Khamis, 21 Julai 2011

drama: tahajjud cinta


Kalau secolet spesimen DNA yang diambil dari seseorang boleh menggambarkan seluruh sifatnya, tidak keterlaluan kalau kita rumuskan mesej dan kualiti seluruh drama siri ini dengan hanya menonton 13 minit dari salah satu episodnya.

klik sini.

Protagonis utamanya saya rasa wanita yang bernama Seri. Atau Sri. Seorang pelajar di timur tengah. Berniqab. Tetapi terselak niqab itu oleh tangan nista kawan lelakinya yang hilang kawalan perasaan. Kata lelaki itu (tak tau namanya): "dah tiga tahun kita berkawan Sri, tapi saya tak pernah pun nampak wajah awak".

Sri marah dengan tindakan lelaki itu. Dia terus-terusan mengelak dari berjumpa setelah pulang dari kembara padang pasir - berkhemah unggun api tengah padang pasir, melawat gua-gua dan makam berlitup kain hijau (saya tak tau makam apa).

"Takkan la perkara kecil macam ni awak nak hukum saya sampai macam ni sekali."
"Kecil awak kata??" tanya Sri kehairanan berbaur rasa marah.

Mereka kelihatan seperti seorang penuntut jurusan agama/syariah berdasarkan pemakaian mereka yang thiqah pada mata mana-mana orang pun. Namun tindakan lelaki itu tidak mencerminkan akhlak yang sewajarnya, sekali gus memberi gambaran yang mengelirukan tentang pelajar-pelajar di Jordan sana. (latar tempat macam Jordan sebab Mesir pemandangannya lain)

Kemudian lelaki tersebut mati dilanggar kereta yang dipandu pak arab. Mati eksiden jalan raya merupakan plot paling lapuk dalam sebuah cerita, berulang kali digunakan dalam mana-mana drama - paling kerap di Malaysia, terus dikitar semula untuk menamatkan riwayat seorang karakter. Malah lakonannya pun kurang meyakinkan - juling mata sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Tahajjud Cinta merupakan drama siri yang mengecewakan dengan tambahan mesej yang disampaikan mengelirukan, hasil dari kerakusan penerbit ingin membuat drama "Islamik" yang sedang popular sekarang ini.

Senang saja formulanya, cuma perlu tambah perkataan arab/islamik kepada perkataan cinta.

Fesyen rambut yang dipopularkan datin seri rosmah.

Kenapa mesti ada lagi elemen "Datuk Datin" ? Ada ke orang pakai baju batik tengah-tengah malam? Berpuluh tahun industri perfileman berkembang di Malaysia, namun masih gagal keluar dari kongkongan klise.


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya suka ulasan ini =)

afiq faiz berkata...

amin, ak rase mmg plot kne langgar dgn kereta lalu mati tu plot lapuk, tp dgn elemen baru, juling seblum mati itu yg menambah sedikit perasa istimewa. hak3.

nice ulasan min. :D

orang kate terlalu awal utk judge citer ni sbb baru 2 episod. tp nk buat mcm mana kalau 1st 2 episod dh gagal utk bawa 1st impression yg baik?
malah merosakkan imej Islam.
sedangkan fasa promosi itu penting utk bina sokongan seluruh perjalanan. my 2 cents.

wallahu'alam.

Muhammad Anas bin Kamarudin berkata...

best la review ni...

anwar azhari berkata...

좌절

hUr berkata...

setuju

alanflipflop berkata...

nice aminh

Syafinaz Alizaini berkata...

ahaaa..

Rahman D berkata...

satu tahniah saya berikan kepada pengarah drama ini kerana berjaya lari dari typical citer hantu,bomoh dan khurafat yang makin lama makin banyak...

Cuma isu drama ini terletak mungkin pada skripnya atau jalan ceritanya..
Menilai secara awal untuk 2episod belum mengambarkan isi penuh utk keseluruhan...

Ianya bukan satu kegagalan bagi saya ianya satu kesilapan kecil dalam menjana watak dan perwatakan dalam drama ini.

Saya yakin dan percaya Tuan Pengarah Erma Fatima mempunyai satu toniknya sendiri dalam menyampaikan message namun malang jika message Islamik yang diperagakan oleh watak-watak yang kurang islamik.

Kita boleh comparekan Cerita Nur Kasih dan cerita ini...Sama saja timbul juga kekalutan dan kekeliran tentang pelakon-pelakonnya yang islamik atau tidak...namun watak dan perwatakan telah menutup kekeliruan tentang ISU ISLAMIKnya itu.

Akhirnya menjaja filem berunsur islamik adalah bukan atas asas selembar skrip sahaja ia menitik beratkan segenap ciri-ciri yang dikatakan islamiknya itu...

Penghasilan video,filem,atau lagu sekalipun bukan atas market tinggi, permintaan ramai atau ikut musim ianya perlu ada basis keperluan yang mendesak dalam masyarakat yang berlu diberikan 100% perhatian dan message yang berguna oleh semua pengarah filem...

Akhirnya apa resolusinya ye?
heheh fikir-fikir bersama

aminh berkata...

=D>

betul rahmand.

ni tulis saja nak isi blog kosong. sama-samalah kita ikuti episod tahajjud cinta seterusnya.

dulu musim cerita hantu. sekarang musim cinta islamik pula.

aku tak suka cerita ada datuk datin. oldskool sangat.

Rahman D berkata...

amin btw,satu post yang nice menunjukkan realiti sebenarnya kita di malaysia...
-Klise
-typical
-harus ada nada baru

Khairi Malik berkata...

erm, sangat stuju terutama bhgian tambah perkataan Islamik sahaja di depan.

Setiap cerita ada pengajaran. Hopefully cerita ni ada lah pengajaran dia di akhir episod nanti.

Sakinah Ismail berkata...

mungkin perlu ada pengarah-pengarah muda yang berfikiran anti klise.

apa tunggu lagi?

-ImanAzlan- berkata...

tahajjud cinta, tasbih cinta, telekung cinta, sejadah cinta, hajat cinta, taubat cinta, rawatib cinta, terawikh cinta, etc

Thaaqhib Mohammed berkata...

RahmandD : kak erma mmg agresif jugak dalam karya pan-islamik ni, cuma, secara peribadi, saya kurang gemar ketulenan syariatnya

Kak Erma perlukan sokongan dan peneletian syariah islamiah yg lebih mendalam. Perlu agamawan yg begitu tegun memerhatikan beliau

kerana karya seni itu suatu kuasa besar era ini

Rahman D berkata...

thaaqhib,saya juga agak mengikuti perkembangan erma fatimah..selepas beberapa drama dan konsert seperti sirah junjugan dan beberapa teater yang dihasilkan oleh dia sendiri,ternyata kesungguhan dia bergerak utk menyampaikan sesuatu,itu patut kita sokong..namun penelitian dan sumber rujukannya haruslah diperhalusi agak keadaan dari sudut ketulenan dan isu2 yang skeptik tidak akan timbul...apa yang terlintas sekarang nih perlunya pengarah-pengarah yang ingin menghasilkan cerita-cerita islami dipantau oleh oleh yang berilmu dan mahir dari sudut syariat seperti enta thaaqib agar tidak akan timbul salah-faham tentang islam

wallahualam

Nurul Athirah berkata...

tak best. tapi okey la bukan citer hantu.

sy ta ske org hipokrit.