Selasa, 1 September 2009

reseptor

pada mulanya, pertama kali menonton ultraman tiga di siaran ntv7, aksi ultraman dirasakan bosan. sepakannya nyata dibuat-buat. dan makhluk raksaksa tidak menggerunkan, atau selayaknya bagi seekor raksaksa.

walaupun grafik dan efeknya hebat. pancaran laser ultraman semakin canggih. malah ultraman boleh bertukar warna - merah untuk tenaga kuat, ungu untuk kelajuan, merah dan ungu untuk mod antara.

kemudian dibandingkan dengan ultraman zaman lampau. ultraman yang awal. kenang-kenangan kanak-kanak membandingkan, ultraman zaman dahulu lebih hebat. kumpulan MET bertanggungjawab menentang makhluk raksaksa yang jahat. berseragam warna jingga dan memakai topi keledar putih. rancangan ultraman pada masa itu ditaja oleh kiko.

beberapa hari lepas adik yang kecil itu mengajak menonton cd ultraman yang lama. kemudian aku dihampakan, kerana ternyata aksi ultraman dahulu dan sekarang sama sahaja. mungkin kerana setiap kanak-kanak mempunyai reseptor aksi ultraman.

reseptor ini apabila dirangsang akan membangkitkan rasa seronok dalam jiwa setiap kanak-kanak. namun selepas mencapai akil baligh, resptor ini tidak diperlukan lagi dan digantikan dengan reseptor yang lain. yang berkaitan dengan perasaan yang pelik-pelik, mungkin.





lagu ultraman 80 yang kacak. bahagian "aaahhhh!!" itu memang hebat. pengaruh bee gees, mungkin.

5 ulasan:

Muhammad Anas bin Kamarudin berkata...

video di atas...
what a lame fight scene...

anwar azhari berkata...

perghh..!!

ko mmbuat ak terfikir nape ak sker sgt tgk ultoraman kecik2 dlu..

tp ultraman 80 bapak pnjang dye nyer intro.
just ultraman pusing2 akrobatik kat udara je.

3 minit lak tuh..

bosan giler..

Mohd Firdaus bin Shafie berkata...

byk cite b#d#h atas dunia ni
tp dh ramai org ske lantak la
boleh gak gelak2

Tanpa Nama berkata...

haha,
amin x matured lg, xmcam aku...

abdullah berkata...

bodoh sape cakap cite ni bodoh, tanpa crita2 macam ni tiada la imaginasi cerdik2 pandai sekarang. haha..

smpai sekarang aku suka tgk cite ni. bukan x matang, tp menghargai zaman lampau. hahahha

tp kalau cakap imaginasi tu, tgk cite blu lagi memberi pengaruh kepada otak2 manusia ni.lalalal~ tp hati hancus.