Selasa, 27 Mei 2008

rumah sakit

Hospital dan klinik juga dikenali sebagai rumah sakit. Rumah sakit ialah tempat orang-orang sakit datang. Sekarang, kita tertanya-tanya: apakah rumah sakit mengubati atau memberi penyakit? Tempat yang begitu padat dengan orang-orang yang sakit semestinya bukan satu tempat yang sesuai untuk memulihkan orang kepada kesihatan yang baik.

Hari itu, pertama kali kita ke hospital sungai buloh. Hospital sungai buloh memang besar. Luas. Bila melangkah masuk melalui pintu utamanya, seperti melangkah masuk pintu KLIA. Lantainya bersih berkilau-kilau. Malah seni binanya pula canggih serta terkini hingga kehadirannya dirasakan pelik kerana semua binaan di sekitarnya tidak secanggihnya.



Awalnya, kita pun terkejut. Tak tersangka begini rupa. Hebat.

Tapi kita ke hospital ini sekejap saja. Untuk menjalankan pemerikasaan kesihatan, kita perlu ke klinik kesihatan. Ada juga rasa terkilan tidak berpeluang meneroka hospital yang agam ini. Mungkin lain kali bila ada urusan yang lebih parah.

Bila tiba di klinik kesihatan, kita terkejut lagi dengan renjatan yang lebih hebat. Bukan kerana seni binanya, tidak. Kita terkejut kerana bilangan manusia yang ada di klinik kesihatan. Pukul 8 setengah pagi, dan hospital sudah pun sesak dengan orang ramai.

Ada yang bertampal, berbalut, jalan menghinjut, menempang. Pelbagai sakit ada. Semuannya sugul, sedih, muka panjang, tak ceria, muka kemek atau mata berair menahan sakit. Secara keseluruhannya, hampir tiada tanda-tanda keceriaan. Kita yang berkunjung sebentar, rasa seperti ingin sakit juga bila berada dalam khalayak pesakit-pesakit.

Dan, malamnya, kita benar-benar dapat sakit. Habis satu malam kita tak tidur. Sepanjang masa kita berguling-guling saja kerana kesakitan apendiks, rasanyalah.

2 ulasan:

van der shraaf berkata...

wah, dah lame sebenarnya aku x pegi ke Hospital tu...
x sangke dah lawa mcm tu sekali...
kecik2 kalau demam je, situ...
kalau jatuh je, situ...
sekarang ni dah besar, susah sikit nak sakit...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah untuk kemudahan canggih di Hospital Sungai Buluh. Tetapi bagaimana klinik-klinik lain yang kawasan parkir pun tidak ada dan mencukupi dek kawasan yang terbatas.

Untuk dapatkan kawasan yang mencukupi bagi keperluan dan kemudahan awam lain perlu difikirkan keluasan tanah yang mencukupi.

Harap Kementerian Kesihatan beri perhatian tentang keluasan tanah ini. Tentu ada yang bersedia menyerahkan tanah untuk kemudahan klinik sebegini. Keluasan parkir mesti dijadikan agenda klinik.