Selasa, 6 Mei 2008

kucing, tikus dan orang

mungkin semua orang benci tikus. mereka suka buat sepah, pengotor malah sentiasa saja melepas secara rambang. sambil-sambil sedang jalan-jalan menijau rumah orang mencari makanan, mereka selalu meninggalkan sedikit buah tangan tanda penziarahannya. dan bila kita bangun pagi-pagi untuk membuat secawan kopi o atau milo panas kita akan terserempak dengan buah tangan yang kecil-kecil itu.

penat-penat kita bersihkan rumah, berpantang walau sebutir habuk, tikus senang-lenang suka-suka memastikan kita tidak menganggur di rumah dengan memberi kita satu lagi kerja pembersihan.

bagi suri rumah SEDUNIA, tikus tidak pernah dialu-alukan menjejakkan kaki-kaki kecil kemetot mereka ke dapur. tikus ialah musuh nombor satu dan selepas itu barulah lipas dan kanak-kanak yang nakal.
kucing pula mengiau-ngiau dengan suaranya yang mendayu-dayu meminta sedikit belas kasihan dan mata bulat berkaca-kaca;berkilau seperti bergenangan air mata. selalu muncul di bawah meja makan di warung atau restoran tepi jalan. dan seperti selalunya hati kita akan cair di bawah pengaruh 'eye contact' kucing itu.

kalau bosan-bosan pula kucing boleh dibuat teman untuk mengisi kesunyian. kucing suka diusap-usap dan diberi perhatian. oleh sebab itu banyak wanita-wanita tua yang tinggal berseorangan tanpa suami atau anak gemar membela kucing, dan selalu juga kita dengar isitlah 'cat lady'

tetapi kekadang kucing dibenci juga kerana tabiat mereka yang gemar tidur di atas kereta yang baru dicuci.
dan orang pula ialah, kita. manusialah. organisma teratas dalam rantaian makanan.


terkesan apa yang topik yang ingin disampaikan? mestilah tak.
begini.

dibandingkan tikus, kucing dan manusia, manusialah yang paling kurang menyayangi bayi mereka.

tikus dan kucing comel.(tikus juga comel. kalau tak percaya lihat gambar tikus yang tersedia di atas) orang pula ada yang comel dan ada yang kurang dan ada juga yang tidak.(nasib baiklah kerana pada manusia, cinta itu buta. justeru kita tidak menjadi terlalu memilih. perlu memilih, tapi tak perlu terlampau. ingat tu)

namun bukan atas faktor comel atau tak itu, tetapi atas faktor kepintaran menyelesaikan masalah, manusia menjadi spesis yang paling kurang menyayangi bayi mereka.

sebenarnya kepalakotak rasa sedih, sejak-sejak ni makin banyak orang buang baby. kecil-kecil comel, malah kulit masih merah-merah lagi sudah dibuang. kemudian kita rasa baik juga kalau dibuat perbandingan antara manusia dengan tikus dan kucing. sebab sejak-sejak ni kucing si Mao tu melahirkan tiga ekor baby kucing yang lebih comel daripada ibunya.

TIGA BABY. itu kucing. kalau tikus pula mungkin selalunya LIMA BABY. dan seperti umum tahu haiwan-haiwan ini tak mengamalkan monogami ataupun setia pada satu pasangan sahaja.tapi ibu-ibu tikus dan kucing tetap bela baby mereka.

habis tu macam mana pula orang boleh sanggup letak baby mereka tepi jalan, bus stop dan lain-lain tempat lagi? jika tikus dan kucing lebih manusia dan orang pula tidak manusia, serius, kita perlu gubal semula semua kamus; tukar maksud kemanusiaan, humanity kepada maksud sikap tak berbelas kasihan dan berperangai kesyaitanan.(kehaiwanan tidak boleh diguna kerana haiwan adalah penyayang. mereka tak mencemarkan alam atau meninggalkan baby.)

tapi, kita juga tak nak marah ibu yang membuang bayi. kalau mereka dalam keadaan yang baik untuk berfikir, kita pasti mereka tak buang baby mereka. kita bayangkan jika menjadi ibu-ibu itu:
kita seorang yang kecil bersendiri dengan perit mengandung dalam dunia yang besar, dan setiap hari kita memikirkan sambil menunggu masa tibanya satu beban maha hebat yang secara tidak sah dibawa lahir ke dunia; dan setiap hari juga kita fikir, setiap saat, minit, jam - memikirkan jalan keluar dari masalah yang menimpa kita dan bakal menimpa kita kerana kandungan yang disayangi dan dalam masa yang sama juga dibenci.

dibenci kerana kita tak boleh cakap dengan mak kita: "....dah hamil. sebulan dua lagi mak jadi nenek." atau dengan kawan kita: ".....hee, seronoknya nanti bila jadi mak." kalau kita cakap dengan mak abah kita, mereka akan jadi tidak gembira, begitu juga dengan kawan kita. malah dengan jiran kita sekalipun kerana kita baby kita abahnya tidak jelas siapa.

kita penat. kita letih.
dan hanya satu cara saja terpampang di depan mata: tinggalkan baby kita
tiada siapa tahu untuk menyelesaikan masalah ini. di eropah, pada zaman-zaman dahulu mereka ada membuat kotak istimewa untuk meninggalkan baby-baby pada pagar depan orang-orang yang prihatin. pada pendapat kita, itu bukanlah penyelesaiannya tetapi dapatlah menyelamatkan baby itu daripada mati kesejukan pada malam hari atau kepanasan pada siang atau kelaparan.

- kita tabik spring kepada ibu-ibu sedunia, tidak kira manusia, tikus atau kucing; asalkan bergelar ibu kerana mereka telah membuat sesuatu yang mustahil untuk kita buat sendiri pada umur kita yang masih bayi suatu masa dahulu: membesarkan kita dengan sabar - selamat hari ibu -

3 ulasan:

Unknown berkata...

Slm.
Just wondering, are u Amin Hudi?
If not, forget about it.
First comment, this blog's quite nice
but hard to understand.
Anyway, keep up the pace...and will be expecting good things from this blog.

And thanks for making a link to my blog..

van der shraaf berkata...

Kepala kotak...
sedap nama..boleh dikunyah dan dimakan....
sebuah tulisan yang nampak bangang tapi ada la juga isinya..
daripada nampak macam akademik abis tp x der maksud langsung...
haha...baru buat ek?
kenalah istiqamah sikit...

kepalakotak berkata...

trimas :)