Ahad, 10 Januari 2010

doktorah yang lebih tua daripada malaysia

aku tersesat dalam kuliah.

aku membayangkan doktorah seorang pemandu pelancong di sebuah bandar, atau doktorah merupakan bandar itu sendiri. dia menerangkan urat-urat, pembuluh darah, arteri dan vena, berselirat simpang siur seperti memandu arah jalan-jalan di bandar.

suara doktorah serak-serak. ayatnya satu-satu, sebiji-sebiji, jelas. doktorah mencoret-coret di papan hitam. sesuatu yang kelihatan semua orang faham kecuali aku.


corat-coret doktorah dari pandangan peribadi.
aku tersesat sekitar di mana garis panjang biru bertemu dengan garis pendek merah.


setiap rinci jalan sudah berada di belakang tangan doktorah. arteri ini, dari sini turun ke bawah, bercabang menjadi arteri ini dan ini. vena ini pula akan bertemu di atas bergabung aliran dengan vena yang ini, membentuk lekuk. kemudiannya darah akan di salurkan ke vena yang ini dan ini. dari mahattah raml jalan terus sampai ke medan saad zaghloul, belok ke kiri, lintas jalan, terus lagi. akan jumpa tugu berkuda kemudian terus lagi, masuk ke lorong, masuk kanan selang beberapa kedai......

tahu-tahu saja aku berada di dimensi lain.

tenang.

senyap.

sunyi.

rehat.

gelap.

aku menemukan jalan pulang bila jam sudah pukul 11. segar.

7 ulasan:

ammar lorh berkata...

haha
amin.....
hoiii.....
akoo phm wat pertama kaliye dowh..
sbb tu akoo komen......
hahaha
luv u la bro

naqi berkata...

haha...
aku tau ape yg berlaku...

last2 aku baca sendiri je..

Meru berkata...

masuk simpang kanan..jumpe the the britch..mickey mouse berkata jgn datang, lalu donat busuk itu ditelannya..mak marah, mak kata pengembara alam cakera wala turun singgah ke bumi. itik dan ayam bertukar menjadi cyborg, sambil menyiram pokok bunga.

amek kau
ammar klu ko paham sila komen lagi

hUr berkata...

doktor tu comel laaa. saya terhibur. :p

Khairi Malik berkata...

tp aku terasa hati dgn doktor tu..cos dy tnye soklan tp aku tk jawab. aku igtkan dy tanye prg lain..pastu dy suke2 je ckp aku ni tak de suara n tk bleyh bercakap..
hai~

naqi berkata...

lol

tepianmuara berkata...

ha...skrip yang sama ntuk ak!