Rabu, 31 Disember 2008

hampir tahun baru

tulisan ini ditaip pada jam 2028 waktu malaysia, 1428 waktu iskandariah. berbaki beberapa jam sahaja untuk tahun 2009.

wow, 2009. setahun lepas lalu begitu pantas.

berikut ialah senarai azam hujung tahun kita kali ini:

kita tak mahu basuh baju kotor sampai tahun depan.
takkan gosok gigi sampailah tahun depan.
tak nak tidur sampai tahun depan.
main komputer, berborak di YM sampai tahun depan.
sampah makanan tidak akan digerakkan ke tong sampah sampai tahun depan.


-tak mahu potong rambut sampai tahun depan-



kalau ada rezeki, jumpa lagi tahun depan.

(ok!)

Rabu, 24 Disember 2008

keputusan

katanya keputusan hampir terkeluar
apa pun yang akan terkeluar
peperiksaan hanya atas kertas
dan kalaulah hidup, atas kertas.

yang terpenting usaha
yang lain di luar cerita.

(tidak boleh menulis panjang-panjang
post begini terasa lebih mudah)

Selasa, 16 Disember 2008

bahasa

1. bahasa lisan : dituturkan melalui mulut. terlajak kata tidak boleh ditarik kembali. masing-masing dengan sebutan tersendiri dengan makna tersendiri. lisan arab berbeza daripada lisan melayu dan lisan melayu berbeza daripada lisan turki dan sebagainya

2.bahasa isyarat@badan : difahami dengan pemerhatian gerak anggota zahir dan ekspresi muka. lebih berkesan daripada lisan.

3.bahasa tongkat : komunikasi dengan penggunaan kekerasan seperti memukul keldai yang malas atau yang tidak makan saman.

4.bhs sms@chat : hrf2 yg pndek sbgai sngktn kpd prkatan yg lbh panjng utk mnjmatkn ruang msj dn mnjimatkn msa. prlukn skil pmendekn kata dn pnterjmhan kata2 pndek.

5.bahasa kewanitaan : hanya wanita yang memahami bahasa ini. merupakan ilmu paling ganjil bagi seorang lelaki.

6. bahasa kelakian : berdiam, tidak berkata apa-apa, membisu.

7. bahasa ringgit : paling universal antara bahasa-bahasa yang lain. paling mudah difahami. walau antara seorang itik dan seorang ayam, mesej yang ingin disampaikan senang ditangkap. namun memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. juga mampu menguropsikan sesebuah institusi dari akarnya dan ke atas.







(bahasa kepalakotak : berkata-kata dalam kotak sendiri)

Sabtu, 13 Disember 2008

ha!

berseronok cara pemuda egyptian



membina piramid



(boyah!!)
Untuk bacaan lanjut, tekan sini. Blog the journey menerangkan situasi di Iskandariah, mesir.

-anas suruh buang video
kita buang jauh-jauh
dalam u-tube ada macam-macam
nak pergi tengok sendiri-

MARI KE MESIR.

Jumaat, 5 Disember 2008

kejadian

I

tiba-tiba
aku menitiskan air mata
ketika

memotong sebiji bawang

-sungguh kasihan hidup
sebagai bawang!-

II

tiba-tiba
aku merasakan kesakitan
ketika

menendang sebiji bola

-perit hidup
dilahirkan untuk disepak!-

(???)

Selasa, 2 Disember 2008

sebab

20.saya memilih kursus perubatan kerana .............

A. abah, mak suruh
B. mahu kaya
C. kursus paling mudah
D. ingin merawat kucing peliharaan
E. keputusan spm terlalu baik

untuk jawapan sebenar, rujuk sudut bawah posting ini
.


Penyahut cabaran kepalakotak sedang pening memikirkan jawapan sebetulnya.
Jangan m
eniru!


(D)

Sulit
02/08
-jabatan cepumas kepalakotak-

Khamis, 27 November 2008

bentuk



Ini namanya sucrose. Tergolong dalam kategori gula.




Dan jika dibaca struktur di atas, kita akan mengeja : CHHOHOOHNH.
Jangan tertipu, kerana nama sebenarnya Threonine. Tergolong dalam kelompok asid amino utama.


Kami tak pernah lihat benda-benda ini dan tidak pernah terzahir pada pandangan mata. Begitu banyak C dan O dan H dan garis-garis berliku tajam atau lurus.

Bagaimana diketahui bentuknya?

-sam'ina wa 'atokna (kami dengar dan kami patuh)-

Ini satu ilmu ghaib.


Selasa, 25 November 2008

sawang

kena kemas-kemas sesawang dalam blog.
banyak betul.

kalau ada masa.

Ahad, 19 Oktober 2008

harga

Semalam.

"Ni berapa genih pakcik?" kata kami sambil menuding jari ke arah seberkas penyangkut baju yang tersadai di depan kedai.

"Tujuh genih saja!"

Esok.

"Penyangkut baju harga berapa?"

Pakcik yang lain dari semalam menjawab tanpa ragu: "Ini harganya empat belas genih."

Huh!

Rabu, 15 Oktober 2008

jiwa

Idris Tawfiq, penulis dengan jiwa.


www.idristawfiq.com

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk walad tukang pandu kuda;
tiada ubat untuk kebodohan
tapi ruang blog terlalu terpencil untuk walad ketahui
oleh itu
aku akan berdoa agar walad
satu hari nanti belajar menggunakan akal.
Dan tidak lagi melibas-libas cemeti.

-walad carut dalam bahasa arab, kami faham.-

Rabu, 8 Oktober 2008

fi moyyah?

Ammu tutup paip air. Kami tadah air dalam botol.

Basyar cakap: "Insyaallah bukrah (esok) tak ada masalah punya!!"

Kami cakap: "Betul? Baik, kami ingat janji kamu."

Esoknya air betul-betul ada. Kami ke sungai besar dan kecil dengan penuh rasa suka ria. Tetapi firasat perasaan mendesak kami untuk menadah air dalam botol juga walau satu hari penuh bekalan air tak putus-putus.

Dan seperti yang Basyar cakap, bukrah ada air, tapi lusa Basyar tak ada cakap apa-apa.

Paginya kami mandi dengan air daripada botol 800ml .

Di Convention Centre semua datang berseri-seri. Namun kami ragu dengan keserian itu.

Di sebalik bedak dan pewangi ada yang tak mandi!!

Selasa, 30 September 2008

Satu syawal Mao

Satu syawal
tiada siapa di rumah, Mao tinggal seorang
kalau mengiau di depan pintu dapur
takkan ada orang menyahut.

Kalau panjat ke tingkap pun
takkan jumpa sesiapa.

Sekali sekala berkunjunglah ke
rumah jiran di tepi
atau di depan.

Di sini
banyak kucing-kucing
lebih malang
berdebu
dan mengiau dalam bahasa arab.

Isnin, 22 September 2008

kaherah

Kaherah.
Musim panas,
zahmah, sibuk dan bising
berdebu-debu
tahi hidung keras datang bertalu-talu.
Perbezaan bahasa masih
menjadi masalah.

"Ammu, ana tolib gadid
ulli bissarahah lau samah."

ok.

Sabtu, 20 September 2008

puisi penafsir

sebutir debu
hanyut di udara,
bertanya kepada diri
ke manakah angin membawa

sebiji kerikil
tersepak ke tepi jalan
ia tertanya-tanya, kepada
kaki-kaki
masihkah ada yang simpati

selaut buih
didorong arus terhempas ke pantai
serumpun rumput
tidak beralah kepada ribut

seorang penyair seorang penafsir
menterjemah setiap peristiwa
ke bahasa manusia.



Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia License.

Isnin, 15 September 2008

menamakan proton

Proton mengadakan pertandingan menamakan model MPVnya yang dijangka akan keluar tahun depan. Kalau ada rezeki, tahun depan kita dapat kereta baru. Boleh bawa berjalan-jalan ke KL atau berziarah ke kampung.

Hmm. Pertandingan ni berlangsung sejak 8 september lalu, dan tutup pada 30 september. Guna SMS boleh, submit ikut rangkaian sesawang pun boleh. Maklumat lanjut, loncat ke proton.com.


Imej yang tertera di atas kemungkinan besar, ialah model skala kecil MPV Proton. Sidang kepalakotak tidak mahu menyebarkan khabar dari angin, jadi untuk maklumat paling tepat sila renangi laman sesawang.



mohon kepada abah anda, minta tukar kereta. katakan,
"kereta lama ni sepatutnya dok dalam muzium, bah!!"


-Selamat menjalani Ramadhan-

Sabtu, 13 September 2008

itu bukan namaku




Benar-benar emosi kakak penyanyi ni. Tajuk lagu dia, "Itu Bukan Namaku." Kalau samar-samar atau kurang mendengar liriknya, tekan sini.

Mengapa perlu begitu emosi menyanyikan lagu tentang nama? Perhatikan riak wajah kakak tadi, penuh dengan keberangan dan kemarahan yang meluap-luap.

Jadi, berdasarkan pengamatan terhadap lagu kakak ini, bolehlah disimpulkan bahawa orang akan marah jika dipanggil dengan nama yang salah, diberi gelaran yang bukan-bukan dan apa-apa yang sewaktu dengannya kerana nama itu penting. Lebih-lebih lagi jika digelar dengan gelaran yang bukan-bukan, mengarut, mencarut dan menghina.

Baca Surah Al-Hujraat (49) : ayat 11 dan 12.

Nama merupakan doa. Nama mencerminkan peribadi. Pada sesetengah orang, nama melambangkan darjat dengan awalan nama dato',datuk,datin,nenek atau SN. Sebagai misalan, panggil nama datuk dalam keluarga anda tanpa kata ganti nama "atok". Kemudian perhatikan reaksinya. Selamat mencuba.

Ramadhan Karim!!

Rabu, 10 September 2008

jalan-jalan: kuala kubu baru

Semalam gerak ke Kuala Kubu Baru mencari kedai tukang jahit. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa singkat menjadi panjang kerana melalui jalan alternatif untuk mengelak kesesakan. Lalu ikut lebih raya dan kemudian menyusuri jalan-jalan terpencil; dari jalan-jalan sunyi Bukit Beruntung hingga ke celah-celah kebun.

Kalau difikirkan balik, dah lama tidak berkunjung ke kuala kubu. Kali terakhir ke sana 6 tahun lampau. Lepas 6 tahun, Kuala Kubu masih sama cuma Dataran KKB kelihatan tua dengan cat pudar dan sedikit rosak. Pekan KKB masih juga tenang macam biasa dan nostalgik.


Sampai di kedai jahit, tukang kedai nampaknya tidak begitu bersemangat untuk mengalu-alukan kedatangan. Semua pekerja sibuk menjahit. Mungkin akibat tempahan baju raya yang melampau banyak. Kata tukang kedai, tempahan hanya boleh siap dalam 10 hari. 10 hari terlalu lama. Jadi kedai jahit terbabit ditinggalkan begitu saja.

Malang sekali, tak ada gambar yang terakam sepanjang perjalanan. Keuzuran teknologi telefon mobil tidak membolehkan sebarang imej ditangkap masuk dan disalurkan ke komputer. Hanya imej yang dirembat dari entah mana mampu ditunjukkan.

Ok.

Selasa, 2 September 2008

cerita tentang mao - bhg 1

Si Mao telah 5 atau 4 bulan menjadi maskot rasmi blog kepalakotak. Namun kisah disebalik beliau diangkat menjadi maskot tidak pernah di ceritakan. Semasa menulis ini, segala kenang-kenangan beberapa tahun dahulu kembali menjadi jelas dalam kepala seperti menonton wayang gambar.

Baik.

Latar masa: 3 tahun yang lampau, dari tarikh post ini ditulis.
Latar tempat: halaman depan pintu belakang rumah, yang merupakan pintu bagi dapur.
Latar masyarakat: rakyat malaysia; nasi sebagai makanan ruji dan gemar durian.


Waktu itu bulan Ramadhan. Bulan puasa. Cekodok pisang baki sahur masih ada atas meja makan. Cekodok pisang untuk sahur sudah tidak panas lagi, sejuk, menjadi liat, benyek dan berminyak luar biasa. Biasanya pada waktu luar bulan puasa akan ada orang yang mencekau cekodok sejuk ketika tengah hari kerana tidak sempat bersarapan.

Semasa watak utama bermenungan di pintu dapur, kelihatan seekor kucing. Bulunya berwarna hitam cair, hampir-hampir kepada kelabu atau lebih tepat, warnanya menyamai sebuah baldi hitam yang tua, terdedah kepada kepanasan matahari buat waktu yang lama sehingga hitam itu menjadi luntur kepekatannya. Ekornya kontot, sama seperti seketul daging yang berpuntal sedikit manakala bulu-bulu pada ekor itu berpusar-pusar pada satu tempat.

Kucing itu meminta makanan, lalu watak utama memberikannya cekodok sejuk benyek berminyak dari atas meja makan. Tanpa banyak soal kucing tersebut terus menjamah sebiji cekodok sejuk benyek berminyak dan meminta diberikan lagi makanan setelah habis menelan cekodok sejuk benyek berminyak itu.

Sejak peristiwa tempoh hari kucing hitam itu semakin rajin datang ke rumah watak utama. Setiap pagi dia akan setia menunggu di depan pintu dapur. Hari demi hari. Tanpa disedari watak utama, hari demi hari perut kucing itu berkembang dan membesar, memboyot ke bawah.

Maka tibalah suatu hari, bila kucing itu tidak lagi kelihatan pada pintu depan dapur pada waktu pagi. Sehinggalah tengah hari sekitar pukul 12 lebih, barulah kucing itu ditemui dalam salah satu petak almari yang terbuka daripada salah satu almari di dalam bilik daripada bilik-bilik salah seorang ahli keluarga watak utama.

Alangkah gemparnya suasana dalam rumah apabila seisi keluarga mengetahui seekor kucing telah melahirkan 4 ekor anak kucing dalam petak almari.

Dari situlah, watak Mao Si Kucing mula diperkenalkan kepada dunia. Namun pada saat beliau dilahirkan beliau belum lagi dinamakan Mao.

-sambung lain kali-


-mao sedang bersantai di suatu lokasi yang dingin-


Ahad, 31 Ogos 2008

31

I've been waiting for this for a long time, back when I started blogging.

It's Hari Merdeka.

Forget about the politics for a moment. It's Hari Merdeka on Sunday. Even politician needs a break. After all, we are Malaysians.

Sabtu, 23 Ogos 2008

guru

yang hina:
yang tidak tahu

yang terlebih mulia,
menunjukkan erti tidak tahu:
sir dan teacher
ustaz, ustazah
cikgu.
guru.


- untuk mereka yang telah aku lupa namanya -

Ahad, 17 Ogos 2008

wajah baru



Terima kasih kepada Ammar Hoohoo kerana telah menghasilkan wajah baru kepalakotak.

Terima kasih juga kepada orang-orang yang telah kita temui sepanjang beberapa bulan ini. Sekarang kita hampir mendapat gambaran yang jelas serta pandangan yang pelbagai. Kotak fikiran yang kecil kita gantikan dengan yang lebih besar dan lebih senang dibuka.

:)

Ahad, 27 Julai 2008

mahabbah

karya:SN Shahnon Ahmad
tajuk:Mahabbah
terbitan:DBP

sinopsis

keseluruhan cerita hanyalah berkisar pemikiran Endar. Endar sudah tua dan terlantar kerana penyakit
Myasthenia Gravis yang melumpuhkan seluruh dayanya. Dia tidak mampu untuk bersuara lantang seperti dahulu lagi. Yang termampu bagi Endar hanyalah untuk menggerakkan hati dan mindanya berfikir tentang bangsanya yang berpecah serta dirinya yang akan meninggalkan dunia fana'.

Bangsa Endar, Endar tamsilkan dengan sebatang sungai. Awalnya sungai itu bergerak dalam satu aliran. Namun setelah masa berlalu aliran sungai yang satu itu telah berpecah kepada dua yang dipisahkan oleh tebing atau tembok yang besar.

Sepanjang sungai itu berpecah kepada dua aliran, sepanjang itu dua sungai itu saling mengotori sesama sendiri. Dan menjadi hasrat Endar untuk melihat dua sungai itu kembali menjadi satu. Kalau boleh, Endar ingin mengangkat tembok yang memisahkan itu, yang menjadi punca permusuhan.

Namun pada akhirnya Endar berpendapat, tembok itu tidak perlu dicabut tetapi perlu dibersihkan, dimurnikan daripada segala syaitan dan manusia durjana yang bertenggek di atasnya. Kemudian di atas tembok itu akan didirikan bangunan serta taman-taman yang indah. Dan dua aliran sungai itu akan terus mengalir suci menurut perintah-Nya.

(jika terdapat sebarang kesilapan pada sinopsis ini, minta diperbetul..)

tiada siapa dapat menafikan peranan politik dalam kehidupan seharian kita serta kepentingannya dalam membentuk sebuah negara. namun politik tidak sepatutnya menjadi sebab pertelingkahan, kerana tujuannya ialah membentuk sebuah kerajaan bagi negara. lalu, jika bertelingkah kerana politik, berfitnahan sesama sendiri dan bertohmahan, bukankah telah mencabuli tujuan asal berpolitik?

sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang politik perlu membaca renungan-renungan dalam Mahabbah kerana kita pasti akan menjadi tua, merasai waktu menghampiri kematian; dan pada masa itu kita akan melihat kembali perbuatan-perbuatan kita yang terdahulu.

-imej kulit buku dari ujanailmu

Ahad, 20 Julai 2008

D for durian!!


It's great to be a Malaysian. One of the main reasons is : THE FOODS.

Other than the famous nasi lemak, roti canai and teh tarik, it is the durian.

And for some reason durians give out a kind of distinctive smell. Aside of its' notorious smell that can cause serious headache to some people, it is also indescribable delicious.

Maybe, because of its' rich taste, durian are made to be smelly so that human won't be addicited to it.

Aha, this rings an idea. Why not use genetic engineering to produce durians that won't smell bad? Or perhaps find a way to get rid of the odor that stuck in our car? I'm very sure, whoever can solve this smelly business will be listed as a nominee for the Nobel Prize.

But the odor of durian is not that bad. Try googling around and search about durians. Some may describe it bad or smell like shit, mostly before they taste the flesh of durians. :)

Yummy!!

Rabu, 16 Julai 2008

usia

Di antara dua kelemahan.
Begitu disifatkan usia remaja.

Sebelum remaja kita dikurniakan dengan tenaga yang banyak. Cukup banyak. Jika diperhatikan kanak-kanak kecil bermain, kita pastinya kagum dengan stamina yang mereka miliki. Mereka berlari, ketawa, terjerit-jerit semasa bermain selama sejam atau lebih. Kemudian mereka rehat sebentar dan sambung semula.

Namun pada peringkat usia kanak-kanak kita tidak dikurniakan dengan kematangan akal. Dunia dari sudut pandangan kanak-kanak ialah dunia yang mudah, penuh keriangan tanpa perlu memikirkan perjalanan hidup mereka kerana ada ibu bapa yang membuat keputusan.

Tanpa kematangan akal itu tadi kita tidak mampu untuk menafsir sebetulnya realiti yang wujud dalam dunia. Spiderman melompat tinggi atau mengeluarkan tali-temali dari tangannya tidak dirasakan mustahil. Atau semasa ultraman berlawan dengan raksaksa, berapa banyak angka korban akibat ultraman jatuh atas rumah-rumah dan kediaman; tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.

Ketuaan pula, adalah kembali menjadi lemah. Pada usia tua keremajaan sudah hilang, tenaga menjadi pudar setelah tahun demi tahun berlalu. Walau dengan akal fikiran yang matang dan mampu berfikir jauh ke depan berdasarkan pegalaman hidup, namun sudah tidak secergas masa remaja-tidak punya daya yang banyak.

Dan ada juga pada usia tuanya fikirannya menjadi susut. Ingatan pudar, pelupa dan nyanyuk. Kita tidak mampu mengurus diri sendiri dan perlu dibantu, balik semula seperti kita masih bayi dahulu. Disuapkan dan dimandikan.

Penyakit mula datang dengan banyak dan badan kita tidak mampu untuk sembuh dengan seeloknya seperti waktu muda dahulu. Sedikit demi sedikit daya kita hilang. Mata tidak cerah. Telinga kurang menangkap. Langkah mengurang dan semakin mengurang. Nafas memendek, menjadi singkat, hingga pada akhir usia: kita tidak mampu lagi bernafas.

Jumaat, 27 Jun 2008

OBB

Ah.... sudah lama kepalakotak tidak mengemaskini laman blognya. Masa mengalir terlalu cepat seperti air dan kita tidak tersedar akan alirannya. Tahu-tahu saja kita sudah berada di takah ini. Peringkat yang dahulunya telah kita tempuh, dan ternyata, peringkat sebelum ini bukan langkah terakhir untuk bergelar Orang Berguna Berjaya atau baiklah kita singkatkan sahaja kepada OBB.

Cita-cita kita ialah untuk menjadi seorang OBB. Seorang yang berguna. Kemudian sebagai tambahan kepada kebergunaan sebagai orang itu, kita juga mahu kalau boleh, ada gelaran 'berjaya'. Tetapi memadailah kalau dalam kesingkatan hayat kita, kita mampu menjadi seorang yang berguna.


(sebuah grafik yang diconteng-conteng...)

Ahad, 15 Jun 2008

saya nak power!!

Pada satu malam, ditakdirkan seorang suami duduk menganggur di beranda rumah kayu usangnya. Begitu juga pada malam-malam yang sebelumnya: suami itu termenung sahaja di beranda, mengisi waktu rehatnya dengan renungan yang melangkau entah apa-apa. Sepanjang malam dia akan melihat langit yang kosong tanpa bintang atau bulan sehinggalah dia termamai dan akhirnya tidur di beranda luar, terdedah kepada dingin angin; sedangkan isterinya tidur di dalam rumah dengan keselesaan sebuah bilik tidur yang hangat.

Maka telah ditakdirkan, pada satu malam itu semasa suami termenung, dia terlihat sebuah tahi bintang berapi-api melintasi langit. Dari jauh, tahi bintang itu meluncur di udara. Suami itu pun kagum dengan kecantikan api tahi bintang itu. Tanpa disedari, tahi bintang itu rupa-rupanya meluncur jatuh ke bumi, betul-betul menghala ke sawah milik suami dan isteri itu. Suami yang termenung itu terus termenung, masih kagum dengan api tahi bintang tadi sehinggalah.....

BOOMM!!!

Tahi bintang tadi terhempas di atas tanah sawah suami itu...

Terkejut beruk si suami dan dia pun terus melompat turun ke tanah. Manakala isterinya pula masih di alam mimpi, tidur mati seperti sudah arwah. Sesampai saja si suami ke sawah padinya, sebuah lubang besar telah terbentuk dengan kedalaman 1 meter dan seluas satu petak sawah. Habis padi-padi yang hampir menguning terburai ke sana-sini, patah-patah, renyuk dan mati.

Apa lagi, si suami pun baran. Satu petak sawahnya telah musnah. Selama 5 minit dia menyumpah-nyumpah serta carut tak henti-henti, mengucapkan butir-butir kata yang tak dapat kita ceritakan sekali dalam naratif ini.

Setelah 5 minit itu berlalu, barulah dia perasan di tengah-tengah lubang 1 meter seluas satu petak sawah itu terdapat sejenis lampu ala-ala lampu aladin. "Eh, ini macam pernah ku lihat..." lintas hatinya yang mengalami perasaan deja vu.

Tanpa membuang masa, dia terus mengambil lampu ala-ala aladin itu dan menggosok-gosok di tepi lampu itu. Gosok, gosok, gosok....tapi tiada apa-apa yang berlaku. Kemudian, dia terasa seperti orang bodoh dan keanak-anakan kerana menggosok sebuah lampu ala-ala aladin, mengharapkan sesuatu akan terjadi.

Setelah dia berang dengan tindakannya yang memperbodohkan dirinya, dia membuat keputusan untuk mencampak saja lampu ala-ala aladin itu masuk ke tali air. Biar objek yang telah mengakibatkan dia bertindak bodoh tenggelam ke dasar tali air dan tidak akan dijumpai lagi sampai bila-bila. Begitu nekadnya.

Belum sempat dia membaling lampu ala-ala aladin itu, tiba-tiba sahaja asap bewarna-warni keluar berkepul-kepul daripada mencung lampu itu. Sikit-sikit kepulan itu naik di udara dan muncullah....

"Eee...
jin!!"
"Ya. Saya jin. Tuankah yang telah memanggil saya keluar?"kata jin itu dengan suara garau.

Si suami itu pun terkebil-kebil mengiyakan. Kemudian dia menjelaskan yang satu petak sawahnya telah musnah kerana lampu jin tadi.

"Owh. Maafkan saya. Sebagai ganti, saya akan menunaikan satu hajat tuan."

Lantas hati suami melonjak keriangan mendengar perkhabaran jin itu dan seraya berseru, "Saya nak power!!"

"Baiklah," sepatah perkataan keluar dari mulut jin. Kemudian jin tersebut membaca mantera dalam bahasa inggeris secara rap. Setelah seminit berlalu, jin itu pergi ke pohon pisang yang berhampiran dan mengambil sedikit daripada daunnya. Lalu dia memuntahkan isi perutnya di atas daun itu.

"Siang tadi punya makanan. Makaroni keju dan juga ayam kentaki," jelas si jin sambil tersenyum dan mengelap sedikit sisa-sisa muntah di tepi mulutnya. Muntah di atas daun pisang tadi di hulurkan kepada si suami. "Makanlah, nanti kau jadi kuat."

Si suami merenung jin itu tepat ke dalam mata. Secara tiba-tiba suami menghinggapkan pelempangnya ke muka jin dan muntah di atas daun pisang itu tercampak serta-merta entah ke mana-mana.

"Kau ingat aku ini kayu??!! Makan muntah makaroni keju??!!"herdik si suami itu dan lantas berlalu pergi.

"Ish, orang zaman moden ni dah pandai-pandai belaka. Kalau dulu, orang makan saja muntah aku...." Jin itu melihat si suami pergi dengan barannya. Tangan suami itu memang bukan calang-calang kuat.

Sebelum si suami berjalan meninggalkan sawahnya, dia sempat menoleh ke belakang dan berkata, " Kau memang tau, aku ni lactose intolerant, tak boleh makan keju. Lepas tu, saja nak tipu aku dengan ayam kentaki kau!!! Ciss!!!"

Isnin, 2 Jun 2008

lets choose not to live in fantasy

There is a thin line, separating between a fantasy and a dream.

A dream is a positive force. Anyone who ever wanted to be a successful person should have it. By dreaming our future, our brain, somehow, triggered the subconscious mind thus like an automatic machine, our actions was set to achieve the goal: realizing the dream. And, yes of course, we never said "realizing our fantasy".

Or you may say " i had realized my fantasy " whenever your goal-of-my-life is achieved, but the meaning it bears is totally different.

It is not wrong to dream. Even day dreaming is good for us. Remember the tale of Mat Jenin the day dreamer. He is an example of a great dreamer: dare to dream for the impossible. If we never dared to dream, how could we ever come close to our goal-of-my-life?

As dream is a positive force, fantasy, on the other hand, is a negative force. Kinda ying and yang thing. Black and white.

In order to take refuge from the cruel and not so perfect world, the mind itself had conjured a sanctuary that is, fantasy. In a world of fantasy, you can shape the world that you want - who's your girlfriend, what you are, etc. etc. - and nobody ever bother about it.

Nevertheless, always be careful. Fantasy is addictive. It will overpowering the fantasizer, taking him or her into a world that never was. Drug addicts are example of those who let fantasy to overcome the reality and choose to stay in fantasized dimension. Thus, whoever let fantasy to occupy most of his or her mind and put aside reality - the not so perfect world, full of sadness, sorrow, war, etc. etc. - is very much alike with a drug addict.

Animations, cartoon, anime, video games, dramas and movies are mostly fantasies made into the real world. To ease our tense, we watched them. And for a brief moment we forgot the real world. But what will happen if our mind deceived and we can't tell the difference between reality and fantasy?

(Yes, our mind can be easily deceived. Magicians, they are the masters of deceiving the mind and they knew how easy to fool our mind.)

Take a child and let him watch spiderman trilogy. After that, he will be jumping here and there insistently and try to cling to a vertical wall. There's even a case where a child jump off from the balcony straight downward thinking that spider web will come out from his hands. Thank god, the child survive the fall. This, give a clear picture of what will happen when the mind failed to differentiate a reality and a fantasy.

Same things happen not only to child. All of those love and couples dramas really had gave an effect to people's way of thinking with all of those happily ever after endings, when actually in real world, happy ever after without any single argument is virtually impossible. And this may be a possible explanation why the number of divorce case is increasing: the inability to differ fantasy from reality.

Don't choose to live in fantasy. Never refuse to live in the cruel real world. Start reducing your time in front of television and start living for real.

Selasa, 27 Mei 2008

rumah sakit

Hospital dan klinik juga dikenali sebagai rumah sakit. Rumah sakit ialah tempat orang-orang sakit datang. Sekarang, kita tertanya-tanya: apakah rumah sakit mengubati atau memberi penyakit? Tempat yang begitu padat dengan orang-orang yang sakit semestinya bukan satu tempat yang sesuai untuk memulihkan orang kepada kesihatan yang baik.

Hari itu, pertama kali kita ke hospital sungai buloh. Hospital sungai buloh memang besar. Luas. Bila melangkah masuk melalui pintu utamanya, seperti melangkah masuk pintu KLIA. Lantainya bersih berkilau-kilau. Malah seni binanya pula canggih serta terkini hingga kehadirannya dirasakan pelik kerana semua binaan di sekitarnya tidak secanggihnya.



Awalnya, kita pun terkejut. Tak tersangka begini rupa. Hebat.

Tapi kita ke hospital ini sekejap saja. Untuk menjalankan pemerikasaan kesihatan, kita perlu ke klinik kesihatan. Ada juga rasa terkilan tidak berpeluang meneroka hospital yang agam ini. Mungkin lain kali bila ada urusan yang lebih parah.

Bila tiba di klinik kesihatan, kita terkejut lagi dengan renjatan yang lebih hebat. Bukan kerana seni binanya, tidak. Kita terkejut kerana bilangan manusia yang ada di klinik kesihatan. Pukul 8 setengah pagi, dan hospital sudah pun sesak dengan orang ramai.

Ada yang bertampal, berbalut, jalan menghinjut, menempang. Pelbagai sakit ada. Semuannya sugul, sedih, muka panjang, tak ceria, muka kemek atau mata berair menahan sakit. Secara keseluruhannya, hampir tiada tanda-tanda keceriaan. Kita yang berkunjung sebentar, rasa seperti ingin sakit juga bila berada dalam khalayak pesakit-pesakit.

Dan, malamnya, kita benar-benar dapat sakit. Habis satu malam kita tak tidur. Sepanjang masa kita berguling-guling saja kerana kesakitan apendiks, rasanyalah.

Ahad, 25 Mei 2008

tulis-tulis esei

Pertandingan menulis esei anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana. Hadiah utama, sebuah Chevrolet Aveo Sedan.



Agak berbaloi, 1500 - 2000 perkataan yang disusun-susun untuk kereta berharga puluh ribu. Tak rugi jika nak mencuba bakat.

Untuk maklumat lanjut, pergi ke laman web Yayasan Kepimpinan Perdana. Klik di sini.

Rabu, 21 Mei 2008

forms and more forms

It has been a great fuss to fill forms. How I wish there were less forms in this world, then it would be a better place. What's more, most of the forms are "permohonan" form. It does make me feel useless and desperately need the mercy from whoever supposed to grant the mercy.

And then, those photocopies thing really irritating. Everything must be photocopied.

Well, that is life. Full of forms. From the very first moment of our birth, till the end of our life. We were born: we got our first certificate, the birth certificate. When we'll die, we'll get the last certificate we'll ever had. Who can we blame? There's too many of us nowadays and it will be a major confusion without forms.

Hmm...better get used to it, that's what people told me so....

Sabtu, 17 Mei 2008

hmm...

WOW. Again, pictures are worth thousand words, and videos are better than pictures. No comments. (watch the video till 2.00, about Mr. Mohamed Nor Awang)

Jumaat, 16 Mei 2008

teacher's day

Damn. It's teachers' day already and I just can't scribble even a sentence, or a word for my teachers' appreciation poem. Maybe I never had the knack to make poems, to express my gratitude for having such great teachers with such remarkable spirit, as big as a mountain.

I mean, they never quit teaching us. Even though I frequently slept throughout the class and once, secretly played a good game of chess with a friend while the ustazah, is right in front of our face (and the kind-hearted ustazah never noticed us having a neck to neck battle of chess, except when the tense of the game conquered us and we, for somehow forgot to conceal our petty crime.)

And if I was in the ustazah's shoes, I would probably, kindly gave a nice smack to the ungrateful students' heads.

But, what if, the sole reason for my incapability of writing a poem is not because the talent factor? Everybody can write a poem. Even it is the cliche poem, it is a poem, made from the utter feeling of fondness from the bottom of the heart: to tell how much teachers is appreciated.

Then, i'm most probably never had the feeling of gratitude for the teachers who had taught me. This reasoning, I felt very fit to me.

Now, how could that be, I never know.

Nevertheless, that's didn't mean I don't appreciate my teachers. It is just the feeling of gratitude that i'm lack of. Maybe there's some faulty circuitry in my head or simply I never born with "gratitude to my teachers" gene.

Above all, I, full-heartedly, wish all the good men and women: the teachers, cikgu, guru, ustadz and ustazah, a happy teachers' appreciation day. Thank you for showing me the meaning of ignorance.

Rabu, 14 Mei 2008

setinggi tualang

puisi ini pernah terkeluar dalam majalah dewan siswa. versi yang ini telah diubah sikit.

Pada tualang itukan pernah tergantung
cita dari hati kecil kita:
kita menghajatkan dingin bilik kerani
mengimpikan saujana hijau sebuah sawah.
Kemudian masa memperdewasa kita
bukit memagar - kita langkah bersama
terlepas dari belenggu lumpur dan tanah.

Hanya darah, rindu dan hati mengikat;
bagai lelayang, kita di atas sana
melihat kembali pohon tualang itu
tetap setia memeluk tanah yang sama.


dan kita pun dibayar sebanyak RM50 untuk puisi kita yang samar-samar ini. tak banyak, tapi 50 ringgit hanya untuk kata-kata pendek yang disusun letak, cukup membuatkan kita teruja selama seminit lebih. tambah seminit lagi untuk komen yang memberangsangkan daripada faisal tehrani. :)

-sebarang tafsiran boleh diletakkan pada ruangan komen.-

Selasa, 13 Mei 2008

ranjau sepanjang jalan; sebuah penghargaan buat petani


karya: SN shahnon ahmad
tajuk: ranjau sepanjang jalan
terbitan: alaf 21

Sinopsis
Kisahnya berkisar sebuah keluarga petani: Lahuma si bapa, Jeha si ibu dan tujuh anak perempuan mereka; Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah, yang hidup pada pertengahan abad ke-20.

Menjadi keluarga anak tani bukannya mudah. Mereka mengusahakan sawah mereka dengan penat jerih. Hidup dan mati mereka semuanya bergantung pada hasil padi. Padi menjadi segala-galanya.Makanan. Wang. Semuanya datang daripada hasil padi. Walau untuk satu musim, padi tidak boleh terkurang.

Kedaifan keluarga petani ini bertambah teruk apabila Lahuma meninggal dunia akibat terpijak onak nibung. Sebelum itu, selalunya Lahuma mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban mengerjakan sawah. Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya.

Mereka mempertahankan pokok-pokok padi mereka daripada banjir, serangan ketam dan burung-burung tiak. Pokok padi boleh mati jika ditenggelami air. Ketam-ketam mematahkan tangkai padi yang muda. Bila padi mula menguning, burung tiak pula datang menyerang, memakan padi.

Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila; meninggalkan pula beban mengusahakan sawah kepada anak-anak dara Jeha.

Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan kepayahan kaum tani untuk mendapatkan beras, bagaimana sawah dan pokok padi menjadi kepentingan utama dalam hidup mereka. Pokok padi dilayan seperti anak-anak mereka, malah mungkin lebih daripada itu. Pokok padi mestilah sentiasa dalam keadaan terbaik. Dijaga daripada banjir dan kemarau; tangkai padi bagaikan tengkuk anak-anak, tidak boleh terpatah, manakala isinya pula diawasi daripada dicuri burung - walaupun sebutir.

Kini, harga beras di pasaran seluruh dunia semakin meningkat namun harga hasil tanaman padi yang dibeli daripada petani-petani tidak berganjak. Sekali lagi kaum tani dihimpit satu lagi kesusahan. Mungkin bukan kesusahan dari segi teknologi pertanian seperti yang dihadapi kaum tani pada waktu dahulu, tetapi dari segi tekanan ekonomi global.

Setelah berlakunya peningkatan harga beras ini, saya benar-benar terasa kesusahan yang ditanggung oleh mereka, dan barulah saya sedar kepentingan peranan mereka dalam kehidupan seharian kita.

Shahnon Ahmad sememangnya telah mengabdikan penghargaan dan penghormatannya kepada petani-petani dalam Ranjau Sepanjang Jalan, jauh lebih awal sebelum saya menyedari sumbangan mereka dalam setiap hari yang saya lalui.

imej kulit buku daripada Ujanailmu

-novel ini pernah diadaptasi kepada filem sebanyak 2 kali, dengan tajuk "ranjau sepanjang jalan" pada tahun 1983 dan "rice people" pada tahun 1994 -pada minggu lepas, seorang petani telah meninggal dipanah petir semasa mengerjakan sawahnya di dalam hujan. moga allah merahmati rohnya-

Jumaat, 9 Mei 2008

tali pinggang yang dibenci

nak pakai tali keledar dalam kereta bukannya susah sangat. tarik, pasang, siap.

rancangan penguatkuasaan memakai tali pinggang keledar untuk penumpang belah belakang kita lihat sebagai satu arahan yang baik. tali pinggang itu memang sudah sedia ada, kita sendiri membayar untuknya semasa kita membeli kereta. kalau tak guna, kira rugilah. namun, satu masalah tali pinggang keledar, memakainya tak berapa selesa kerana terasa rimas.

kita, bila memandu kereta mesti pakai tali pinggang yang dibenci itu. sebabnya, kita memandu betul-betul dekat dengan stereng. jika terhumban ke depan, tentu sakit bila terhumban ke stereng yang keras itu.

ambil pengajaran daripada iklan proton ini.



rata-rata rakyat malaysia memang tak minat memakai tali pinggang keledar walaupun sedar sesetengah kereta mereka tidak mempunyai beg udara. kalau dah nampak ada polis di hadapan barulah sibuk nak memakainya.

apa pun, bagi kita, senang saja: kalau nak hidup, pakai tali pinggang keledar, kalau tak nak, jangan pakai.

untuk keluarga besar yang berkereta kecil, pendapat kita, pakailah juga tali pinggang keledar di belakang, dan suruhlah abang atau kakak menjaga adik-adik mereka yang tak bertali pinggang keledar. kita sayangkan mereka, tetapi bila kita tak mampu, buatlah apa yang termampu untuk keselamatan mereka.

Khamis, 8 Mei 2008

a day of mihas


went to MIHAS - malaysia international halal showcase. when we arrived there, no free parking space were left. the parking lot cramped with vehicles; from the grand mercedes to the very humble kancil. and the people, they became more creative than ever, using every single inch of free space. some parked their car on the sidewalk. some volunteered their cars to be the road divider.

but somehow, we managed to park the car somewhere. amid the cramped parking lot, there, miraculously, under the gracious shade of a tree - a parking space that nobody notice it; as the sea of cars and the reflection of sun from the cars can easily fool the eye.

then, we walked for some distance to the showcase.

we came in a party of four: my mom, her friend, my baby brother and me. as we walked at the entrance, the people from MIHAS told us : "we are so sorry, but today, children (under 18's, as the information board stated) are not allowed to enter. from today until friday we are open just for businessmen or anyone who looking up to do business...not for public. but for saturday and sunday, we are opened for everyone."

( i'm not so sure about this dialogue, and it is been made up by me simply based on what I understand from the MIHAS people or what i've heard, and i don't always believe my ears as they are, sometimes, telinga kuali. for more information, you should go to the MIHAS website.)

so, then, by a few seconds, we were speechless. we never knew the showcase will be restricted to kids for today, or any other day.

but in the end, a MIHAS miss went to ask permission from her boss and at last we had the green light to bring along my pestering baby brother.then, we fill in our visitor's form like everyone else and happily registering ourselves at the visitor's registering counter.

we got a cool "TRADE BUYER" name tag :)


next, we took a 2 hours + + walk, visited about half of the showcase, with average 7 minutes duration for each booth. half of it, and it had been a tiring day.

products summary at MIHAS from my visit:
1. traditional medicine for 'family' happiness product. (i'm very sure i won't be needing those products, yet.)
2.foods, many of them, can't seem to remember them. frozen packed products, e.g: frankfurter and many more. there were also snacks, chocolate, sweets and fruits.
3.health care product. there is one booth that sell vinegars as health care product. very interesting.
4.drinks. the most appealing drink to me is the roselle juice. taste like ribena, and what's better, it is 'made in malaysia'.
5.cosmetic products.
there were so many eager businessmen and women at MIHAS, looking up for business partner, distributor and people who want to run their franchise. they would leap and grab at any business opportunity they can found, or the opportunity that found them. oh, and there were also many great free food for tasting. come with an empty stomach, and you would probably be half full when you reach the exit.


every visitor will get a free paper bag with some "janjan" in it.

-there are no photograph taken from the showcase, as the only camera in the house is already taken by my little sister who went to ASWARA and Aquaria-

Rabu, 7 Mei 2008

santai sekejap

lagu yang baik, bagus, enak, boleh dikunyah-kunyah selalunya akan kekal lama. lagu ni dah 10+ tahun, namun orang masih ingat. lagu yang tenang, slow paced.

no surprises by radiohead.



liriknya, untuk penghayatan lebih. mungkin,

A heart that's full up like a Landfill,
a job that slowly kills you
bruises that won't heal.

you look so tired unhappy,
bring down the government,
they don't..they don't speak for us.

I'll take a quite life, a handshake some carbon monoxide,
no alarms and no surprises,
no alarms and no surprises,no alarms and no surprises,
silent,
silent.

This is my final fit, my final bellyache, with..
no alarms and no surprises,no alarms and no surprises,
no alarms and no surprises, please...

Such a pretty house, such a pretty garden.
no alarms and no surprises,no alarms and no surprises,
no alarms and no surprises, please.
apa pun, mendengar lagu boleh melalaikan. kena berhati-hati untuk menjaga kesucian hati.

ok. gerak ke mihas dulu.

kemaskini, jam 1612

komen van-der-shraf mengingatkan kita: lagu, sedap ke tak sedap terpulang kepada telinga dan cita rasa orang yang mendengar.

-kalau ada cadangan lagu yang baik untuk didengar, sila letakkan pada komen.-

main pukul-pukul

kena pukul mestilah sakit. lagi-lagi kalau kena tumbuk di mata atau perut atau mungkin lebih teruk kalau diterajang-sakti pada bahagian kelakian. nak cakap macam mana ya? tak terkata...

dulu-dulu kita ada dengar pasal budak sekolah mati kena pukul di asrama sekolah. khabarnya kalau tak silap hanya kerana sebuah cerek letrik.

kemudian, kita tetap dengar juga budak kena pukul di asrama sekolah dan di asrama institusi-digelar-sekolah. tak mati, tapi sakit tentunya.

kemudian kita musykil, apa warden mereka buat di sekolah??

memanglah, tak ada siapa nafikan aktiviti pukul-pukul bukan perkara luar biasa malah dah biasa dengar di mana-mana sekolah pun atau di mana-mana institusi-digelar-sekolah. oleh sebab dah biasa dengar ramai buat "don't know". hello....kalau dah biasa dengar maknanya dah teruklah!! sekolah tempat pengajaran hidup bertamadun, bukan hidup primitif zaman batu lama atau baru !!

kita ada juga borak-borak dengan kawan, dan hasilnya, dapatlah diketahui bahawa warden-warden ini selalu didengar ada banyak masalah. pertama, warden bukan seorang warden sahaja tetapi juga seorang ayah atau ibu kepada anak-anak di rumah, pencari nafkah dan lain-lain lagi. tak bolehlah kalau nak berjaga 24 jam di asrama.

kedua, elaun menjadi warden asrama tak seberapa dibandingkan dengan kerja yang mereka kena buat. nak jaga budak bukan senang. letih.

kemudian teman borak kita pula kata: dah tau jadi warden susah, habis tu kenapa jadi warden juga?! lepas tu, tak jaga budak-budak tu daripada 'hurting themself'.

hmm....kita berfikir....entahlah....pening memikirkan hal ni.

bukan senang jadi warden. tapi jadi juga warden. tapi bila dah jadi warden tak buat macam warden.

kemudian teman borak kita sambung lagi:
tengoklah, kalau ada anak diorang kat asrama, lepas tu kena belasah, barulah dia tau rasanya meradang anak kena pukul.
hmm...
kita fikir lagi.
good point. mungkin lepas ni, setiap warden yang menjaga mana-mana asrama perlulah meletakkan seorang anak mereka untuk hidup bersama budak-budak asrama. sebagai catalyst, pemangkin. mungkin..

-kredit gambar: dirembat dari grup sambestarian di friendster. hiasan semata-mata. tidak lebih dari itu. (buat masa ini)-

merentas masa

Mesin perentas masa masih tidak tercipta.

Merentas masa ialah mengembara dari waktu sekarang ke suatu waktu akan datang atau waktu yang lepas.

Namun merentas masa ialah perkara yang hampir mustahil kerana masa bukanlah faktor yang boleh dimanipulasikan atau diubah. Masa merangkumi semua makhluk dalam dunia ini, dalam semua dimensi dan masa mempengaruhi segalanya. Kerana masa, barang yang baru menjadi buruk dan usia remaja perlahan-lahan hilang hingga kita menjadi tua.

Tiada siapa mampu mengelak masa.

Tetapi jika terlalu kepingin untuk merentas masa, ada caranya; bukan dengan membawa jasad dan jasmani tetapi dengan mengembara ke masa hadapan dengan minda bawah sedar.

Begini,

Gunakan telefon selular.

Buka fungsi kalendar.

Tandakan tarikh hari-hari bermakna seperti tarikh hari lahir orang tersayang atau mereka yang diambil berat.

Tekan fungsi 'go to date' dan pergi 50 atau 70 tahun ke hadapan. Jika sekarang 17 Jan 2007, pergi ke 17 Jan 2077 contohnya.

Perhatikan, tarikh yang bermakna buat diri. Setelah puluhan tahun tarikh itu masih ada. Tetapi adakah mereka yang diambil berat, disayang dan rapat masih ada?

Selamat merentas masa di dalam ruangan minda.

Selasa, 6 Mei 2008

kucing, tikus dan orang

mungkin semua orang benci tikus. mereka suka buat sepah, pengotor malah sentiasa saja melepas secara rambang. sambil-sambil sedang jalan-jalan menijau rumah orang mencari makanan, mereka selalu meninggalkan sedikit buah tangan tanda penziarahannya. dan bila kita bangun pagi-pagi untuk membuat secawan kopi o atau milo panas kita akan terserempak dengan buah tangan yang kecil-kecil itu.

penat-penat kita bersihkan rumah, berpantang walau sebutir habuk, tikus senang-lenang suka-suka memastikan kita tidak menganggur di rumah dengan memberi kita satu lagi kerja pembersihan.

bagi suri rumah SEDUNIA, tikus tidak pernah dialu-alukan menjejakkan kaki-kaki kecil kemetot mereka ke dapur. tikus ialah musuh nombor satu dan selepas itu barulah lipas dan kanak-kanak yang nakal.
kucing pula mengiau-ngiau dengan suaranya yang mendayu-dayu meminta sedikit belas kasihan dan mata bulat berkaca-kaca;berkilau seperti bergenangan air mata. selalu muncul di bawah meja makan di warung atau restoran tepi jalan. dan seperti selalunya hati kita akan cair di bawah pengaruh 'eye contact' kucing itu.

kalau bosan-bosan pula kucing boleh dibuat teman untuk mengisi kesunyian. kucing suka diusap-usap dan diberi perhatian. oleh sebab itu banyak wanita-wanita tua yang tinggal berseorangan tanpa suami atau anak gemar membela kucing, dan selalu juga kita dengar isitlah 'cat lady'

tetapi kekadang kucing dibenci juga kerana tabiat mereka yang gemar tidur di atas kereta yang baru dicuci.
dan orang pula ialah, kita. manusialah. organisma teratas dalam rantaian makanan.


terkesan apa yang topik yang ingin disampaikan? mestilah tak.
begini.

dibandingkan tikus, kucing dan manusia, manusialah yang paling kurang menyayangi bayi mereka.

tikus dan kucing comel.(tikus juga comel. kalau tak percaya lihat gambar tikus yang tersedia di atas) orang pula ada yang comel dan ada yang kurang dan ada juga yang tidak.(nasib baiklah kerana pada manusia, cinta itu buta. justeru kita tidak menjadi terlalu memilih. perlu memilih, tapi tak perlu terlampau. ingat tu)

namun bukan atas faktor comel atau tak itu, tetapi atas faktor kepintaran menyelesaikan masalah, manusia menjadi spesis yang paling kurang menyayangi bayi mereka.

sebenarnya kepalakotak rasa sedih, sejak-sejak ni makin banyak orang buang baby. kecil-kecil comel, malah kulit masih merah-merah lagi sudah dibuang. kemudian kita rasa baik juga kalau dibuat perbandingan antara manusia dengan tikus dan kucing. sebab sejak-sejak ni kucing si Mao tu melahirkan tiga ekor baby kucing yang lebih comel daripada ibunya.

TIGA BABY. itu kucing. kalau tikus pula mungkin selalunya LIMA BABY. dan seperti umum tahu haiwan-haiwan ini tak mengamalkan monogami ataupun setia pada satu pasangan sahaja.tapi ibu-ibu tikus dan kucing tetap bela baby mereka.

habis tu macam mana pula orang boleh sanggup letak baby mereka tepi jalan, bus stop dan lain-lain tempat lagi? jika tikus dan kucing lebih manusia dan orang pula tidak manusia, serius, kita perlu gubal semula semua kamus; tukar maksud kemanusiaan, humanity kepada maksud sikap tak berbelas kasihan dan berperangai kesyaitanan.(kehaiwanan tidak boleh diguna kerana haiwan adalah penyayang. mereka tak mencemarkan alam atau meninggalkan baby.)

tapi, kita juga tak nak marah ibu yang membuang bayi. kalau mereka dalam keadaan yang baik untuk berfikir, kita pasti mereka tak buang baby mereka. kita bayangkan jika menjadi ibu-ibu itu:
kita seorang yang kecil bersendiri dengan perit mengandung dalam dunia yang besar, dan setiap hari kita memikirkan sambil menunggu masa tibanya satu beban maha hebat yang secara tidak sah dibawa lahir ke dunia; dan setiap hari juga kita fikir, setiap saat, minit, jam - memikirkan jalan keluar dari masalah yang menimpa kita dan bakal menimpa kita kerana kandungan yang disayangi dan dalam masa yang sama juga dibenci.

dibenci kerana kita tak boleh cakap dengan mak kita: "....dah hamil. sebulan dua lagi mak jadi nenek." atau dengan kawan kita: ".....hee, seronoknya nanti bila jadi mak." kalau kita cakap dengan mak abah kita, mereka akan jadi tidak gembira, begitu juga dengan kawan kita. malah dengan jiran kita sekalipun kerana kita baby kita abahnya tidak jelas siapa.

kita penat. kita letih.
dan hanya satu cara saja terpampang di depan mata: tinggalkan baby kita
tiada siapa tahu untuk menyelesaikan masalah ini. di eropah, pada zaman-zaman dahulu mereka ada membuat kotak istimewa untuk meninggalkan baby-baby pada pagar depan orang-orang yang prihatin. pada pendapat kita, itu bukanlah penyelesaiannya tetapi dapatlah menyelamatkan baby itu daripada mati kesejukan pada malam hari atau kepanasan pada siang atau kelaparan.

- kita tabik spring kepada ibu-ibu sedunia, tidak kira manusia, tikus atau kucing; asalkan bergelar ibu kerana mereka telah membuat sesuatu yang mustahil untuk kita buat sendiri pada umur kita yang masih bayi suatu masa dahulu: membesarkan kita dengan sabar - selamat hari ibu -

Selasa, 5 Februari 2008

berkayuh basikal

jika

ingin berkayuh basikal ke langit

pastikan berazam cukup teguh,jika

mereka menyangkal

sedangkan kau yakin:

berbasikal boleh mencecah langit,

tersenyumlah.

katakan:

nantikan aku pulangDscf1510_2

Sabtu, 5 Januari 2008

telefon dan anda lagi

Bersambung lagi dari siri yang lalu

Kemudian kedengaran bunyi tawa bayi dari poket salah seorang daripada kami. Tuan Penceramah pun terus memberhentikan ceramahnya sebentar untuk memberi laluan buat Tuan Telefon menyeluk poketnya dan melihat telefonnya. Kami, peserta ceramah KPP pada hari itu cepat-cepat mengalihkan perhatian kepada Tuan Telefon. Tidak dinafikan, kami mengalihkan perhatian kepada Tuan Telefon bukan sahaja kami terdesak untuk mengelakkan daripada tenaga kami terus-terusan disedut keluar oleh ceramah yang panjang tidak putus-putus, tetapi juga kerana bunyi tawa bayi itu menjegkelkan, meluatkan, menimbulkan perasaan marah dan membencikan.

Masakan tidak, luas bilik kelas itu hanya seperti lif yang besar dan dengan dinding konkritnya, cukup untuk memperbesar kelantangan bunyi ketawa itu lantas, bergerak memukul gegendang telinga. Ditambah pula dengan faktor psikologi, setelah kami terperuk di dalam bilik kelas itu buat jam yang ke-4, perasaan kami tidak lagi tenteram dan timbul pula perasaan memberontak ingin meninggalkan ceramah. Apa-apa sahaja boleh mencetuskan kemarahan sesiapa saja pada waktu ketegangan psikologi tersebut.

Dalam kes yang kedua pula, semasa menjawab panggilan di khalayak awam. Seorang pakcik dalam komuter sarat penumpang menuju ke stesen x menerima panggilan. Tiada siapa dalam kalangan penumpang yang lain yang mendengar nada dering telefon pakcik itu kerana dia menyambungkan kepada sambungan earphone. Dan tiba-tiba sahaja dalam kekusutan gerabak komuter yang sempit, pakcik itu berbual keseorangan, dengan suaranya yang garau dan keras seperti guruh.

Suaranya yang kuat benar-benar mengganggu penumpang lain. Dan pakcik itu pun terus berbual dengan kawannya di hujung talian, tanpa melihat kelilingnya. Kerana penumpang-penumpang yang dekat dengannya sedang memberikan pakcik itu pandangan seolah-olah helang yang akan menerkam mangsanya. Dan kalau pakcik itu sedang berada di gerabak komuter bukan di Malaysia, tentu saja dia akan mendapat lebih dari pandangan tajam.

Jika anda juga bersikap seperti Tuan telefon atau pakcik dalam gerabak komuter, hentikan. Mulalah bertanggungjawab dengan telefon di tangan anda.

lagi telefon dan anda

Bersambung dari siri yang lalu

Imbas kembali pepatah " with mobile phone in your hands, comes with great power and responsibilities". Ini bermakna seseorang pengguna telefon selular perlu bertanggungjawab atas telefon yang digunakannya. Tanggungjawab tersebut ringan saja tetapi boleh memberi kesan yang maha besar. Ramai penduduk Malaysia yang berbangga kerana berjaya mempertahankan maruah dan kebebasan tanah air ini, begitu terlupa dengan beberpa langkah yang perlu diambil ketika keluar berjalan membawa bersama telefon selular, antaranya:

a.tukar kepada mod senyap apabila berada di khalayak umum, atau paling kurang perlahankan kelantangan nada dering.
b.bercakap dengan sopan ketika menjawab panggilan semasa berada di tempat awam

Ketika di dalam kelas kokurikulum pelajaran pemandu (KPP) saya berjumpa banyak orang yang mengabaikan tata tertib adab kesopanan dan budi bahasa yang sudah termaktub dalam Rukun Negara.

Kes pertama, kes yang klise, nada dering yang terlalu kuat. Kami, pelajar-pelajar baru dunia memandu di tempatkan di bilik kelas yang sempit. Tingkap di tutup rapat untuk mengelakkan hawa dingin terlepas dari bilik. Hanya kerusi-kerusi belajar, meja penceramah dan hamparan karpet yang menghiasi bilik, bersama dengan cat dindingnya berwarna oren cerah yang diharap boleh membuat ruang bilik belajar lebih luas. Saya begitu tidak selesa dan hampir sahaja diserang klaustrofobik.

Semasa pertengahan kelas, semua pelajar sudah kehilangan daya untuk duduk tegak kerana tenaga tersebut telah disedut oleh ceramah Tuan Penceramah dengan ceramahnya yang panjang, sarat isi-isi penting dan kelihatan tidak akan tamat sampai bila-blia. Kami tidak mampu untuk menanggap serta menangkap kesemua maklumat yang meluncur keluar dari bibir Tuan Penceramah. Kami menjadi begitu lemah longlai bagai lalang terlentok. Lagi-lagi dengan kedinginan suhu bilik, menyerap begitu sahaja suhu badan hingga terasa berada di alam lain. Alam tidur yang pulas.

Dan seperti biasa, secara tiba-tiba, seseorang tak menyenyapkan telefon maka satu bilik kelas yang kecil bergema dengan nada dering bayi tertawa dengan cara yang diolah untuk menjadi kononnya, comel.

Jumaat, 4 Januari 2008

telefon dan anda

Kita pun menonton iklan Nokia yang terbaru, bagaimana perubahan teknologi yang begitu pesat sehingga memungkinkan telefon, kamera, pemain muzik, dan yang terbaru, televisyen ke dalam satu ciptaan yang kompleks dan kompak dinamakan telefon bimbit. Dan kita diiklan oleh Celcom, antara syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia, hampir setiap kali kita menghidupkan televisyen dengan slogannya, "THE POWER IS IN YOUR HANDS" dan "KUASA DI TANGAN ANDA".

Sekarang, lupakan sebentar hal yang baru sahaja dinyatakan di atas. Ingat kembali cerita Spiderman.
Untuk membantu anda, di sini disertakan sekali petikan sinopsis filem Spiderman yang dipetik dari Wikipedia.

"Peter escapes from the school and realizes that he has acquired spider-like abilities from the spider bite. Peter quickly learns to scale walls, long jump across building rooftops and swing via webs from his wrists.Lying to his aunt and uncle about where he is going, Peter decides to enter a wrestling tournament to get money to buy a car and impress Mary Jane.
200pxspiderman_movie_1 During an argument, Uncle Ben advises Peter, "With great power comes great responsibility." Peter lashes out at his uncle and leaves for the tournament. Peter wins, but is cheated out of the contest money. In retaliation he allows a thief to escape with the promoter's gate money......."

Lihat pada petikan "with great power comes great responsibility". Hubungkaitkan petikan sinopsis di atas dengan slogan Celcom. Kemudian anda akan dapat satu lagi pepatah yang lebih kurang begini: " with mobile phone in your hands, comes
with great power and responsibilities".

mengapa kepala kotak

Pernah melihat orang dengan kepala berbentuk segi empat?

Tentulah anda biasa dengan pepatah "berfikir di luar kotak", sering sahaja digunakan oleh para guru atau sesiapa sahaja yang ingin mengajarkan fasal kekreatifan. Maka, bila tidak boleh mengeluarkan akal dari kongkongan fikiran sempit seperti kotak mungkin berdimensi 30cm x 50cm, misalnya, dikatakan kepala kotak, sempit dan idea-idea dalamnya pula lapuk atau mungkin tidak boleh digunakan sama sekali kerana sudah dihimpit-himpitkan, dipadatkan sehingga rosak.

Jangan jadi kepala kotak!

Bagaimana tidak menjadi kepala kotak?

1.Bukakan kotak-kotak yang terdapat dalam kepala. Langkah ini amat penting supaya kita tidak tertipu dengan buah fikiran kita yang dirasakan berbentuk baru, padahal hanyalah idea lama yang klise, sudah basi dan sebagainya.

2.Mulakan proses mencari idea. Gunakan cara baru berfikir. Biar idea tersebut, walau apa pun, yang dianggap gila-gila atau tidak waras untuk bermain di kepala.

3.Senaraikan idea-idea yang ada.

4.Buat senarai pendek dari senarai panjang idea-idea yang telah dicatat.

5.Semasa langkah mencari idea, pendapat-pendapat kepala yang lain daripada kepala kita sendiri, perlu juga diambil perhatian.

6.Ucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana tidak lagi berkepala kotak.

December 29, 2007