Ahad, 26 Jun 2011

fragmen #5


dulu-dulu, saya pernah mencuri dua ekor ikan bilis yang belum disiang dari dulang atas meja, kemudian berlari ke bilik air dan melepaskannya dalam kolah.

ikan bilis itu terapung. bergerak-gerak antara riak dan gelombang air. saya cuit sedikit, namun tak ada respon.

saya keluarkan ikan bilis itu dan letakkan pula yang satu lagi.

sambil menunggu ikan bilis itu berenang saya menampar-nampar permukaan air dan mendagu pada kolah yang basah.

2 ulasan:

h n f h f z berkata...

dan apabila ikan itu masih tiada respon, saya memasukkan mereka kedalam mulut sy. sbb nak tunggu azan lmbat lagi,saya pun dah lapar. ape salahnye..

Syafinaz Alizaini berkata...

saya letak ikan bilis dalam toilet dan terus flush.semoga dia bahagia di sana