bilik itu sempit. buku berada di mana-mana berebutkan ruang di rak-rak yang tidak cukup. antara longgokan buku-buku di lantai hanya ada ruang sempit untuk berjalan dari pintu ke meja tulis. di bilik inilah dia menghabiskan masa bergeming.
"suara kau terlampau lantang. mereka takkan boleh mempersetankan sahaja tiap tulisan kau."
"dan?"
"tentunya mereka tidak senang dengan kau."
dia mengemas lembar-lembar kertas yang berkecah di atas meja tulis. di sudut meja, sebuah bingkai gambar terlangkup. dia mendirikan bingkai itu dan memerhatikan gambar yang tersisip padanya.
"apa yang mereka dapat bila memberkas seorang renta seperti aku?"
badannya beralih. kali ini dia memandang tepat ke dalam mataku.
"aku sudah tua begini. tiada apa yang akan aku rugi. tiada apa lagi yang tinggal untuk aku kehilangannya. aku, akan mati bila-bila saja."
hening. dia melihatku tercatuk diam, dia meneruskan katanya.
"kau, juga, boleh mati bila-bila saja. kematian lebih dekat daripada kau sangka; antara nafas kau - kau menyedut udara dan tidak menghembusnya atau kau menghembus nafas tidak menarik udara lagi. tetapi, tentulah. kau ada mereka yang ingin kau lindungi."
dia memandang lagi gambar di sudut mejanya.
"mereka akan tiba sebentar lagi."
9 ulasan:
wahh..
tahniah kepalak kotak..
cis. terasa dalam ak..
x pham.
kini ak dlm bilik komputer blaja commed ngn ko. terasa ingin bertanya pd kau.
ah tept;
kau pon x pham kan kan kan?
hahaha
oo..pastu spiderman tu tembak x org jahat tu?
tanpa nama, tentu ko malu nk letak nama ko yg btol.
dan sudah tentulah ak faham setiap satu utusan kepalakotak.
hanya perlukan daya pemikiran IQ 140++
bukan susah
tak faham..ni yg nk ngis ni~
lol..
perhatikan dialog si tua yang di-italic-kan.
kaitkan dengan tajuknya.
eh silap.
perhatikan dialog terakhir si tua.
ceh tept.
ak pkai 'tanpa nama' itu bukan sebab ak malu.
tapi malas nk sign in sebab tenet kat bilik komputer tdik lembab sgt ah.
ye ah2.
tept pham laaa.
tgok hom, ko ah neh, suh ak ckp tept pon x pham.
kantoi ak bermain komen blog semasa commed.
aku tau...
exam kan....
Catat Ulasan