Rabu, 24 Ogos 2011

lau

pada satu hari ni, kami sengaja lambat ke kelas. encik hosam pun jarang datang awal. tepat jam dua petang baru kami bergerak (kelas sepatutnya mula jam 2) , tak menahan teksi bahkan kami naik tram - pengangkutan yang paling kurang pantas di dunia.

bila lalu di satu lorong ni, seorang tua renta bertongkat dengan bengkung leher terketar-ketar menapak langkahnya. rupanya pucat dan tak ada yang menemannya jalan. mungkin tua ini lari dari wad kerana marahkan anak-anaknya lalu mengambil teksi untuk pulang seorang diri ke rumahnya yang kosong setelah isterinya meninggal. atau mungkin dia tak pernah berkahwin pun dan hidup sendirian.

apa pun, berjalan bukan kudratnya dan dia terpaksa menyerah kepada sakitnya. dia berhenti menapak dan melihat gerun anak-anak tangga dihadapannya untuk naik ke atas. naratif ini berlaku semasa kami sedang berjalan ke arahnya lebih kurang 10 meter untuk menuju ke stesen tram.

bila menghampiri si tua, dia menggumam perlahan seolah-olah ayatnya tertelan dan suaranya tersangkut-sangkut dengan kahak. kawan aku lebih dahulu terkehadapan. aku pula kurang menangkap suara si tua. namun dalam situasi begitu, bahasa lisan bukannya alasan untuk tidak faham maksudnya. ada bahasa kemanusiaan yang paling asas: meminta pertolongan.

pada waktu itu litar logik aku seakan menemui ralat sintaks. ada kelas yang sedang aku terlambat datang. ada pula orang ini. perbalahan moral - membantu orang tua menentang kepentingan peribadi - namun alasannya cukup kukuh; terlambat ke kelas serta tambahan, mana mungkin tak ada pemuda lain yang akan lalu di lorong ini sebentar lagi yang akan membantu. di hujung lorong ada si penjual sayur, dia pasti akan membantu.

aku mengambil keputusan untuk terus berjalan tak mempeduli. lagi pun wajah asing seorang malaysian tentunya dianggap tak faham bahasa arab, dan aku pun pura-pura tak faham.

rasa sesal sekejap saja datang selepas itu menyerbu menerjang tak henti-henti sehari suntuk.

kalau-kalau itu cuma pementasan babak konflik seharian rancangan "lau kaana bainana" , barangkali wajah aku akan dikaburkan kemudian akan dinasihati oleh pengacara program (yang menyorok di belakang tangga) dengan hadis buat tayangan umum satu mesir. tv alhijrah pun dah lama menyiarkan rancangan ini di malaysia.


-mengisi kekosongan blog dan masa pada bulan ramadan-

2 ulasan:

a wanderer. berkata...

alamak kesiannya pakcik tu..

tp skurang2 nya kesedaran yg timbul akan baiki kesimpulan akhir pd masa akan datang.

meletakkan diri pd tmpat insan2 sebegitu sering menarik2 hati untuk memberikan pertolongan tanpa sebarang alasan.

apalagi meletakkan kedua org tua di tempat mereka.oh pastinya xtergambarkan.

Khairi Malik berkata...

Aku rasa pak tu akan faham