dan tiba-tiba hujan aku berjalan perlahan merasa bijih-bijih awan yang jatuh dari kayangan, setitik-setitik tiap satunya melanggar muka, kot, kasut dan seluar - dingin, pejalan kaki lantas berlari ke kaki lima, tergesa-gesa melewati aku; lopak-lopak itu sengaja aku pijak; seisi alam kini dalam sebuah irama tik-tik-tik-tik-tik rintik renyai lembut, alir-alir halus kelihatan pada dinding perang berdebu, turun perlahan akhirnya bersatu atas jalan membentuk sungai-sungai kecil.
aku tak kisah lenjun dalam hujan kerana ia mengingatkan sebuah tempat yang jauh.
12 ulasan:
i like it too.
hujan itu rahmat. :)
tempat yang jauh??
so nostalgic~
Suka hujan di Mesir, mengingatkan aku di Malaysia yang kerap kali hujan.
wa ske air terjun ...
>>___<<
amin, the same goes here.
bumi seakan lebih suci.
udara terasa harmoni.
nostalgia...
bunyi membahagiakan... sy nk basah dlm hujan jugaaaakkk!! T_T
hmmm....kepalakotak ini..yg d bwhkann-kiri/kann??
atau nun yg trpaling atasknn???
sampah
engkau semua cuba memahami walaupun tidak.
oh aku rindu malaysia.
tp lps hujan kt sini x de bau segar rumput hijau.
ramai orang sudah tahu cara membuka kotak.
yay!
Catat Ulasan