Jumaat, 30 September 2011

derbi lembah klang


separuh masa pertama kl mendahului dengan satu gol. ultras kl terus tertari-tari dan melompat. baki 95 persen penonton yang berbaju merah kuning terpaksa sakit punggung dahulu ketinggalan tanpa jaringan.

bila masuk babak kedua, selangor sumbat sebiji. minit 50 lebih kurang. pak cik sebelah - umur lebih setengah abad yang dari tadi menghabiskan gudang garam batang demi batang, sekarang tersenyum lega sedikit. satu stadium gempita dengan sorak.

kemudian sorak surut. tiba-tiba belakang aku basah. seorang kakak kat belakang baling air. muka masam berkerut. marah. laki yang duduk disebelahnya segan. dalam banyak-banyak hari, masa macam pula break-up.

kakak tu terus menuruni anak tangga dengan langkah menghempas. sebelum membelok ke pintu keluar dia pandang kami semua, dari mulutnya terpacul: "selangor babi".


Ahad, 18 September 2011

teluk belanga

entah kenapa aku ialah seorang pelancong dari kl yang butthurt di seberang tambak. dari jb pun dah boleh nampak bangunan dan cahaya di pulau sana namun suasananya lain, macam dah oversea.

orang jb dan singapura tutup kedai jam 9 malam.

dan jangan percayakan gps. tanyalah orang setempat.

Isnin, 12 September 2011

eksiden di malaysia

tekan hon. orang malaysia yang rata-rata sopan dan bertertib jarang menekan hon. asalnya hon dicipta untuk mewaspadakan pemandu lain akan apa-apa bahaya. tetapi hon kerap disalah guna untuk mengekspresi rasa tidak sabar bila tersangkut di jalan raya.

mungkin bermula dari situ, mengehon dianggap biadap dan tidak bertamadun sehingga jarang-jarang ditekan hon walaupun dalam situasi yang memerlukan.

bila perlu mengehon?

bila menunggang motosikal dan memotong kenderaan yang lebih besar. tekan butang hon seenak-enaknya demi nyawa anda. perhatikan foto motor-motor yang berakhir di bawah dan celah-celah tayar lori dalam surat khabar atau blog.

bila pemandu depan memandu berliuk-liuk, tiba-tiba saja masuk line, atau terlupa memberi signal. barangkali pemandu hadapan seorang noob yang belum masak dengan peraturan jalan raya.

bunyi hon mencemar bunyi serta menjengkelkan. namun pencemaran ini berbaloi dan lebih murah berbanding dengan nyawa yang dapat diselamatkan dengan hanya mengehon.

perlu ada kempen di malaysia dengan tema "HON UNTUK NYAWA ANDA".