Selasa, 22 Disember 2009

ruang untuk mereka yang

aku merenung titik-titik habuk pada cermin pintu balkoni. sesekali cermin pintu balkoni bergetar bila ditampan angin kuat. hari warna kelabu. lalu lintas sibuk seperti biasa. tv terpasang tak ditonton. bunyi-bunyinya bermain di corong telinga. aku jauh dari sini. jauh. jauh..

zuuppp!!

hitam. gelap. tiada atas, tiada bawah. aku terapung-apung dalam ruangan hampagas. kemudian ada satu suara menyeru.

"ada sesiapa di sana?"

cemas, aku pantas menjawab. beberapa detik selepas itu muncul seorang lelaki berkot kulit hitam, jeans cikang dan but paras tumit. dia tersenyum. selamat datang katanya.

"di mana aku?" tanyaku.

"di mana? di mana-mana!!"

aku marah. dia tertawa. terbahak-bahak.

"kau sedang berada dalam hati kau sendiri. sini-lah ruangan di mana orang-orang putus asa akan berakhir. orang-orang yang tidak lagi punya harapan. yang tiap paginya tidak berminat untuk meneruskan harinya. hati kau terlalu kosong, lompong (sambil menuding telunjuknya ke dadaku) hingga kau tersedut dalamnya. sama seperti prinsip vakum."

aku terkejut. "dan macam mana rakan-rakan aku? keluarga aku? mereka akan sedar kehilangan aku?"

"tentulah. tapi mereka takkan menjumpai kau lagi."

"siapa kau?"

"oh, kau tentunya kenal aku," jawabnya sambil masih tersenyum.

aku menutup mata sambil berharap semuanya akan kembali seperti biasa.

8 ulasan:

Meru berkata...

xmampu nk pham

Rahman D berkata...

kadang2 ada juga makhluk yang datang berbaju putih,bertopi dan berseluar labuh.Menunjukkan pada ruang sekeliling yang gelap,tiada lampu,fius terbakar.

Tapi makhluk itu berkata,

"Pergi cari lampu pada 2/3 malam,dan pasangkan dia pada tengah ruang perjalananmu dan sentiasa gantikan fius yang terbakar dengan harapan pada yang Satu."

Lalu lelaki berkot kulit hitam, jeans cikang dan but paras tumit pasti cemburu buta...

sungguh min!!! aku pernah jumpa dengan makhluk tu...

AnAk iBu berkata...

hah?
patutla kau x sedar2 dlm practical.
lalu ak pon mngikut juga langkah ketua section.

anwar azhari berkata...

jantan jeans cikang tuh ad masa plak nk explain ap yg berlaku yea..

ap motif dye?

tepianmuara berkata...

min, ko mmg nak tutup camtu ke?

tringat ichigo ngn pedang de lak.
huh, t'pengaruh komik aku nh.

-melihat hidup dari 4th quadrant tentu ada harganya-

kepalakotak berkata...

aku pun xtau.
jangan tanya aku.

Khairi Malik berkata...

seram gak citer ni~

Dr. Alex berkata...

Pengesahan perkataan untuk komen aku adalah:

degyncin

terima kasih..