Jumaat, 22 Mei 2009

kata hikmah # 4

seorang pertapa, penuh di dadanya falsafah-falsafah dan ilmu sejarah bertapa di puncak sebuah gunung di samping hutan tebal dan haiwan liar. terpisah daripada peradaban manusia sekaliannya, hanya berteman alam keliling si pertapa berdiam dalam tafakurnya.

setelah sekian lama, si pertapa turun daripada puncak gunung membuat kemunculan pertamanya dikalangan saudara-saudaranya. semua orang terkesima terdiam melihat si pertapa dan menantikan tindakan si pertapa yang seterusnya.

si pertapa berkata lantang, sambil diperhatikan oleh saudara-saudaranya. katanya:

" nescaya dunia lebih aman jika setiap orang
membasuh pinggan mangkuk
setelah siap makan."

kemudian si pertapa kembali mendaki ke puncak gunung meninggalkan saudara-saudaranya untuk mencerna kata-katanya.

5 ulasan:

Meru berkata...

fuuuhh..terase..terase..

Jackster® berkata...

haha falsafah gile pertapa tu

kaedah yg baek utk tegur ahli beit hehe

afiq faiz berkata...

hmm.. tidak mencuci pinggan sama tergolong dalam jenayah melakukan kerja separuh jalan~!
banteras jenayah membawa keamanan..

efektif jika semua ahli rumah baca pos ini~

kepalakotak berkata...

terima kasih.

tapi aku serius, dunia akan aman kalau semua orang basuh pinggan lepas makan.

Sakinah Ismail berkata...

betul.. kalau pinggan sendiri tak reti nak basuh apatah lagi nak buat benda lain..