Rabu, 1 April 2009
kuasa kotak
kisahnya warga-warga petak dan kotak ingin membuktikan kehebatan mereka, dibandingkan dengan warga-warga bulat dan sfera.
mereka mengemukakan kehebatan masing-masing.
warga bulat: roda-roda kenderaan bulat. tayar juga bulat. kalau roda dan tayar kotak, penumpang bas tak lena kerana perjalanan kasar dan terhentak-hentak.
warga kotak: kotak dibuat berbentuk kotak (kiub dan kubus). kotak gunanya simpan barang. dari kotak televisyen hinggalah kotak tisu. kalau kotak tak kotak dan berbentuk bulat atau sfera, maka berguling-gulinglah kotak, mudah hilang, barang rosak.
warga bulat: bola bulat. letak satu bola tengah-tengah padang, tambah 22 orang pemain, berjuta orang terhibur.
warga kotak: skrin televisyen dan komputer, kalau kamu tak sedar, bentuknya petak. skrin bulat tidak memberikan paparan yang sepenuhnya.
warga bulat: planet-planet, matahari dan bintang sfera. sfera satu bentuk yang sempurna, punyai ukuran jejari yang sekata.
warga kotak: (habis idea. berfikir sebentar. kemudian bersuara yakin) kotak mampu mengubah nasib negara, malahan dunia!
warga bulat: tipu. heh.
waga kotak : mana ada. ini buktinya.
-selamat mengundi bagi siapa-siapa saja yang akan mengundi, di mana-mana saja anda. -
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
mcm2 r ko
belit2 gile otak
kalo ko blaja psychiatry kan, ade satu disorder tuh name die schizotypal personality disorder,,
aku rase ko ni schizotypal r
wateve,, asal ko bhgia,,
haha,
x pernah pon nak terpikir pasal kuasa kotak ni..
nice post..
disorder?
aku rasa sehat je.
hmmm...semua mempunyai peranan masing2 belum tiga segi menyampuk dan bentuk2 lain bertandang...maka fikirkan2 peranan kita di mana shaja kerana jika tiada satu benda maka pasti akan ada yang tak kena....
bila digabungkan semua bentuk---maka terjadilah sebuah demensi 3D yang menarik...hehehhe
weh
fiuh. kau banyak fikir lahh. hehe.
tapi baguslah kan.
so, sape yang menang ni? warga kotak ke warga bulat?
hmp. mesti la warga kotak kan. kalau kalah malu lah penulis blog nii. haha.
Catat Ulasan