Rabu, 30 November 2011

irony: rasa-rasa besi


+ huh kau, typical melayu.

- typical melayu menganggap orang lain typical melayu.

typical melayu menganggap orang lain typical melayu menganggap orang lain typical melayu.

typical melayu menganggap orang lain typical melayu menganggap orang lain typical melayu menganggap orang lain typical menganggap orang lain typical melayu.



...dan seterusnya.

Selasa, 22 November 2011

1-1


saya harap fakri saarani akan ada kelahiran semula. banyakkan berlatih dan bukannya main fifa 12 atau skyrim yang best.

Rabu, 16 November 2011

sepatutnya


Tak ada siapa patut keluar dengan cuaca sebegini. Semuanya yang kelihatan tadi sekarang diselubung kebiruan langit dan kabus. Bintik-bintik air melekap pada tingkap jernih. Dengar bunyi ketukannya perlahan ingin masuk ke dalam. Sebentar sahaja angin menerjah tetapi kemudian cepat-cepat tingkap ditarik.

Semua orang sepatutnya berada di rumah. Kaki bawah selimut. Di ruang tamu dengan pemanas di tengah-tengah ruang. Satu meja kecil, satu set teko, teh dan biskut kering. TV terpasang melaporkan keadaan cuaca dan cerita kartun diputar selepasnya.

Hanya dengan dingin ini kita dapat menikmati hangat.


Sabtu, 12 November 2011

sebatang kali

Hidup sebatang kali
memanjat undakan batu dugaan
turun di jeram curam dan tajam
menghilir hayat ke muara.

Menjadi sebatang kali
bertemu persimpangan kuala
biarlah engkau menjadi kecil,
 diamnya mengutip zat-zat halus
senyap alirnya dicari selalu
dirimba manusia sering bermuka.

Usahlah kali bertukar
amukan arus ganas,tanpa
mengira jurus apa dituju
mengapung budi bangkai berbau.
dari asalmu air di hulu.

Sepanjang  penghidupan sebatang kali
lepaskanlah alir jasamu ke laut
kelak meng-awan dilangitkan
jatuh tumpah kembali
menyubur bumi. 


-untuk tepianmuara, sebelum lepas menjadi laut. 

Jumaat, 11 November 2011

miss call


seorang yang bijaksana telah berkata: jangan mencari bahagia bukan di tempatnya.

kalau tercicir sebentuk cincin pada malam hari, secara logiknya carilah di mana jatuhnya cincin itu. buka mata luas-luas dan meraba-raba tanah jika perlu.

dan akulah orang yang terus berkeliaran bawah tiang lampu sebab cuma di situ ada cahaya walaupun barang yang tercicir tersorok dalam gelap.

cuba korang miskol jap.

Khamis, 10 November 2011

merenung api


api di sahara seperti air dalam hutan.
merenung api adalah sebuah hiburan bila tak ada internet. panaskan badan. halau nyamuk. sambil melihat api meliuk mengikut arah angin, kadang-kadang butir-butir baranya terbang ikut sekali. pikiran pun terus tenang seperti api perlahan-lahan menjamah kayu kering yang berkeriang-keriut bila dipatahkan api. sesekali bara api dijolok-jolok walaupun tak perlu.

jam 2 pagi, bulan pun hilang. bintang jadi lebih terang. kayu pun habis. rasa mau melompat masuk ke dalam bara. sejuk makin sejuk. malam ini macam selamanya malam.