Selasa, 3 Mac 2009

membantah?

kita letakkan satu kotak kecil di tepi atas blog ini untuk meninjau pendapat. semua yang membahaskan permasalahan ini inginkan kebaikan daripada apa-apa tindakan yang akan diteruskan - sama ada meneruskan pembelajaran dalam bahasa inggeris atau perlu ditukar kembali, diajar dalam bahasa melayu@bahasa malaysia@bahasa kebangsaan seperti sedia kala.

meminjam teknik pembahagian jasad tept sigmoid, kita bahagikan diri kepada 3 untuk memikirkan masalah ini. hasilnya:

kotak 1
kita sebagai pelajar perintis dalam PPSMI, tidak terkesan kepayahan meneruskan pengajian di institut pengajian tinggi. tidak terkejut dengan buku-buku rujukan berbahasa inggeris. istilah-istilah saintifik juga sudah terbiasa dengan sebutan inggerisnya. dengan kata lain, merasai kelancaran dalam proses belajar kerana lali dengan perbezaan bahasa. lebih mampu bersaing?

teknik pembahagian jasad. hasilnya kurang dramatik. harap maaf.

kotak 2
bahasa kebangsaan secara automatik dinafikan sebagai bahasa pengantar ilmu. bahasa sebagai alat penyatuan satu bangsa malaysia lantas menjadi karutan - tiada siapa mahu berbahasa kebangsaan kerana sibuk berbahasa bahasa dunia. kita punya akar sendiri. lari dari akar, siapalah kita. kita masih ingat, bahasa kita ini pernah jadi lingua franca. perlukah diragui lagi?

kotak 3
belajar dalam bahasa apa pun sama. masalah penguasaan ilmu kerana bahasa bukan faktor total. one plus one equals to two. begitu juga satu tambah satu sama dengan dua. untuk menguasai satu bahasa, perkuasakan pembelajaran bahasa.

hilang jati diri kerana tidak menggunakan bahasa ibunda itu masalah lain. selagi tidak berbangga dengan asal sendiri dan memperkecilkan keupayaan diri, jati diri tak akan terbina.
sejujurnya, kita benar-benar iri hati dengan orang-orang jepun. kebanggaan menjadi seorang warga nippon diekspresikan sehingga diterap masuk dalam animasi.

9 ulasan:

van der shraaf berkata...

kita sudah lama sedar kerajaan amat terburu-buru dalam melaksanakan keputusan itu...memang dipersetujui bahawa sesungguhnya bahasa melayu perlu jadi bahasa pembelajaran...cuma sukar pula untuk berpatah balik ke asal..mungkin memakan masa...oleh itu, desaklah mereka untuk tukar kembali dan dalam masa yang sama, apabila ia dipersetujui, berikan mereka masa....

anwar azhari berkata...

amat indah bahasa.
seringkali ku berfikir, 'adakah bahasa inggeris yang menjadi bahasa pengantara ilmu merupakan bahasa pertama (first language)?

daripada pihak tept sigmoid, kami mengucapkan ribuan terima kasih ke atas saudara kepala kotak yang mengaplikasikan teknik pembahagian jasad kami.

Rahman D berkata...

siapa yang salah...satu pandangan yang tepat.Pelajaran komsas yang cuba dibawakan oleh kerajaan untuk meningkatkan keinginan pelajar untuk mendalami bahasa melayu hanya ditidurkan sahaja.Suara dengkuran dan lelehan air liur basi apabila sajak Anak Laut dibacakan.Guru pula hanya mahu menghabiskan silibus...Gimana gitu....itu dipanggil evolusi pemikiran manusia.Bahasa akan tetap berubah dan dilupakan.....kecuali bahasa yang ESA

Anisah Shamilah MS berkata...

hh...dah lama topik ni x dibincangkan.as for me, bahasa apapun sama, yang penting sikap golongan yang belajar.sedangkan bahasa melayu pun diadaptasi dari bahasa-bahasa lain.kalau tak silap, hanya ada 4 perkataan asal BM, yang lain diambil dari bahasa-bahasa lain.

boleh tak agak-agaknya, satu hari nanti malaysia menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pengantar?
mudah sikit orang dah memahami perintah al-quran,islam sebagai cara hidup.jika BI diangkat kerna memudahkan pembelajaran di universiti, mengapa tidak BA diangkat untuk memudahkan pemahaman islam untuk kepentingan dunia akhirat?

MR NERD berkata...

Pendapat sye,tak salah nk pertahankn bhsa mlayu.tp naikkn lah bhsa mlayu itu dahulu.kalau lah tetibe diberhentikan pengajaran matematik dan sains dlm bhsa inggeris,masakan pelajar kita boleh 'survive' dlm kehidupan di luar sne.sedangkan teknologi dunia dikuasai negara barat.justeru,majukan lah bhsa mlayu terlebih dahulu.tingkatkan penggunaan bhsa kebangsaan dlm setiap urusan.bkn isu pembelajaran sains matematik sahaja yg perlu dirisaukn.biarlah diubah secara menyuluruh.utk penambah baikan lagi,galakkan lah penggunaan tulisan jawi kerana tulisan m'pengaruhi bahasa.bila wujudnya tulisan sendiri,maka wujudlah rse bngga menggunakan bhsa sndiri..
~pendapat sahaja~

Khairi Malik berkata...

Setiap orang ada pendapat masing-masing. Tapi rasanya lebih elok kalau dimansuhkan sahaja. Secara tak langsung, tak akan adalah orang yang menggunakan bahasa rojak (campur bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu). Kalau nak difikir dari segi tengok dunia luar, negara Jepun boleh jadi contoh. Tak perlu susah-susah guna bahasa orang lain. Guna sahaja bahasa sendiri, tukar istilah dalam pembelajaran ke dalam Bahasa Melayu.

nobody~ berkata...

bahasa bahasa bahasa.
bagi aku la, lagi baik belajar sains n math dalam bahasa inggeris.
yela.nanti kat u kene belajar bi gak.
aku ade dengar citer sorang senior ni.die salah jawab soklan mase kt u sebab xphm soklan jek.padahal, soklan tu tnye basic jek.
so, kalo belaja dalam bi dpt mmbantu kite mse kt u nanti.

Tanpa Nama berkata...

secara jujur, saya amat menyetujui PPSMI pada awalnya.
Namun itu bertitik tolak kerana saya agak mahir memahami bahasa inggeris.
dan jika diperhalusi, usaha memansuhkan PPSMI adalah amat wajar.
Ya, bahasa hanyalah medium penyampaian kerana apa yang penting adalah ilmu itu sendiri. Namun,medium itulah yang menentukan takat pemahaman seseorang.
Nak hebat berbahasa dan HEBATKAN BAHASA ialah dua perkara berbeza.
bahasa jiwa bangsa.
Kehebatan bahasa bergantung pada Pembahasa.

Mohd Firdaus bin Shafie berkata...

aku xblaja dgn BI.
aku xlayak komen byk.

tp aku blaja dlm bhs Jepun.
aku fhm kesusahan blaja dgn bkn lidah kita.

xkan semua nk senang beb.
kwn2 ex-skolah cina yg aku knl
slalu ckp student skolah asrama
ni makan suap.btul ke x,sndr jwb la kan.

adalah sgt perlu difahami bhw
PPSMI bkn utk memajukan BI para pelajar

tp utk menyediakan mrk landasan ke peringkat pelajaran yg lebih tinggi.

xdgr ke gelombang bhs Inggeris di China?

kerajaan pula knalah lebih btggjwb.bantu tingkatkan prestasi guru.

jgn tipu mata rakyat dgn turunkan markah utk lulus.

mntak maaf la ter-komen byk.
BM hancur plak tu.