Sabtu, 14 Mei 2011

rumah

keluasan dunia yang sentiasa sedang berkembang ketika baris ini ditulis menjangkau planet, galaksi dan bintang - dan kita disini menyewa ruang beberapa meter persegi dalam sebuah bandar dengan penduduknya berjuta; digelar rumah. kalau hidup itu perjalanan kitalah kelana, tubuh ini kenderaan diberi pinjam oleh tuannya, dan ruang rumah ini semacam parkir.

malam ketika tidur kita memarkir. terhindar dari embun, hujan, angin, puing, petir, ribut, perampok. mudah-mudahan juga dalam lindungan tuhan.

kebosanan adalah penyakit dan idea-idea ini analgesik sebentar. mata cuma melihat apa yang ingin dipercaya dan setiap seorang hidup kerana kepercayaannya.

Tahu mengapa aku sayangi kau lebih dari siapa pun? Karena kau menulis. Suaramu takkan padam ditelan angin, abadi, sampai jauh. -Bumi Manusia, Pramoedya Ananta Toer

3 ulasan:

penyewa parkir berkata...

tapi awas.
tempat parkir itu sering menjadi mangsa perampok masa kini.

kepalakotak berkata...

ada rumah kene pecah ke?

penyewa parkir berkata...

ya.
semakin berleluasa malahannya.

oh,apa nak jadi dgn dunia?