Isnin, 9 November 2009

Kompatabiliti

Kisahnya begini. Ketika sedang minum teh petang bersama rakan-rakan mereka, Juli berkata : “Kami ditakdirkan bersama selama-lamanya. Kami akan meningkat tua bersama, susah bersama, senang bersama, membesarkan anak bersama.” Juli memandang Rumi. Rumi membalas dengan senyuman. “Malah kami akan menggemuk buncit bersama.”

Kemudian seorang rakan mereka bertanya: “Jadi kamu kata, kamu memang telah tercipta sejak dalam rahim untuk bersama? Selama-lamanya?”

“Tentulah! Malah kalau kau uji darah kami ini, aku jamin kami memang serasi!” balas Juli.

“Ah. Kau baru saja beri aku idea,” kata rakannya itu tadi. Kebetulan rakannya seorang doktor pakar genetik dan penyakit saka, yang kebetulan pada petang itu telah terbawa satu kotak kit mengambil sampel darah di bonet keretanya.

Itu kisah 2 minggu lepas, ketika Rumi dan Juli sedang minum petang bersama rakan mereka membincangkan rancangan pernikahan mereka.

Beberapa jam lepas rakannya seorang doktor itu mengkhabarkan Rumi melalui telefon, bahawa mereka (Juli dan Rumi) merupakan pembawa penyakit genetik yang aneh. Jika anak mereka tidak dilahirkan buta, mereka akan bisu atau pekak atau gila. Tiada ubat atau teknik pencegahan boleh mencegah atau mengubati penyakit berkenaan.

“ Ah, patutkah aku beri tahu semua ni kat kau?” kata rakannya doktor itu setelah menerangkan segala risiko pasangan pembawa.

Rumi matikan talian telefon terus.

Pada hari pernikahan mereka, Juli perasan akan ketiadaan doktor itu. Kata Rumi dia terlalu sibuk, perlu berkonferen sampai ke amerika.

“Dan dia tak ucapkan apa-apa pun untuk kita? Tiada pesanan apa pun?”

“Tak. Tak ada.”

Juli lihat orang-orang kampung dan kenalan mereka dari meja bersantap mereka. Dia tersenyum. Hari ini adalah hari paling bahagia dalam hidupnya. Kemudian dia menggenggam tangan Rumi. Katanya, “ anak kita nanti pasti akan comel-comel. Bijak. Hebat bersukan. Jadi ahli perniagaan dan seorang doktor!”

Rumi cuba mengukir senyuman. “Ya,” balasnya ringkas.

8 ulasan:

Khairi Malik berkata...

pergh~
suspens sungguh! ape yg terjadi kepada doktor tu? dan apa yg bakal terjadi kat diorang nanti?? cerita ni ade sambungan tak?

Meru berkata...

yeah..padan muke anak korg

AnAk iBu berkata...

rumi da bnuh doktor tuh.

Humyra berkata...

cepat sambung cerita ni!! aku dah tak sabar nak tau ending dia. warghh..! NurKasih versi kotak. lol

DEPAPEPE berkata...

sugoi!!!!!.....sangat bagus...
watashi rase sangat terharu...
watashi mau wat lagu dari ini cite..

kepalakotak berkata...

wah. ade depapepe.
xde sambungan. citer ni takat ni saje. ending korang kene fikir sndiri.

Andy McKee berkata...

ahhh...

sebok je kau depapepe. aku dulu yg wat lagu dr cerpen kepale kotak nih.

tp tunggu jap.. isap rokok sbatang dlu, biar idea masyuk.. yeahhh..

kepalakotak berkata...

owh.
skarang ak dh tau.