Sabtu, 7 November 2009

sebenarnya

malam ini malam minggu. mak dan ayah Stephanie membawa Stephanie keluar ke taman tema Karamantas tidak jauh daripada rumah mereka. Stephanie lihat taman tema Karamantas. besar betul. ada lampu warna-warni berkelip-kelip. dua minggu lepas Stephanie ke sini juga.

Stephanie paling suka naik kuda marie-go-round. habis dipaksanya ayah dan mak Stephanie turut naik sekali. tapi tukang jaga permainan itu kata tak boleh, marie-go-round hanya untuk kanak-kanak. kuda marie-go-round taman tema Karamantas tak mampu menampung berat seorang dewasa.

kali ini Stephanie nampak minnie mouse dan mikey mouse. minnie mengenakan sepasang reben merah atas kepala, antara dua telinganya yang besar serta blaus, skirt, dan kasut merah. semuanya sedondon.

Stephanie melepaskan pegangan tangan maknya dan berlari mendapatkan minnie mouse. Stephanie bercita-cita untuk menjadi seorang model, sama seperti minnie mouse.

"minnie mouse! minnie mouse!" Stephanie berteriak sambil melompat-lompat keliling minnie mouse.

malam itu orang yang bertugas menjadi minnie mouse agak kecil sedikit. kepala minnie mouse terlalu besar untuk kepalanya yang kecil. maka longgarlah.

"minnie mouse! minnie mouse!" Stephanie berteriak sambil melompat-lompat keliling minnie mouse lagi.

dub! terjatuh kepala minnie mouse ke tanah berguling ke kaki Stephanie.

"erk! minnie mouse! kepala awak!" teriak Stephanie.

"ah. maaf dik." kata satu suara yang dalam, garau seperti suara ayah Stephanie.

Stephanie terlongo. dia memandang minnie mouse. minnie mouse ada janggut dan bermisai sejemput.

lantas Stephanie lari mendakap kaki ibunya seraya menangis. "mak, minnie mouse seorang lelaki! Stephanie takut mak!"

11 ulasan:

anwar azhari berkata...

apa??!!!


minnie mouse lelaki bersuara garau, bermisai dan berjanggut sejemput??


tidakk...!!!!

Anis Amirah Nawawi berkata...

haha.. lawak2!

Tanpa Nama berkata...

hurm... aku rase mickey mouse tu baru pmpuan kot

Humyra berkata...

tipu!!tipuuu!! tidakk!! aku kenal minnie mouse lagi lame dr kau! die wanita sejati.

khairi berkata...

stuju dgn tanpa nama, rasenye mickey tu pompuan la..eh, jap! stephanie tu laki ke perempuan? tak beritahu pun?

afiqkarim. berkata...

cakaplah mickey mouse nyer taste cmtuh?

hanif hafiz berkata...

hmm..janggut sejemput eh..akmal kot bpaknye..
cbe tngok mickey mouse..mungkin itu adalah asma'

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

lol =D

afiQFaiz berkata...

erk.. mgkinkah mickey & minnie mouse berkongsi "hobi yg luar biasa"??

kepalakotak berkata...

sumpah. pernah ke korang dengar suara minnie kat karamantas?
minnie sikit pun tak bersuara, takut kantoi.

hani berkata...

penah tgk mickey dan minnie same2 membuka topeng kepala kt blkng bgnan. kedua mereka lelaki. hahaha. lawak la..