Isnin, 21 Disember 2009

matahari barat


simbol atau grafiti ini terlukis pada batu penahan hakisan sepanjang pantai. keringkasannya begitu menarik. 4 oval dan 2 garis. kemudian pada batu sebelahnya akan ada tulisan. antaranya: adakah kamu redha adik perempuanmu diperlakukan sebegini.

warna petang jingga pekat. pakcik-pakcik 40-an membawa dulang dengan 2 cawan teh untuk 2 orang yang sedang duduk atas batu menghadap laut. pemancing dengan joran panjang pulang ke rumah. sekejap lagi maghrib.

pemancing dan pakcik teh juga pernah satu masa dahulu, muda.

7 ulasan:

insankecil berkata...

yakin ke pakcik teh kesitu dahulu?

hUr berkata...

i seeee. tu la maksud simbol tu ye. bru ku tau.

roslan berkata...

nice giler...
especially masa sunset.. matahari nmpk besar giler kan..

Meru berkata...

wow..
ketika pakcik itu muda..tiada tembok dibina..hnya duduk di pasir yg dihujani sampah

Dr. Alex berkata...

pak cik pernah muda

Khairi Malik berkata...

pak cik 40 an? still dikira muda ma~

AnAk iBu berkata...

lukisan itu mcm 'ini kawsan bercouple.'