Sabtu, 21 Mac 2009

teori tiga elemen

memperkenalkan segi tiga elemen kehidupan pelajar moden.

air merupakan keperluan paling besar: untuk memasak dan kelancaran melakukan rutin harian beristinjak serta memastikan barang-barang yang tidak diingini dinyahkan.

elektrik pula membekal tenaga kepada barangan elektrik seperti komputer, router internet dan paling penting lampu; kerana malam-malam tanpa sinaran lampu kalimantang menerangi rumah ialah malam yang membutakan dan menghindar pelajar daripada mendekati buku.

manusia ialah makhluk sosial yang memerlukan perhubungan dengan rakan-rakan, keluarga dan dalam kes-kes tertentu, rakan rapat juga. dengan terputusnya talian internet, tuntutan perasaan pelajar terganggu lantas menyebabkan perubahan mood mendadak.

terdapat perhubungan antara elemen elektrik dan internet. tanpa elektrik semestinya tiada internet kerana tiada tenaga elektrik yang menghidupkan router. namun tidak semestinya semasa tiada internet, elektrik tiada.

menurut teori segi tiga elemen kehidupan pelajar yang dikemukakan ini, kehilangan 2 daripada 3 elemen akan menyebabkan hilang fungsi pembelajaran seorang pelajar. hal ini disebabkan perasaan pelajar terganggu kerana asas kehidupan mereka terganggu. kebosanan akan memuncak dan klimaks kebosanan akan diakhiri dengan pelajar-pelajar menempatkan kepala di atas bantal, mencari perlindungan di alam mimpi daripada kebosanan yang membunuh.

-bersama kita harapkan muhandis akan bekerja lebih pantas dan cekap-

5 ulasan:

afiq faiz berkata...

mungkinkah wujudnya konspirasi disebalik ketiadaan antara 3 elemen tersebut.. kongsi gelap antara bawab & muhandis?

corak lesapan elemen tersebut...
air = tiap2 pagi dalam lingkungan 8 pagi

elektrik = petang, selepas pulang dari kuliah, jarang-jarang pada pagi cuti.

internet = petang hari biasa, pagi hari cuti..

semuanya melibatkan hari cuti.. mengapa?

van der shraaf berkata...

ini bukannye teori..ini hipotesis..

kepalakotak berkata...

hipotesis ke?

hmm.

tp memang air slalu xde waktu2 kritikal, hairan sungguh.

nobody~ berkata...

betol!
ak setuju dgn kau..
jadi jangan hairanlah kalo ak xde kt kolej mse air xde..heh

anwar azhari berkata...

muhandis ****