encik bena expectorant baru-baru ini membangkitkan isu tentang tidur. atau lebih tepat lagi pengsan. kerana tidur selalunya berlaku secara sengaja, diniatkan. tetapi dia tanpa tidak sengaja hilang kesedaran lantas berpindah sebentar ke alam lain. tiada siapa boleh disalahkan.
berdasarkan pemerhatian, sebelum pengajar melangkah masuk ke kelas@bilik kuliah semua pelajar dalam keadaan terbaik, bertenaga, cergas. bermulanya patah perkataan pertama terbit dari mulut pengajar, terdapat penurunan tahap kecergasan pelajar secara mendadak.
sebaliknya jika pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran, pembacaan dan ulang kaji larut malam jarang-jarang berlaku penurunan tahap kecergasan yang mendadak.
berdasarkan 2 situasi diatas, kehadiran pengajar menjadi pemboleh ubah manipulasi. kewujudan pengajar mencetuskan fenomena "pemerosotan kecergasan mendadak" atau "pendodoian beramai-ramai". mungkinkah gelombang hipnotis mampu dijana oleh seorang manusia dan memberi kesan terus-menerus terhadap lebih kurang 100 orang pelajar?
satu konklusi yang mutlak tidak boleh diungkaikan berdasarkan pemerhatian ini sahaja kerana terdapat juga faktor-faktor lain seperti persekitaran yang tertutup, niat pelajar dan macam-macam lagi yang perlu dikaji lebih lanjut demi memastikan masa depan pelajar terjamin.
tidur tangga kejayaan. berikan tubuh rehat secukupnya.
(jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri)
-iklan-
penternak kucing, pecinta ibu (kami juga), pembenci israel (kami juga) dan perempit sambilan. penternak kucing? boleh lawat ke lamannya dengan satu klik di sini.
3 ulasan:
kan sudah ku katakan...tidur itu adalah hakikat...
satu lagi fakta ttg tidur:
tidur boleh memecahkan lemak....
so, kalo rse2 berat dh brtmbh,
byk2kan la tido yek..
hek2
salam ziarah...
tido nikmat utk mata...
tido ibadah yg ramai suka..
but,
tido memendekkan usia...
mngapa ingin dipendekkn lgi usia yg dah sediakala pndek kan?
so,pndai2 la kawal tido...
lgi2 tyme winter nie..
ayat cikgu addmath sambest dl dikala semua tido2 dlm kelas...
"kamu ni x malu yer tido lelaki perempuan satu bilik?"
Catat Ulasan