wanita yang memahaminya. perlukan penterjemah bahasa.

namun yang kami dapat rasakan, 2 wanita arab itu memandang pada kain baju kurung yang bercorak bunga-bunga. wanita arab tidak memakai baju bercorak bunga-bunga.

**************************

kami berbaju melayu. lengkap. berjalan-jalan. arab kata, kami pakai skirt.

Jumaat, 15 Mei 2009

sumpahan 100, 200 genih

semua orang pun sudah tahu. akan tiba masanya bila semua duit poket habis dibelanjakan, dompet tinggal hanya dompet - segenih mahupun langsung tiada dalam tangan. kemudian pada masa itulah teknologi memainkan perananannya; mencucuk wang.

daripada 500 genih yang dituntut keluar: sehelai 200 genih, dua 100 genih dan dua 50 genih.

tak lama kemudian dua keping nota 50 genih usai. luak. habis. kehidupan hanya berteman nota 200 dan 100 genih yang benar-benar disumpah.

situasi 1.
ke kedai makan. selesai makan. harga sepinggan nasi dan ketulan-ketulan ayam, LE 5. engkau mencapai dompet dalam poket. membukanya. HAH! pakcik di kaunter terkebil melihat engkau mengeluarkan nota 100. katanya, "ada duit kecil?"

situasi 2.
ke kedai makan. bayar dahulu sebelum makan. harga nasi LE 4. dengan selamba engkau menghasilkan nota 100 daripada saku seluar. pakcik di kaunter tiada baki. kemudian, pesanan makanan dibatalkan.

situasi 3.
jangan sesekali jadi sebegini. engkau menaiki tram yang tiketnye bernilai LE 0.25 dengan hanya LE 200 dalam tangan. kemungkinan besar akan menyusahkan penjaga tram.
kerana nilainya yang begitu besar, nota 100 dan 200 genih disumpah. bawa sahaja ke mana-mana. kebanyakkan penjual akan menolaknya. pengemis yang tua mungkin diserang sakit jantung kerana terkejut dengan kemurahan hati engkau (ini bukanlah satu masalah, sentiasalah jadi pemurah).

engkau punyai wang tetapi engkau tak mampu membeli. kalaulah wang 100 dan 200 genih disediakan dengan ciri-ciri penceraian. jadi jika ingin membeli air tebu bernilai 1 genih, engaku boleh mengoyakkan sedikit bucunya untuk menyamai nilai 1 genih.

jalan keluar bagi sumpahan ini, duit 100 dan 200 genih tersebut perlulah dipecahkan dengan:
1)pergi ke pasar raya berhampiran. bukan pasar.
2)membeli isian semula kredit mobil.
3)berbelanja besar di kedai manisan yang mahal-mahal. atau apa-apa kedai yang kelihatan mewah.
namun, engkau boleh sahaja membelanja rakan-rakan di kedai makan dengan wang yang besar nilainya itu demi mendapatkan duit pecah. inilah dinamakan komensalisme. atau jariah. mana-mana yang engkau suka.

Rabu, 13 Mei 2009

percayalah, keperitan bagiku lebih daripada keperitan yang kau rasa



percayalah, keperitan bagiku lebih daripada keperitan yang kau rasa.
maaf jika mengasari kau.

yang termampu, skapel itu sudah dipastikan setajam yang mungkin.

faktor masa sepenuhnya tidak disengajakan.

Khamis, 7 Mei 2009

orang miskin, jalan kaya : lapar

ke kuliah lagi seperti pagi-pagi biasa. cuma kali ini perut tidak lagi berkeroncong, malah memainkan irama heavy metal yang berat. tisu-tisu perut dirasakan sudah tercerna sedikit demi sedikit. lapisan mukosa gagal menjalankan tugasnya.

2 minit pertama perjalanan, berjumpa dengan seorang makcik meminta sedekah. "demi tuhan," katanya sambil menadah tangan. kemudian berselisih dengan seorang lagi makcik meminta sedekah sedang berjalan, kemungkinan besar ke tempat biasanya.

hampir ke hujung jalan, berjumpa dengan Mama Nagah pula. ini nama yang kami beri kepada makcik ini. ayatnya setiap kali lalu dihadapannya : "kamu akan berjaya, demi allah." atau yang seumpamanya.

jadi, pagi itu di jalan saad zaghloul ada 3 makcik peminta sedekah.

hampir tiba di kuliah, ada lagi seorang makcik. berbanding makcik-makcik yang sebelumnya yang berbadan gempal, makcik ini kurus kecil. dia bercangkung, berlindung di belakang sebuah kereta dengan tudung labuhnya menutup seluruh badannya yang kecil. angin musim masih dingin. "untuk kamu kejayaan," kata makcik yang kecil itu.

langkah dipercepat. tiap kali otot abdomen tergerak menyinggung perut, pedih-pedih panas terasa. niat memonteng menyelebungi akal sambil bayangan ful dan falafel menyemakkan kewarasan. tidak satu pun daripada 4 orang makcik itu diberi wang sedekah, walaupun suku genih.

mungkin makcik-makcik tadi juga lapar?

Jumaat, 1 Mei 2009

setahun

satu mei.

genap setahun blog ini bertapak di blogspot.
sebelumnya ber-blog di friendster, kemudian dipindahkan ke sini.
tujuan asal membuat blog samar-samar dalam ingatan. kemungkinan besar kerana kebosanan menganggur selepas spm.

owh ya. selamat bercuti. sehari pun tetap bercuti.
"engkau sudah mengikat takdir semenjak awal lagi ketika memilih untuk ke sini. masih boleh menyesal, namun tak berguna," tiba-tiba fikiran ini terbit, serta-merta dimasukkan dalam catatan blog. namun perkaitannya dengan catatan kali ini diragui. tafsirkan sendiri.

baik. mendarat ke tilam.

Rabu, 29 April 2009

selipar buruk saja!

sedang buntu, perlukan bantuan.

objek rebutan: selipar biru buruk jenama asadi buatan malaysia.

individu terlibat: muhandis dan kepalakotak.

muhandis: pernah datang ke pintu rumah mohon pinjam sepasang selipar. sebelum ini, muhandis pernah meminjam(?) sepasang selipar. hanya selepas selipar berkenaan tidak boleh digunakan dan layak masuk ke tong sampah, barulah muhandis memulangkannya.

kepalakotak: tuan punya selipar. selipar berkenaan tidaklah begitu penting. namun bila difikirkan selipar buatan malaysia, selipar berkenaan jadi penting dan berharga.

kes sebelum ini: selipar milik kepalakotak. tetapi muhandis ambil tanpa izin. kemudian diambil semula.

kes terbaru: muhandis ambil selipar berkenaan sekali lagi.

cadangan tindakan yang munasabah
: ..........................................

Sabtu, 25 April 2009

kasih sayang itu penting

sebab mengapa jagaan mak ayah yang terbaik.



lagi satu. kena pijak memang sakit. lihat budak dipijak, receptor kesakitan di otak turut terstimulasi.

Rabu, 22 April 2009

keset dan kemproh

gendang gendut, tali kecapi;
kenyang perut, senang hati.
kalau lapar bagaimana pula?

buat yang keset dan kemproh, semoga berjaya.

kemudian ada lagi,
kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan dalam peti
kalau ada silap salah
jangan dipendam dalam hati.
dalam situasi ini, kata-kata di atas tidak boleh diguna pakai. simpan saja dalam hati atau catatan blog. kalau tidak akan jadi carutan yang bukan-bukan.

serius. kau orang memang keset dan kemproh.

X-(

Ahad, 19 April 2009

pengajaran dari kepala paip, lagi

"ini semua salah kepala paip."

*****************************

air mengalir menuruni tiap anak tangga, dari tingkat atas hingga ke aras bawah. awalnya sangkaan kami pekerja bangunan menjadi rajin secara berlebihan. sampai di hadapan pintu tingkat **isikan tempat kosong** , kami dapati semua itu bukan kerja pekerja bangunan. ini semua kerja kepala paip.

habis separuh rumah banjir. dari dapur hingga ke ruang tamu, menyusup lalu bawah pintu ke luar rumah dan turun hingga aras bawah, basah sampai ke pintu masuk bangunan. kalau berlaku di tingkat paling atas, kesannya tentunya lebih dramatik. bayangkan saja air mengalir dari tingkat lapan sampai ke aras bawah, arab-arab pasti terlongo kosong menyaksikan waterworld iskandariah.

semuanya kerana kepala paip. sudah menjadi tanggungjawab kepala paip menahan air daripada keluar, elakkan pembaziran. tapi kali ini kepala paip malas. atau lalai mungkin. atau tidur. lalu kali ini tanggungjawab kepala paip tidak terlaksana.

*************************

rakyat-rakyat tingkat **isikan tempat kosong** lalu bergotong-royong. banjir ini bukan kali pertama. tetapi kali ini lebih teruk daripada sebelumnya. usai mengeringkan rumah, jumlah kerugian dicatatkan seperti berikut:
2 permaidani lenjun, dalam kata lain terbasuh.
1 komputer riba separa lemas namun berjaya diselamatkan.
1 pintu rumah kembang tidak boleh ditutup.
lebih kurang 10 meter persegi lantai rumah bersih berkilau.
berpuluh anak tangga tercuci secara tak langsung.
(semuanya tanpa menigkatkan bayaran bil rumah!)
**************************

semasa semua ini berlaku, kebetulan sedang menghirup teh panas sambil menikmati udara mediterranian. pulang sahaja semua sudah selesai. sebetulnya salah kepala paip. dan terima kasih juga buat kepala paip. rumah jadi bersih.

Jumaat, 17 April 2009

orang miskin, jalan kaya

catatan baru. mengisahkan mereka yang miskin. miskin bermakna memerlukan bukan pada nilai harta dan wang sahaja.

semuanya berlaku di jalan kaya. dinamakan sempena nama presiden yang terawal, saad zaghloul. jalan ini jalan kaya, orang yang tinggal sepanjang jalan kaya tentunya kaya. malahan jalan kaya ini menjadi antara jalan tumpuan utama kerana kekayaannya. sepanjang jalan penuh kedai-kedai yang menjadi singgahan hujung minggu bagi keluarga-keluarga. kemewahan bandar tertumpu di jalan ini.

kekayaan pada jalan ini menarik ramai. peniaga. pembeli. pesiar. pelancong. dan orang-orang miskin. kemiskinan terdorong ke jalan ini kerana kekayaannya.

melalui jalan ini setiap hari pasti bertemu sesuatu. usaha mereka yang terdorong ke jalan ini mencari penyambung hidup menimbulkan kekaguman yang hebat.

sambung kemudian.

-gambar jalan kaya dipetik dari flickr. bukan gambar terkini. ada masalah ketiadaan kamera.-

Ahad, 12 April 2009

kata hikmah #3

keputusan peperiksaan semester lalu sudah keluar. krew kepalakotak menemu ramah seorang pelajar yang keputusannya sedap mata dipandang. dia berkongsi sedikit teknik belajar yang kita masukkan dalam catatan kali ini.

caranya, beliau belajar tiap kali air di rumah tiada.

teknik ini beliau dapati amat berkesan kerana sambungan air kerap terputus, sekali gus menyebabkan beliau kerap belajar. menurut beliau lagi, dahulu beliau merupakan pelajar yang tidak terurus. namun setelah mengikatkan diri dengan sistem belajar ketika-tiada-air-keluar atau dipendekkan, KETIAKe, beliau kini sudah mempunyai jadual belajar yang tersusun kerana pola lesapan air amat sistematik.

jadi, kata hikmah kali ini:

"belajar seperti air."

sebelum sesi temu ramah tamat, beliau menambah: pastikan rajin memakai ubat wangi. dan jika orang bertanya kepada anda tentang sistem belajar KETIAKe, anda boleh menjelaskannya.

Rabu, 1 April 2009

kuasa kotak


kisahnya warga-warga petak dan kotak ingin membuktikan kehebatan mereka, dibandingkan dengan warga-warga bulat dan sfera.

mereka mengemukakan kehebatan masing-masing.

warga bulat: roda-roda kenderaan bulat. tayar juga bulat. kalau roda dan tayar kotak, penumpang bas tak lena kerana perjalanan kasar dan terhentak-hentak.

warga kotak: kotak dibuat berbentuk kotak (kiub dan kubus). kotak gunanya simpan barang. dari kotak televisyen hinggalah kotak tisu. kalau kotak tak kotak dan berbentuk bulat atau sfera, maka berguling-gulinglah kotak, mudah hilang, barang rosak.

warga bulat: bola bulat. letak satu bola tengah-tengah padang, tambah 22 orang pemain, berjuta orang terhibur.

warga kotak: skrin televisyen dan komputer, kalau kamu tak sedar, bentuknya petak. skrin bulat tidak memberikan paparan yang sepenuhnya.

warga bulat: planet-planet, matahari dan bintang sfera. sfera satu bentuk yang sempurna, punyai ukuran jejari yang sekata.

warga kotak: (habis idea. berfikir sebentar. kemudian bersuara yakin) kotak mampu mengubah nasib negara, malahan dunia!

warga bulat: tipu. heh.

waga kotak : mana ada. ini buktinya.


-selamat mengundi bagi siapa-siapa saja yang akan mengundi, di mana-mana saja anda. -

Ahad, 29 Mac 2009

mesej

seorang sahabat bertanya. bagaimana untuk menyatakan rasa simpati atas kematian seorang kenalan atau keluarga kepada rakan dalam sebuah pesanan ringkas? macam mana untuk mengucapkan takziah?

jawapan satu:


sahabat kata tak. dia mahu buat ayat takziah.

jawapan dua:


tapi sahabat masih tak berpuas hati dengan jawapan. ayat-ayat yang dikemukakan tidak biasa dituturkan. sahabat mahukan ayat yang kasual.

oleh sebab kehabisan idea, jawapan seterusnya begini:

Khamis, 26 Mac 2009

kebahagiaan dalam seminggu

kepalakotak menggantikan smiley. bulat sudah jadi bosan.
-gambar hiasan-

minggu lepas, kami mengalami satu kebahagiaan. oleh sebab yang tidak diketahui sekolah kami memberikan cuti sehari tambahan. biasanya cuti kami hanya pada hari jumaat. sahaja. 6 hari seminggu tidaklah melelahkan. tambahkan waktu tidur, lelah akan terubat. ini ayat sarkastik.

setelah diberi cuti sehari pada minggu lepas, cuti kami jadi 2 hari.

berikut ialah catatan dalam tempoh 2 hari, bermula hari rabu.

malam rabu.
fikiran dipenuhi dengan "esok tiada kelas. kelas tiada esok. tiada kelas esok." dengan sengaja kami melewatkan tidur malam. seluruh beban persekolahan terasa terangkat. dengan sengaja juga, kami berkesempatan melupakan persekolahan. buku kami letak jauh-jauh.

siang khamis.
selepas subuh, tidur malam diqada'kan. bangkit ketika matahari sudah tinggi. fikiran terisi dengan " esok masih cuti. masih cuti esok. esok cuti lagi." aktiviti pada siang hari penuh keriangan. buku terletak jauh dijeling-jeling.

malam khamis.
buku kami pegang-pegang dan selak-selak saja. tidur malam dilewatkan, terulit dengan mimpi-mimpi indah.
siang jumaat.
hari pasar. ke pasar membeli barang.

malam jumaat.
buka buku. penat seminggu terubat. rasa gembira.

tamat cuti 2 hari kami. jika anda mendapat cuti 2 hari dalam seminggu, sepatutnya anda rasa bahagia dan bersyukur.

sekiranya anda tidak cuti walaupun sehari dalam seminggu dan sedang membaca ini, anda tentunya berkata : awak cuti sehari dalam seminggu, sepatutnya awak rasa bahagia dan bersyukur; anda sememangnya betul dan tiada hujah dapat mematahkan kata-kata anda.

kesimpulan kata, manusia bukan robot. rehat itu penting. elakkan kerisauan mengarut dan macam-macam sehingga mengalami tekanan perasaan dan kemurungan. cuti itu kebahagiaan.

*kemaskini. penambahan catatan biasa jika cuti sehari.*

malam khamis.
penat.
pagi jumaat.
pasar. futsal.
malam jumaat.
esok perlu ke sekolah lagi.

-merindui cuti-cuti yang berlalu. sentiasa dalam hati.-

*satu blog menghimpunkan blog-blog tulisan pelajar malaysia di mesir, tekan sini untuk lompat ke laman.*