Sabtu, 5 Januari 2008

telefon dan anda lagi

Bersambung lagi dari siri yang lalu

Kemudian kedengaran bunyi tawa bayi dari poket salah seorang daripada kami. Tuan Penceramah pun terus memberhentikan ceramahnya sebentar untuk memberi laluan buat Tuan Telefon menyeluk poketnya dan melihat telefonnya. Kami, peserta ceramah KPP pada hari itu cepat-cepat mengalihkan perhatian kepada Tuan Telefon. Tidak dinafikan, kami mengalihkan perhatian kepada Tuan Telefon bukan sahaja kami terdesak untuk mengelakkan daripada tenaga kami terus-terusan disedut keluar oleh ceramah yang panjang tidak putus-putus, tetapi juga kerana bunyi tawa bayi itu menjegkelkan, meluatkan, menimbulkan perasaan marah dan membencikan.

Masakan tidak, luas bilik kelas itu hanya seperti lif yang besar dan dengan dinding konkritnya, cukup untuk memperbesar kelantangan bunyi ketawa itu lantas, bergerak memukul gegendang telinga. Ditambah pula dengan faktor psikologi, setelah kami terperuk di dalam bilik kelas itu buat jam yang ke-4, perasaan kami tidak lagi tenteram dan timbul pula perasaan memberontak ingin meninggalkan ceramah. Apa-apa sahaja boleh mencetuskan kemarahan sesiapa saja pada waktu ketegangan psikologi tersebut.

Dalam kes yang kedua pula, semasa menjawab panggilan di khalayak awam. Seorang pakcik dalam komuter sarat penumpang menuju ke stesen x menerima panggilan. Tiada siapa dalam kalangan penumpang yang lain yang mendengar nada dering telefon pakcik itu kerana dia menyambungkan kepada sambungan earphone. Dan tiba-tiba sahaja dalam kekusutan gerabak komuter yang sempit, pakcik itu berbual keseorangan, dengan suaranya yang garau dan keras seperti guruh.

Suaranya yang kuat benar-benar mengganggu penumpang lain. Dan pakcik itu pun terus berbual dengan kawannya di hujung talian, tanpa melihat kelilingnya. Kerana penumpang-penumpang yang dekat dengannya sedang memberikan pakcik itu pandangan seolah-olah helang yang akan menerkam mangsanya. Dan kalau pakcik itu sedang berada di gerabak komuter bukan di Malaysia, tentu saja dia akan mendapat lebih dari pandangan tajam.

Jika anda juga bersikap seperti Tuan telefon atau pakcik dalam gerabak komuter, hentikan. Mulalah bertanggungjawab dengan telefon di tangan anda.

lagi telefon dan anda

Bersambung dari siri yang lalu

Imbas kembali pepatah " with mobile phone in your hands, comes with great power and responsibilities". Ini bermakna seseorang pengguna telefon selular perlu bertanggungjawab atas telefon yang digunakannya. Tanggungjawab tersebut ringan saja tetapi boleh memberi kesan yang maha besar. Ramai penduduk Malaysia yang berbangga kerana berjaya mempertahankan maruah dan kebebasan tanah air ini, begitu terlupa dengan beberpa langkah yang perlu diambil ketika keluar berjalan membawa bersama telefon selular, antaranya:

a.tukar kepada mod senyap apabila berada di khalayak umum, atau paling kurang perlahankan kelantangan nada dering.
b.bercakap dengan sopan ketika menjawab panggilan semasa berada di tempat awam

Ketika di dalam kelas kokurikulum pelajaran pemandu (KPP) saya berjumpa banyak orang yang mengabaikan tata tertib adab kesopanan dan budi bahasa yang sudah termaktub dalam Rukun Negara.

Kes pertama, kes yang klise, nada dering yang terlalu kuat. Kami, pelajar-pelajar baru dunia memandu di tempatkan di bilik kelas yang sempit. Tingkap di tutup rapat untuk mengelakkan hawa dingin terlepas dari bilik. Hanya kerusi-kerusi belajar, meja penceramah dan hamparan karpet yang menghiasi bilik, bersama dengan cat dindingnya berwarna oren cerah yang diharap boleh membuat ruang bilik belajar lebih luas. Saya begitu tidak selesa dan hampir sahaja diserang klaustrofobik.

Semasa pertengahan kelas, semua pelajar sudah kehilangan daya untuk duduk tegak kerana tenaga tersebut telah disedut oleh ceramah Tuan Penceramah dengan ceramahnya yang panjang, sarat isi-isi penting dan kelihatan tidak akan tamat sampai bila-blia. Kami tidak mampu untuk menanggap serta menangkap kesemua maklumat yang meluncur keluar dari bibir Tuan Penceramah. Kami menjadi begitu lemah longlai bagai lalang terlentok. Lagi-lagi dengan kedinginan suhu bilik, menyerap begitu sahaja suhu badan hingga terasa berada di alam lain. Alam tidur yang pulas.

Dan seperti biasa, secara tiba-tiba, seseorang tak menyenyapkan telefon maka satu bilik kelas yang kecil bergema dengan nada dering bayi tertawa dengan cara yang diolah untuk menjadi kononnya, comel.

Jumaat, 4 Januari 2008

telefon dan anda

Kita pun menonton iklan Nokia yang terbaru, bagaimana perubahan teknologi yang begitu pesat sehingga memungkinkan telefon, kamera, pemain muzik, dan yang terbaru, televisyen ke dalam satu ciptaan yang kompleks dan kompak dinamakan telefon bimbit. Dan kita diiklan oleh Celcom, antara syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia, hampir setiap kali kita menghidupkan televisyen dengan slogannya, "THE POWER IS IN YOUR HANDS" dan "KUASA DI TANGAN ANDA".

Sekarang, lupakan sebentar hal yang baru sahaja dinyatakan di atas. Ingat kembali cerita Spiderman.
Untuk membantu anda, di sini disertakan sekali petikan sinopsis filem Spiderman yang dipetik dari Wikipedia.

"Peter escapes from the school and realizes that he has acquired spider-like abilities from the spider bite. Peter quickly learns to scale walls, long jump across building rooftops and swing via webs from his wrists.Lying to his aunt and uncle about where he is going, Peter decides to enter a wrestling tournament to get money to buy a car and impress Mary Jane.
200pxspiderman_movie_1 During an argument, Uncle Ben advises Peter, "With great power comes great responsibility." Peter lashes out at his uncle and leaves for the tournament. Peter wins, but is cheated out of the contest money. In retaliation he allows a thief to escape with the promoter's gate money......."

Lihat pada petikan "with great power comes great responsibility". Hubungkaitkan petikan sinopsis di atas dengan slogan Celcom. Kemudian anda akan dapat satu lagi pepatah yang lebih kurang begini: " with mobile phone in your hands, comes
with great power and responsibilities".

mengapa kepala kotak

Pernah melihat orang dengan kepala berbentuk segi empat?

Tentulah anda biasa dengan pepatah "berfikir di luar kotak", sering sahaja digunakan oleh para guru atau sesiapa sahaja yang ingin mengajarkan fasal kekreatifan. Maka, bila tidak boleh mengeluarkan akal dari kongkongan fikiran sempit seperti kotak mungkin berdimensi 30cm x 50cm, misalnya, dikatakan kepala kotak, sempit dan idea-idea dalamnya pula lapuk atau mungkin tidak boleh digunakan sama sekali kerana sudah dihimpit-himpitkan, dipadatkan sehingga rosak.

Jangan jadi kepala kotak!

Bagaimana tidak menjadi kepala kotak?

1.Bukakan kotak-kotak yang terdapat dalam kepala. Langkah ini amat penting supaya kita tidak tertipu dengan buah fikiran kita yang dirasakan berbentuk baru, padahal hanyalah idea lama yang klise, sudah basi dan sebagainya.

2.Mulakan proses mencari idea. Gunakan cara baru berfikir. Biar idea tersebut, walau apa pun, yang dianggap gila-gila atau tidak waras untuk bermain di kepala.

3.Senaraikan idea-idea yang ada.

4.Buat senarai pendek dari senarai panjang idea-idea yang telah dicatat.

5.Semasa langkah mencari idea, pendapat-pendapat kepala yang lain daripada kepala kita sendiri, perlu juga diambil perhatian.

6.Ucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana tidak lagi berkepala kotak.

December 29, 2007