Rabu, 7 Mei 2008

merentas masa

Mesin perentas masa masih tidak tercipta.

Merentas masa ialah mengembara dari waktu sekarang ke suatu waktu akan datang atau waktu yang lepas.

Namun merentas masa ialah perkara yang hampir mustahil kerana masa bukanlah faktor yang boleh dimanipulasikan atau diubah. Masa merangkumi semua makhluk dalam dunia ini, dalam semua dimensi dan masa mempengaruhi segalanya. Kerana masa, barang yang baru menjadi buruk dan usia remaja perlahan-lahan hilang hingga kita menjadi tua.

Tiada siapa mampu mengelak masa.

Tetapi jika terlalu kepingin untuk merentas masa, ada caranya; bukan dengan membawa jasad dan jasmani tetapi dengan mengembara ke masa hadapan dengan minda bawah sedar.

Begini,

Gunakan telefon selular.

Buka fungsi kalendar.

Tandakan tarikh hari-hari bermakna seperti tarikh hari lahir orang tersayang atau mereka yang diambil berat.

Tekan fungsi 'go to date' dan pergi 50 atau 70 tahun ke hadapan. Jika sekarang 17 Jan 2007, pergi ke 17 Jan 2077 contohnya.

Perhatikan, tarikh yang bermakna buat diri. Setelah puluhan tahun tarikh itu masih ada. Tetapi adakah mereka yang diambil berat, disayang dan rapat masih ada?

Selamat merentas masa di dalam ruangan minda.

Tiada ulasan: