Jumaat, 9 Mei 2008

tali pinggang yang dibenci

nak pakai tali keledar dalam kereta bukannya susah sangat. tarik, pasang, siap.

rancangan penguatkuasaan memakai tali pinggang keledar untuk penumpang belah belakang kita lihat sebagai satu arahan yang baik. tali pinggang itu memang sudah sedia ada, kita sendiri membayar untuknya semasa kita membeli kereta. kalau tak guna, kira rugilah. namun, satu masalah tali pinggang keledar, memakainya tak berapa selesa kerana terasa rimas.

kita, bila memandu kereta mesti pakai tali pinggang yang dibenci itu. sebabnya, kita memandu betul-betul dekat dengan stereng. jika terhumban ke depan, tentu sakit bila terhumban ke stereng yang keras itu.

ambil pengajaran daripada iklan proton ini.



rata-rata rakyat malaysia memang tak minat memakai tali pinggang keledar walaupun sedar sesetengah kereta mereka tidak mempunyai beg udara. kalau dah nampak ada polis di hadapan barulah sibuk nak memakainya.

apa pun, bagi kita, senang saja: kalau nak hidup, pakai tali pinggang keledar, kalau tak nak, jangan pakai.

untuk keluarga besar yang berkereta kecil, pendapat kita, pakailah juga tali pinggang keledar di belakang, dan suruhlah abang atau kakak menjaga adik-adik mereka yang tak bertali pinggang keledar. kita sayangkan mereka, tetapi bila kita tak mampu, buatlah apa yang termampu untuk keselamatan mereka.

2 ulasan:

van der shraaf berkata...

pakai tali pinggang...
sebanrnya rakyat Malaysia mcm dah tak sayang nyawa..
kalau x pakai yg belakang punya x mengapa lg...
tp kalau yg depan pun x mahu dipakai, maka nyawa yg akan melayang itu lebih baik disedekahkan kepada jihad...lagi bagus...

Unknown berkata...

love that video...

nak suruh orang pkai depan pun susah,nak suruh orang pkai belakang.