Isnin, 16 Mac 2009

pengajaran daripada kepala paip

tandas rumah kami ada banyak. banyak juga kepala paip. penghuni rumah kami berjumlah 20 orang. setiap pagi, tengah hari, petang, maghrib dan malam larut akan ada tangan yang akan menggunakan paip-paip di dalam bilik air.

paip rumah kami jenis paip tolak satu hala.

setelah 6 bulan, satu paip tiba-tiba mengalami kerosakan. awalnya air menitik sikit-sikit. puas dipastikan aliran air disekat habis dengan menolak tuil paip ke takat maksima. ada juga cuba untuk menolaknya melebihi takat maksima. namun air tetap menitik.

kami biarkan sahaja begitu untuk beberapa hari.

selepas beberapa hari paip dipinggirkan (tidak diambil kisah), titisan air menjadi aliran air. dalam masa 15 minit, satu baldi air boleh ditadah.

****************************

satu pagi yang ditakdirkan ketika sedang menggosok gigi, kita menggunakan paip berkenaan. setelah siap, kita tolak tuil paip secara malas, tidak sampai ke takat maksimum dan mendapati aliran air dari paip berhenti sepenuhnya.

kemudian kita buat satu eksperimen.

tolak tuil paip sampai habis : air mengalir.
tolak tuil paip hampir-hampir habis (4/5) : air berhenti mengalir.


wah.

kalau kami tahu air yang terbuang sebelum ini dapat diselamatkan. pengajarannya. tak semua perkara boleh diselesaikan dengan tenaga kasar. perlu penggunaan sedikit sel-sel neuron otak untuk mengaplikasikan tenaga.

dalam kata lain melakukan kerja dengan berhikmah.
terima kasih kepala paip kerana mengingatkan hakikat ini.

2 ulasan:

van der shraaf berkata...

wow...amat beruntung untuk mengetahui bahawa kepala kotak itu x semestinya kosong

Uqbah Azam berkata...

haha.

pernah dengar optimum itu yang terbaik. dan bukannya maksimum?

aku rasa cerita kau macam ada kena mengena. haha. tapi tataulah.

kepalapaip: bukan jasa saya. jasa orang yang rosakkan saya awal awal.sampai kamu semua kena fikir macam macam.heheh