Selasa, 31 Januari 2012

drifters


suatu masa dulu cikgu suruh lukis gambar "cita-cita saya". majoriti kawan-kawan menggambarkan dirinya jadi cikgu. kemeja pendek tuck-in, seluar slack atau berbaju kurung biasa dengan tag nama tersemat di dada sambil merangkul buku catatan kelas.

semua kawan mencuri tengok apa yang dilukis orang lain. ada yang mau jadi askar berseragam celoreng. ada juga yang bercita-cita menjadi posmen - berdiri di samping motosikal dan bertopi keledar.

aku lukis gambar orang berseluar pendek melompat nak smash bulu tangkis.

cuba tanya posmen yang hantar surat kau tiap-tiap hari. ajak borak sambil minum teh. dulu dia lukis apa masa sekolah rendah.




Sabtu, 28 Januari 2012

cuaca

satu hari doktor tanya apa macam malaysia. sejuk ke panas.

kami pun jawab, panas dan hujan sepanjang tahun.

habis tu kamu pakai apa, baju tebal-tebal ke sebab hujan.

orang malaysia pakai nipis-nipis saja. tak perlu jaket. (kecuali kalau nak tunggang motosikal atau merempit sebab angin malam hari sejuk sikit.)

doktor pelik. sabdanya: bagaimana mungkin panas sepanjang tahun dan hujan sepanjang tahun?

doktor mungkin tak pernah dengar "hujan panas" atau "hujan di tengah hari". mahupun pelangi petang oleh sudirman. 

kalau anda selalu mendongak anda akan perasan langit sentiasa biru kat mesir berbanding malaysia yang semak dengan kepul-kepul awan bagai gula-gula kapas terawang-awang terlalu tinggi untuk dicapai dan dimakan waktu bosan.

apa pun kalau hujan tak perlu jalan laju-laju. dulu kecik suka nak main hujan tapi mak tak kasi. sini mana ada mak ayah nak marah. berseronoklah.

Rabu, 18 Januari 2012

menara gading


http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menara+gading

kalau ingat dulu-dulu kalau mengarang terutamanya pasal masa depan dan cita-cita, cikgu suruh guna ayat "belajar hingga ke puncak menara gading".

dan kalau kau tertanya-tanya kenapa menara gading kenapa tak menara lain, sebenarnya menara gading tak pernah wujud pun. orang-orang sekitar sungai buloh tau fakta ini. ada satu bukit kat sungai buloh namanya bukit gading. atas bukit tu tak pernah ada menara.

cuma ada sebuah sekolah menengah. kat kaki bukit ada simpang empat dan pejabat polis.

itu saja.

Isnin, 16 Januari 2012

tahun 2012


hi

jumlah tulisan semakin menurun dari tahun ke tahun. dulu semuanya pengalaman baru. dan semuanya yang baru lama-lama akan jadi lama. dan adjektif lama boleh disamakan dengan bosan.

bosan ni satu penyakit. otak kau bila diberi stimulus sepatutnya akan membalas dengan feedback atau output. namun otak yang bosan hanya mampu meluahkan sekadar "MEH" terhadap apa-apa benda yang berlaku di sekeliling.

contohnya:

input: professor menayangkan slide surgeri COMMANDO - rahang pesakit dibelah untuk nak buang kanser kemudian doktor sambungkan balik semuanya. ada karotid berdenyut. orang tu nampak seperti mangsa eksiden jalan raya dan sepatutnya dah mati. tapi beliau hidup kerana ni bukan eksiden jalan raya tapi satu operasi surgeri COMMANDO. 

output: meh.

hidup di mesir agak ganjil. pelik. 3 tahun tinggal kat mesir tapi tak pandai cakap arab, dan masih gagal memahami budaya arab. kalau alien benar-benar wujud kat bumi barangkali arab ialah alien.

mereka pun tak pernah faham orang malaysia dan jarang-jarang tau kat mana malaysia sebenarnya - kenapa budak-budak yang datang kedai ahmad semuanya pesan nasi + telur + ayam, kenapa tak suka makan roti dan macam-macam lagi.

semua perbezaan budaya mesir dan malaysia ni sebenarnya menarik. benda-benda yang menarik ni merupakan bahan yang elok untuk ditulis dalam blog. mana ada orang nak baca benda bosan.

kenapa orang tulis blog sebenarnya? apa maksud blog?