Selasa, 13 Mei 2008

ranjau sepanjang jalan; sebuah penghargaan buat petani


karya: SN shahnon ahmad
tajuk: ranjau sepanjang jalan
terbitan: alaf 21

Sinopsis
Kisahnya berkisar sebuah keluarga petani: Lahuma si bapa, Jeha si ibu dan tujuh anak perempuan mereka; Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah, yang hidup pada pertengahan abad ke-20.

Menjadi keluarga anak tani bukannya mudah. Mereka mengusahakan sawah mereka dengan penat jerih. Hidup dan mati mereka semuanya bergantung pada hasil padi. Padi menjadi segala-galanya.Makanan. Wang. Semuanya datang daripada hasil padi. Walau untuk satu musim, padi tidak boleh terkurang.

Kedaifan keluarga petani ini bertambah teruk apabila Lahuma meninggal dunia akibat terpijak onak nibung. Sebelum itu, selalunya Lahuma mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban mengerjakan sawah. Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya.

Mereka mempertahankan pokok-pokok padi mereka daripada banjir, serangan ketam dan burung-burung tiak. Pokok padi boleh mati jika ditenggelami air. Ketam-ketam mematahkan tangkai padi yang muda. Bila padi mula menguning, burung tiak pula datang menyerang, memakan padi.

Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila; meninggalkan pula beban mengusahakan sawah kepada anak-anak dara Jeha.

Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan kepayahan kaum tani untuk mendapatkan beras, bagaimana sawah dan pokok padi menjadi kepentingan utama dalam hidup mereka. Pokok padi dilayan seperti anak-anak mereka, malah mungkin lebih daripada itu. Pokok padi mestilah sentiasa dalam keadaan terbaik. Dijaga daripada banjir dan kemarau; tangkai padi bagaikan tengkuk anak-anak, tidak boleh terpatah, manakala isinya pula diawasi daripada dicuri burung - walaupun sebutir.

Kini, harga beras di pasaran seluruh dunia semakin meningkat namun harga hasil tanaman padi yang dibeli daripada petani-petani tidak berganjak. Sekali lagi kaum tani dihimpit satu lagi kesusahan. Mungkin bukan kesusahan dari segi teknologi pertanian seperti yang dihadapi kaum tani pada waktu dahulu, tetapi dari segi tekanan ekonomi global.

Setelah berlakunya peningkatan harga beras ini, saya benar-benar terasa kesusahan yang ditanggung oleh mereka, dan barulah saya sedar kepentingan peranan mereka dalam kehidupan seharian kita.

Shahnon Ahmad sememangnya telah mengabdikan penghargaan dan penghormatannya kepada petani-petani dalam Ranjau Sepanjang Jalan, jauh lebih awal sebelum saya menyedari sumbangan mereka dalam setiap hari yang saya lalui.

imej kulit buku daripada Ujanailmu

-novel ini pernah diadaptasi kepada filem sebanyak 2 kali, dengan tajuk "ranjau sepanjang jalan" pada tahun 1983 dan "rice people" pada tahun 1994 -pada minggu lepas, seorang petani telah meninggal dipanah petir semasa mengerjakan sawahnya di dalam hujan. moga allah merahmati rohnya-

5 ulasan:

van der shraaf berkata...

fil haqiqah, ramai manusia yang membazir...
selamba saja nak buang-buang makanan...
secara logiknya, masalah makanan bukanlah disebabkan harganya yang naik..
sebab kalau harga mahal macam mana pun ada juga orang yang boleh beli walaupun bukan semua....
aku lagi takut kalau makanan dah tiada langsung...
nak beli pun x boleh...
(aku rasa aku ada sentuh benda ini dalam blog aku...cuba la check)

kepalakotak berkata...

hmm...
tapi yg kesian tu org yg tukang tanam padi/gandum/apa2 yg kene tanam tu..
barang harga naik, tp duit diorang tak boleh nak naik.

Unknown berkata...

nak cerita psal masalah food shortage ni, sebenarnya klu korang nak tau, kat BERNAS bukannya takder makanan, tgh tunggu subsidi kerajaan. Sbb klu diorang kluarkan makanan skang, rugilah diorang.

Tanpa Nama berkata...

i've read the simplified version in english,, translated by adibah amin, if my memory serves me right,,,

a very gripping story indeed,,
inna lillahi wa inna ilaihi raji'uun,,,

Koteng berkata...

Teknologi pertanian baru telah menjawab kesukaran bertani.

Cabaran tak berubah walaupun bentuknya berlainan. Jika dulu 'alam menindas sekarang gerenehnya masyarakat menjadi cabaran dan dalam berbagai bentuk menjadi sumber penindasan.

Dengan kaedah pengurusan moden, Bernas yang kononnya menjawab kesemua persoalan menumpu perhatian ke arah lain, di antaranya membuat roti melalui anak syarikatnya berjenis-jenis.

Ketika ini selepas kita bebas dari takluk alam, sebanyak sedikit, sekarang harga beras pasaran menjadi penindasan.

Nampaknya ada pekara yang perlu kita lawan dan atasai.

Aneh juga yang tinggal menghadapi cabaran "Ranjau" adalah kaum wanita ("anak-anak dara Jeha"). Apa terjadi kepada anak jantan beliau?