Benar-benar emosi kakak penyanyi ni. Tajuk lagu dia, "Itu Bukan Namaku." Kalau samar-samar atau kurang mendengar liriknya, tekan sini.
Mengapa perlu begitu emosi menyanyikan lagu tentang nama? Perhatikan riak wajah kakak tadi, penuh dengan keberangan dan kemarahan yang meluap-luap.Jadi, berdasarkan pengamatan terhadap lagu kakak ini, bolehlah disimpulkan bahawa orang akan marah jika dipanggil dengan nama yang salah, diberi gelaran yang bukan-bukan dan apa-apa yang sewaktu dengannya kerana nama itu penting. Lebih-lebih lagi jika digelar dengan gelaran yang bukan-bukan, mengarut, mencarut dan menghina.
Baca Surah Al-Hujraat (49) : ayat 11 dan 12.
Nama merupakan doa. Nama mencerminkan peribadi. Pada sesetengah orang, nama melambangkan darjat dengan awalan nama dato',datuk,datin,nenek atau SN. Sebagai misalan, panggil nama datuk dalam keluarga anda tanpa kata ganti nama "atok". Kemudian perhatikan reaksinya. Selamat mencuba.
Ramadhan Karim!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan