Sabtu, 20 September 2008

puisi penafsir

sebutir debu
hanyut di udara,
bertanya kepada diri
ke manakah angin membawa

sebiji kerikil
tersepak ke tepi jalan
ia tertanya-tanya, kepada
kaki-kaki
masihkah ada yang simpati

selaut buih
didorong arus terhempas ke pantai
serumpun rumput
tidak beralah kepada ribut

seorang penyair seorang penafsir
menterjemah setiap peristiwa
ke bahasa manusia.



Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia License.

3 ulasan:

Syazwi berkata...

cukup jauhari kah penafsir itu?

kepalakotak berkata...

hmm...
ntah.

Rahman D berkata...

bagus penafsi,kadang-kadang penafsir tewas di jalanan dek tusukan fikrah dan furuq