Di antara dua kelemahan.
Begitu disifatkan usia remaja.
Sebelum remaja kita dikurniakan dengan tenaga yang banyak. Cukup banyak. Jika diperhatikan kanak-kanak kecil bermain, kita pastinya kagum dengan stamina yang mereka miliki. Mereka berlari, ketawa, terjerit-jerit semasa bermain selama sejam atau lebih. Kemudian mereka rehat sebentar dan sambung semula.
Namun pada peringkat usia kanak-kanak kita tidak dikurniakan dengan kematangan akal. Dunia dari sudut pandangan kanak-kanak ialah dunia yang mudah, penuh keriangan tanpa perlu memikirkan perjalanan hidup mereka kerana ada ibu bapa yang membuat keputusan.
Tanpa kematangan akal itu tadi kita tidak mampu untuk menafsir sebetulnya realiti yang wujud dalam dunia. Spiderman melompat tinggi atau mengeluarkan tali-temali dari tangannya tidak dirasakan mustahil. Atau semasa ultraman berlawan dengan raksaksa, berapa banyak angka korban akibat ultraman jatuh atas rumah-rumah dan kediaman; tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.
Ketuaan pula, adalah kembali menjadi lemah. Pada usia tua keremajaan sudah hilang, tenaga menjadi pudar setelah tahun demi tahun berlalu. Walau dengan akal fikiran yang matang dan mampu berfikir jauh ke depan berdasarkan pegalaman hidup, namun sudah tidak secergas masa remaja-tidak punya daya yang banyak.
Dan ada juga pada usia tuanya fikirannya menjadi susut. Ingatan pudar, pelupa dan nyanyuk. Kita tidak mampu mengurus diri sendiri dan perlu dibantu, balik semula seperti kita masih bayi dahulu. Disuapkan dan dimandikan.
Penyakit mula datang dengan banyak dan badan kita tidak mampu untuk sembuh dengan seeloknya seperti waktu muda dahulu. Sedikit demi sedikit daya kita hilang. Mata tidak cerah. Telinga kurang menangkap. Langkah mengurang dan semakin mengurang. Nafas memendek, menjadi singkat, hingga pada akhir usia: kita tidak mampu lagi bernafas.
2 ulasan:
membuatkan saya berfikir...
askum..
amacm kat ukm?
so far so good ke, no good?
weh,updte ar blog ko ni kerap skit...
pe la hang
Catat Ulasan