Ahad, 27 Julai 2008

mahabbah

karya:SN Shahnon Ahmad
tajuk:Mahabbah
terbitan:DBP

sinopsis

keseluruhan cerita hanyalah berkisar pemikiran Endar. Endar sudah tua dan terlantar kerana penyakit
Myasthenia Gravis yang melumpuhkan seluruh dayanya. Dia tidak mampu untuk bersuara lantang seperti dahulu lagi. Yang termampu bagi Endar hanyalah untuk menggerakkan hati dan mindanya berfikir tentang bangsanya yang berpecah serta dirinya yang akan meninggalkan dunia fana'.

Bangsa Endar, Endar tamsilkan dengan sebatang sungai. Awalnya sungai itu bergerak dalam satu aliran. Namun setelah masa berlalu aliran sungai yang satu itu telah berpecah kepada dua yang dipisahkan oleh tebing atau tembok yang besar.

Sepanjang sungai itu berpecah kepada dua aliran, sepanjang itu dua sungai itu saling mengotori sesama sendiri. Dan menjadi hasrat Endar untuk melihat dua sungai itu kembali menjadi satu. Kalau boleh, Endar ingin mengangkat tembok yang memisahkan itu, yang menjadi punca permusuhan.

Namun pada akhirnya Endar berpendapat, tembok itu tidak perlu dicabut tetapi perlu dibersihkan, dimurnikan daripada segala syaitan dan manusia durjana yang bertenggek di atasnya. Kemudian di atas tembok itu akan didirikan bangunan serta taman-taman yang indah. Dan dua aliran sungai itu akan terus mengalir suci menurut perintah-Nya.

(jika terdapat sebarang kesilapan pada sinopsis ini, minta diperbetul..)

tiada siapa dapat menafikan peranan politik dalam kehidupan seharian kita serta kepentingannya dalam membentuk sebuah negara. namun politik tidak sepatutnya menjadi sebab pertelingkahan, kerana tujuannya ialah membentuk sebuah kerajaan bagi negara. lalu, jika bertelingkah kerana politik, berfitnahan sesama sendiri dan bertohmahan, bukankah telah mencabuli tujuan asal berpolitik?

sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang politik perlu membaca renungan-renungan dalam Mahabbah kerana kita pasti akan menjadi tua, merasai waktu menghampiri kematian; dan pada masa itu kita akan melihat kembali perbuatan-perbuatan kita yang terdahulu.

-imej kulit buku dari ujanailmu

1 ulasan:

van der shraaf berkata...

askum...
hmm, dah lama x tegor ko...
kalau nak diikutkan, aku rasa aku dah tak ada masa nak baca novel-novel melayu ni...
kami yang nak fly ni, kena pula baca novel-novel inggeris...
dah la tebal-tebal pula...
aku harap aku ada masa lagi berdampingan dengan kesusateraan melayu....