Rabu, 11 November 2009

berbasikal

Adham mencapai basikalnya yang terlantar di luar.

dia dirikan basikal.

selepas makan cekodok ikan bilis dan minum milo panas dia sudah berbuat keputusan dia hendak berjalan jauh dari sini. bukan pergi selama-lamanya.

bukan hendak tinggalkan tempat ini. dia cuma mahu jauh sebentar, berfikir. Adham tahu kalau dia lama-lama di sini dia akan bosan. bila dia sudah bosan dia akan bosan dengan kebosanan, tidur siang, internet, ps3, tv dan segala-galanya. fikirnya jauh akan membuat dia jadi rindu dengan tempat ini. tak kisahlah ke mana pun asalkan jauh.

"Adham oooiiii!! nak ke mana tu pagi-pagi ni??" tanya satu suara dari dalam rumah.

"bulan." jawab Adham perlahan.

Adham naik basikal dan mula mengayuh. kemudian dia terus naik ke hujung horizon arah barat bertentangan matahari pagi.

.

8 ulasan:

anwar azhari berkata...

satu lagi karya kepala kotak yang tidak akan difahami segelintir pembaca.

tahniah..

adham ni budak kecik ke dak besar???

AnAk iBu berkata...

aku raselah budak kecik.

abdullah berkata...

aku cuba memahami

Dr. Alex berkata...

adham ke ALHAM..
hehe
citer pasal housemate..

Khairi Malik berkata...

Yim, aku rase Alham la..haha
Anyway, sedapnya kalau dapat cekodok ikan bilis dengan milo panas time musim sejuk ni~

insankecil berkata...

saudara sungguh pandai berbahasa..
(@_@)

armouris berkata...

info tentang tidur siang kat sini - Faedah Tidur Siang Kepada Pekerja

Tanpa Nama berkata...

err..once again, saya mmg xleh capai pengajaran nye ini...

oke, otak saya berada di thp rendah..
err..anybody..xnk share ..???