langit tiba-tiba jadi hitam. kilat sambar menyambar. dewa naga sedang diseru oleh gohan. setelah susah payah mengumpulkan 7 biji mutiara naga yang tercampak ke segenap penjuru dunia, kini gohan tinggal perlu katakan saja hajatnya kepada dewa naga.
7 biji mutiara naga bersinar. kemudian satu terpancar satu cahaya kuning gemilang daripada 7 biji mutiara tersebut. dari cahaya itu dewa naga perlahan-lahan menjelma.
"nyatakan hajat kamu wahai gohan."
gohan pandang rakan-rakannya. pikor, bezita, buu, yamaha dan lain-lain semua percaya pada gohan. ini kali pertama gohan bertemu dewa naga. gohan agak gementar dan gugup.
"hi....hidupkan..hidupkan ayah saya!" seru gohan.
"tak boleh. ayah awak dah pernah dihidupkan kembali. awak ada hajat lain?"
gohan tunduk memandang hujung kasutnya. dia berfikir.
"kalau gitu, saya nak seekor unikon!"
pikor, bezita, buu, yamaha dan lain-lain semua terkejut. mata mereka terbeliak tidak percaya dengan hajat yang baru sahaja disebut oleh gohan.
"gohan! sanggup awak!!" herdik pikor.
"dewa naga. saya tukar hajat saya. saya tak mahu seekor unikon."
dewa naga sudah naik bosan. "baik. hajat tadi batal. apa hajat kau sekarang?"
"saya nak 10 ekor unikon, cukup untuk semua rakan-rakan saya!"
serta merta muncul pelangi turun ke bumi. di atasnya berlari-lari 10 ekor unikon. di hujung hari mereka semua menunggang unikon pulang ke rumah dengan perasaan gembira.
13 ulasan:
hahaha..
anak sanggup lupakan bapak demi unikon..
p/s: kelol ckp 'yamaha??'
"qada' hajat"
heh3..
kalo bwt permintaan mase kt planet Namek,
bleh tunaikan 3 hajat.
mutiara naga dia pun besar2 semua..
hehhe..
jom g planet namek nek beskal..
Amin, post kau kali ni senang difahami. Berbanding dengan post-post kau yg sbelum ni. hehe..seriusly lawak.
nak unicorn jugak!
sume org dpt satu unikon. jgn risau.
plante namek?
owh lupe dowh.
min, jadi novelist fikyen:D
yey. ak pham cter neh.
kepalakotak dah x dewasa sgt dah.
min, next entry citer doremon plak..
bguih sngguh ketua seksyen 1.. disayangi ramai sbb cerita kartun yg menarik.. haha.. nnt bgi la ahli seksyen unicorn.. kalo x de, popcorn pun okeyh gak..
lepas ni...bleh tulis cite One Piece lak...sume org bleh dpt devil fruit sorang satu.....
knape org nk unicorn?
fasal unikon haiwan mistik yang paling diminati dalam kisah2 sebelum tidur.
Catat Ulasan