aku berselisih dengan dia lebih kurang 2 saat. ketika itu dia sedang menolak troli ais krimnya sepanjang jalan tepi laut. troli aiskrim zizou berhias gambar aiskrim sekop perisa coklat, strawberi, mangga, vanilla, pistachio; berlatarkan biru sejuk dan empingan salju. dan turut ada potraitnya menongkat dagu sambil bahunya senget sedikit memandang tiga ratus meter kehadapan, tersenyum. dalam tulisan jawi besar warna merah, tertulis " aiskrim zizou".
berlawanan dengan pengiklanan troli aiskrimnya, zizou yang sedang menolak troli aiskrim lenjun dengan peluh. bintik-bintik keringat penuh di dahinya dan leher. baju yang zizou sedang pakai sama dengan dalam gambar potraitnya - kemeja coklat berbintik halus warna krim.
selepas berselisih 2 saat dan meneruskan perjalanan kami yang bertentang arah, aku terpikir kenapa zizou letakkan potraitnya pada troli aiskrim.
5 ulasan:
dia ad kencing manis
halusinasi
kenapa ak rasa mcm nk gelak bila baca post ni?
xlawak pon
iklan deodorant?
dlm portrait dia hnya memandang 300m kehadapan.
di dlm dunia sebenar, dia pergi jauh dr itu.
portrait itu dekat dengan aiskrim.sejuk.tp dia sdg berpeluh2.
baju sahaja yg sama.
ok,x mnjawab soalan pon.
Catat Ulasan