kami pun jawab, panas dan hujan sepanjang tahun.
habis tu kamu pakai apa, baju tebal-tebal ke sebab hujan.
orang malaysia pakai nipis-nipis saja. tak perlu jaket. (kecuali kalau nak tunggang motosikal atau merempit sebab angin malam hari sejuk sikit.)
doktor pelik. sabdanya: bagaimana mungkin panas sepanjang tahun dan hujan sepanjang tahun?
doktor mungkin tak pernah dengar "hujan panas" atau "hujan di tengah hari". mahupun pelangi petang oleh sudirman.
kalau anda selalu mendongak anda akan perasan langit sentiasa biru kat mesir berbanding malaysia yang semak dengan kepul-kepul awan bagai gula-gula kapas terawang-awang terlalu tinggi untuk dicapai dan dimakan waktu bosan.
apa pun kalau hujan tak perlu jalan laju-laju. dulu kecik suka nak main hujan tapi mak tak kasi. sini mana ada mak ayah nak marah. berseronoklah.
2 ulasan:
amin, guess what? jumaat minggu lepas aku,baem dengan afiq karim main hujan.
Best!
nikmati cuaca mesir puas2, nanti rindu.
Catat Ulasan