Rabu, 1 Disember 2010

rujukan

Dua belah kening Professor terangkat, dahinya sekali berkeredut. Jalur-jalur tuanya semakin jelas. Tanyanya: mana rujukan awak? Kemudian tangannya terketar-ketar - barangkali menahan marah dan menyelak satu-satu helaian asainmen bertulis. Dia lihat nota pada muka surat terakhir, pada belah bawah. Tersenarai url panjang, 'en.wikipedia/...'.

"Wikipedia is not a reference!!" herdiknya.


apa yang tertulis di atas cuma dramatisasi dengan sedikit tambahan perisa emosi sahaja. namun yang lebih dahsyat boleh berlaku.

sekiranya menyalin tampal artikel wikipedia, gunakan daftar "reference" di bahagian bawah sekali. ini mungkin dikira menipu namun terdapat sedikit jalur kebenaran kerana artikel yang disalin dirujuk dari sumber bawah daftar "reference", bermakna anda juga merujuk kepada rujukan-rujukan itu. istilahnya dalam inggeris, "white lie".

kalau wikipedia bukan rujukan, apa sebenarnya wikipedia?

2 ulasan:

Khairi Malik berkata...

amin, nak tahu x kenapa? tengok ni..
wikipedia = The free encyclopedia that anyone can edit.

http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia

N berkata...

wikipedia adalah rujukan utk mencari rujukan lain (kata-kata pensyarah aku)

dgn kata lain, wikipedia ni tak valid kalau digunakan sbg rujukan assignments. ia boleh la digunakan kalau utk cari bahan rujukan lain dgn guna keywords/references dlm wikipedia tu sendiri. faham tak? pening aku baca komen aku sendiri.