Khamis, 5 Mac 2015
D&D
Datuk membelek fail. Muka depan sekali aku letak SPM.
"Tengok ni Doktor. Bersusun A dia."
Doktor membengkokkan badan, mengangkat keningnya melihat sekeping sijil itu. Ujarnya, "Result saya pun tak macam ni," sambil ketawa kecil.
Datuk mengalihkan pandangannya ke muka kami. Dia bertanyakan fail siapa ni dan membacakan nama pada sijil tu. Aku menyahut perlahan.
"Awak boleh pergi mana-mana pun dengan result ni. So, is medicine your first choice?"
Aku jawab tak. No. Saya tak pilih medik, saya cuma jadi anak yang taat.
Selang beberapa soal-jawab dengan calon temuramah yang lain kemudian, Datuk kembali kepada aku. Tanyanya, "So, have you fallen in love with medicine?"
"No. Belum pernah."
"Haa?!" Doktor terkejut. Kali ini dua keningnya diangkat tinggi lagi dan dahinya berkeredut. Dia membongkok ke depan, keluar sedikit dari kerusinya.
Kaget, aku tanya kembali apa soalan tadi. Takut-takut aku tersalah dengar sebab doktor nampak terkejut benar.
"Have you fallen in love with medicine after 6 years?"
"Ooo. Nope."
"Habis tu macam mana..." Datuk kehabisan perkataan untuk disusun menjadi satu soalan susulan. Air mukanya tetap tidak berganjak dari ketenangannya.
"Dulu masa first year, saya kata nak quit. Boring medik ni, tak minat. Tapi parents suruh sampai tahun klinikal. Sampai tahun 4, saya kata jugak nak quit. Kawan kata dah separuh jalan. Habiskan je lah. Lagi pun kita cuma ada SPM. Rugilah. Bila dah habis belajar kita cakap tak nak jadi doktor; orang kata gila. Jadi, saya pun macam tu lah (sambil angkat bahu). Lagi pun apa pilihan lagi saya ada."
Datuk dan Doktor angguk perlahan mendengar penjelasan aku.
Datuk pandang aku. "Baguslah awak. Honest. Jadi doktor ni, kita perlukan passion. Kita berurusan dengan nyawa orang. Kita pun memang ada masalah, doktor-doktor ponteng, tak datang kerja. So I hope you'll find that passion somewhere along the road."
Kemudian Doktor jelaskan pada kami apa yang perlu kami buat kalau tak mampu untuk datang kerja. Minta cuti bergaji atau tanpa gaji dari bos. Jangan MIA, tiba-tiba hilang. Nanti rekod peribadi buruk. Aku iyakan semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
tolong doakan aku lulus jugak min!
salam, pasal taat pd ibu bapa, akak pon ada cerita tersendiri, akak ada dua org je adik beradik, and akak yg pandai, sdgkn adik akak biasa2 je, waktu kecik dulu akak minat melukis, tp mak akak buang barang2 melukis akak dan ckp nak jadi apa besar nanti, dia suruh jadi doctor, so dari kecik sbb akak yg pandai so dia bharap benar agr akak jadi doctor,ialah 30 tahun lepas doctor tu macam gah la kn, waktu kecik dia tak bgi akak spend masa dkt benda2 yg akak minat esp pasal seni tp suruh baca buku, bila waktu form 4, dia suruh akak pergi mrsm, akak tak nak,sbb akak tak minat,tp ibu akak suruh habiskan je sekolah dkt mrsm,habis mrsm, lepas matrix, akak nak apply kos sains politik/ekonomi,benda yg akak minat,tp of course mak akak nak akak jdk doctor sbb katanya kos yg akak nk tak ade keje, terpaksa akak gagahkan diri,lupa nak cerita,akak jugak dpt tawaran and scholarship ke luar negara tp tak pergi bgi mcm2 alasan sdgkn sbb sbenar akak je tau, akak mmg takut flop siapa nk ganti dkt sejuta kn, bkn sbb tak boleh buat tp sbb tak minat and risau fail, bila smbg degree nak keluar,katanya tunggu setahun, lepas setahun nak keluar, katanya da setahun rugi kalo tukar kos, asyik kena tipu dgn mak akak je, so habis la belajar, bila masuk kerja,hari2 aku nangis,tiap2 hari berduka, duit gaji sesen pon tak simpan,damage control sbb stress, so mmg selalu bershopping tok tenangkn pikiran,gaji sesen pon tak tinggal tp hati masih gelisah, nak berhenti tp u know mengenangkn pmintaan ibu bapa pnya psal, boleh buat tak bermakna kita suka,lepas 4 tahun kerja akak xtahan, akak quit,tu pon lepas kes aku nk separuh gile je rasa silap hb masuk tg rambutan, akak duduk je dkt rumah tak buat apa2, mak akak risau sbb anak dia tak nak kerja,time tu hidup kacau bilau gak sbb tekanan 4 tahun kerja, tp lepas tu akak start cari kekuatan diri, start research apa yg akak boleh buat dgn degree akak, so akak tahu ada sorang ni lgsg tak ambik ho tp smbg master and jadi pensyarah medic, gaji pensyrah medic siap ade elaun khas walau dia tak ambek ho,ada sorang ni jdk penjual insurans terbaik smpi melancong gi oversea, byk actually org yg quit jdk successful, as long ko minat, so dont give up, akak ni dah tua, tak ada family, tak ada kerja, semua mengenangkn pmintaan emak,kononya dia tahu the best for me, lupa nak cerita, kawan 1 batch akak yg smbg political science skrg dah kerja dkt us,adik akak yg tak pandai tu belajar top universities kos business dan dkelilingi2 jutawan2.aku?sudah2 lah parent nak tentukn masa depan anak hanya sbb budak tu pandai,tgk adik aku yg tak pandai tu,dia buat benda yg dia minat sudahnya dia berjaya dr aku yg buat benda aku tak minat,anyway, pesanan dr cerita akak, buat apa yg adik minat, tp kena lah research habis2an,lupakn harapan org,sbb harapan org la aku dah berumur dgn tak ada kerja, tak ada family,apa pon tak ada,tp akak baru berdiri dengan kaki akak balik and pursue bidang yg akak minat dlm bidang seni, akak tahu mak akak kecewa but dia terpaksa sokong dari aku duduk menganggur dlm rumah tak buat apa.even umur akak dah tua, akak rasa selagi hidup, tak ada apa yg terlambat, buat je apa adik suka, but research apa yg betul2 adik minat,akak pon gamble gak, peluang pekerjaan pon akak xtau ada ke tak.yg akak tahu, akak ada minat yg mendalam dan akak suka, adik boleh smbg belajar master dlm mba, health communication kt usm ke, and boleh lari masuk bidang lain,jgn jdk mcm akak, akak bertahan smpi nak separuh gila, lepas quit pon still tak boleh berfikir dgn waras, better quit time otak ko still waras, so ko boleh plan masa depan ko baik2.good luck, reserch betul2, byk je bidang lain selain medic
Catat Ulasan