Rabu, 3 Jun 2009

kata hikmah # 6

seorang pertapa, penuh di dadanya falsafah-falsafah dan ilmu sejarah bertapa di puncak sebuah gunung di samping hutan tebal dan haiwan liar. terpisah daripada peradaban manusia sekaliannya, hanya berteman alam keliling si pertapa berdiam dalam tafakurnya.

3 orang pemuda naik ke puncak gunung, mencari sedikit daripada hikmah-hikmah yang terbuku dalam dada pertapa. kali pertama mereka berjumpa dengan pertapa, mereka diajukan satu soalan.

"apakah yang paling direbuti manusia?"

3 pemuda diam sebentar.

"bola." kata pemuda pertama, namanya abu.
"wanita" kata pemuda kedua, namanya shedey.
"bukan. sepatutnya wang ringgit. harta." kata pemuda ketiga, namanya bimbi.

dengan sabar mereka menunggu jawapan daripada pertapa.

pertapa bangun daripada silanya, berdiri membelakangi 3 orang pemuda itu. dia memandang ke langit malam. dengan selamba pertapa menyebut : "kerusi." kemudian angin malam bertiup, bermain dengan hujung rambut putih pertapa yang panjang mencecah bahu.

"di mana-mana pun orang akan berebutkan kerusi."


-satu pagi, ketika duduk-duduk di perpustakaan pusat konvensyen (CC), kami menyedari hakikat ini-

6 ulasan:

Miss_Anis berkata...

haha.. lawak larr.. dlm lab pun brebut kerusi gak..

kepalakotak berkata...

owh.
ni serius.
dalam dewan rakyat pun, orang akan berebut kerusi.

jadi hipotesis kerusi sebagai objek rebutan paling feymes memang benar.

kepalakerusi berkata...

ya ya betul saya dah lama menyedari hakikat ini.

afeez.gonzalez berkata...

pemuda 1: mengapakah namanya mesti abu?

Mohd Firdaus bin Shafie berkata...

music chair-salah satu analogi kapitalisme yg bgs

kEyNAh berkata...

setuju!!
kerusi.. bangku orang xberebut pulak (kaki bangku)