Jumaat, 29 Mei 2009

yang mungkin menarik untuk dilakukan

satu idea pernah menyinggah.

kadang-kala hidup kelihatan terlampau berat untuk dihadapi. dunia dirasakan gelap. nasib tidak pernah menyebelahi. seakan-akan seisi dunia dan apa di dalamnya berkonspirasi untuk mengenakan engkau. ketika itu engkau mahukan jalan keluar. namun semua pintu-pintu penyelesaian tertutup buat engkau. bagaikan sesat di dalam gua yang gelita, pada malam paling pekat. engkau mahukan semuanya berakhir. ya, akhir. itu sahaja jalan keluar yang kelihatan.

sesetengah individu tidak mampu menerima beban seperti itu. dia mahukan semuanya berakhir. dan akhir bermakna mengakhirkan hidup. sebelum masanya.

dia naik ke aras tingkat 8, bangunan 8 tingkat. ke atapnya. di situ dia menyerahkan nyawanya kepada tarikan graviti. dalam masa kurang 5 saat, graviti mengambil nyawanya yang diserahkan. dan dia sepatutnya tahu, hidup ini untuk melawan daya-daya yang menjatuhkan dan menarik kita.

jadi, dalam masa kurang 5 saat itu, pada detik ketika terawang memecut ke tanah, apakah yang difikirkan? penyelesaian termudah yang tidak pernah difikirkan, rasanya. dan penyesalan menerjah namun itu bukan waktunya. semakin hampir ke tanah.

........

berakhir di situ.

lebih tinggi daripada yang ini

mungkin, dalam buntu mencari jalan keluar anda boleh mencuba ini. naik ke tempat-tempat yang tinggi, yang mampu membunuh jika terjatuh. lihat ke bawah. biarkan gayat membengkak dalam dada.

pejamkan mata. secara bayangan, terjun dari tempat yang tinggi itu.

penyelesaian mungkin akan muncul selepas itu.

jangan lakukan ini tanpa berteman.

6 ulasan:

Luqman berkata...

suicide is a permanent solution for a temporary problem:)

Azhar ZA berkata...

bangunan bakal rumah baru hanya ada 4 tingkat, jangan risau. hanya boleh patah kaki kiranya lompat bukan kepala dahulu.

Uqbah Azam berkata...

kadang kadang, bila aku rasa sangat tertekan... aku akan cakap kat kawan yang aku rase macam nak bunuh diri.

tapi, semestinya itu hanya di bibir. tiada pada hati.

sebab hidup itu satu perjalanan kan...

Tanpa Nama berkata...

ana baru saksikan adegan bunuh diri dari tingkat 17. Ngeri juga

Tapi tak dapt tengok sama ada terbarai atau tidak otaknya.. dah dilitup surat khabar..

moral: jangan bunuh diri

van der shraaf berkata...

orang gayat takkan membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi

kepalakotak berkata...

rasanya semua orang ada rasa gayat.
cuma fobia pada ketinggian, takut melebih pada ketinggian.