Isnin, 9 Mac 2009

kibarkan jalur itu

kredit diberikan kepada aiman khalifah. jalan cerita diputar sedikit bagi memudahkan bercerita.

di luar kedai makan nusantara, di mana kami berjumpa dengan arab yang fasih berbahasa melayu. kami lihat rumah-rumah sekeliling. memerhati rumah-rumah arab yang tinggi-tinggi. kami memerhati kain jemurannya.

kemudian aiman khalifah membuat kesimpulan.
"lihat rumah tu. itu rumah orang baik-baik. dia jemur jubah. ada telekung sekali. mestinya rumah orang melayu. ada jemur kain batik. tepi tu, kain pelikat."

kain pelikat. jalur-jalur. bercorak petak-petak comel.

satu idea tercetus dalam kepala kami.

buat satu post dalam blog, menyarankan orang-orang malaysia yang tertebar di seluruh dunia untuk menyidai kain pelikat atau kain batik di tempat sidaian. untuk memudahkan pengembara-pengembara malaysia, atau nusantara mencari pertolongan di kala kesusahan.

"tapi kalau macam tu, orang nak buyyah pun senang juga. tengok je kain pelikat, mereka label rumah buyyah."

4 ulasan:

aeisyulillah berkata...

Buyyah tu apa ya?
tapi dari segi penceritaan macam tak baik je.

idea yang bagus, senang nak cari orang Malaysia, hehe..
terutama bagi 'bakal' penuntut luar negara..
macam saya, InsyaAllah.

p/s: doakan kejayaan SPM kami, batch 2008... 12 mac ni.

kepalakotak berkata...

ya. selamat berjaya.

buyyah itu...

entah. tapi cuba kalau kena panggil buyyah. agaknya rasa ape.

anwar azhari berkata...

idea bernas dari kotak

nik uqbah berkata...

haha.

great. lepas ni aku ingat nak gantung kotak kotak kat ampaian rumah kau.lepas ni senang sikit nak tau rumah kau yang mana. hee~

erk. idea kau sama macam suruh judge book by it's cover. huhu~