Khamis, 6 Januari 2011

"Burger Keju : Adakah Lebih Lazat Jika Ditambah Satu Lagi Patty Dan Ekstra Sos."


hidup sehari-hari di iskandariah sebagai pelajar kuliah perubatan agak monotonus - enam hari berkuliah dan sehari khas tidur lajak ke tengah hari. berulang-ulang. repetitif. macam pemain cakera hitam yang rosak.

sekali sekala kita akan dikhabarkan ada forum, talk, panel dan ceramah. selalunya berkisar isu menjadi doktor, apa yang ada selepas berjaya menamatkan tahun pengajian, bagaimana untuk berjaya. namun pada hemat saya, semua isu dan hal yang dibincangkan sebenarnya berat sebelah.

forum ditujukan untuk mereka yang mahu menjadi doktor. belum pernah diadakan forum untuk mereka yang tak bercita-cita, atau tidak membayangkan diri mereka sebagai doktor pada masa hadapan. tak semua pelajar perubatan mahu menjadi doktor.

apa bezanya? bezanya, pelajar yang mahu jadi doktor mereka positif dan bermotivasi. dalam dada mereka terbakar kata-kata semangat berusaha, harapan, cita-cita. mereka berada di lorongan yang betul, yang sudah dicita-cita mereka. objektif mereka jelas. seperti pelari trek 100 meter; apa yang perlu mereka lakukan hanya berlari ke garisan tamat.

segolongan pelajar yang lain, sebaliknya tidak begitu bernasib baik - tidak terbentang laluan lurus terus ke puncak impian. bahkan tercampak dan keliru. tercampak ke ruangan yang bukan mereka inginkan. mungkin kerana terpaksa dan lain-lain. semua yang dilakukan berat, tanpa minat. berbanding pelajar yang mahu jadi doktor, mereka minat dan suka, tiada lagi persoalan lain.



ok.

7 ulasan:

Syafinaz Alizaini berkata...

mahu jadi manusia..

tepianmuara berkata...

haaa.

"aku nak amik bidang berkaitan kimia"

sebab tu aku pelik kenapa kau ambil medik.

redahkan jelah.

anwar azhari berkata...

tanam koko

x pn melancong ke Bali.
sbb kata pengesahan ak ialah "balli"

Unknown berkata...

bagi menjawab persoalan tajuk post, yup mmg sedap...


*just dropping by

ameng ameng berkata...

pdan muke!!
'nak sngat jd dokter'

Tanpa Nama berkata...

Amin, touching post. but this applies to even my course, which is architecture. zaman-zaman BSc dulu memang ramai yang ada dalam course tu pasal terikut perubahan semasa. paling kelakar alasan masuk senibina; arkitak dalam cerita2 korea hensom2 belaka. Tapi tak apa. sekurang-kurangnya dia tamatkan pengajian dengan jayanya.

Berkongsi sedikit. My batch began with 72 students. By the end of our third year, tinggal 18 orang. Graduate on time cuma 12 orang. Kebanyakkan cicir, tapi separuh dr kelas either kena dismiss, or keluar. Berbalik kepada root cause; kenapa jadi mcm tu. Simple saja sebab.

Tiada jiwa dalam line tu.

Truthfully speaking, I am not 100% in this line, but my interest is genuine. It can either be soul in a particular line, tak kisah la, medic or architecture. But in my line, it could be either soul, or agenda. I don't have complete soul, but I have a solid agenda. Sayang, you guys cuma boleh ada soul, sebab i believe in your line agenda doesn't really work. Medic bermain dengan nyawa, so tak ada alasan nak jadi doktor ala-kadar.

We should go back to basic. Quality over quantity. The amount of people who carelessly say 'I wanna study medic' without understanding the reason why they want to do so is sickening, and parents who simply applauded the idea and gave their 100% support simply made it worse. Its good to have lots of doctors around, but it's just plain sick to have doctors yg tidak berjiwa.

I believe before anyone's rewarded with scholarship or loan to study medic should be interrogated the same way police interrogate suspects. YOu just don't study medicine because you get straight As in SPM or STPM or because your parents are wealthy. YOu study medicine because you are passionate about the subject, along with WHATEVER that comes after it. Please consider the aftermath. Maybe anda boleh successful pada peringkat study, tapi pernahkan anda fikirkan apakah yg akan menyusul sebaik anda tamatkan pelajaran dengan jayanya? Jika tidak pernah pertimbangkan the aspects AFTER you graduate, as how my lecturers said back in my BSc. years, "Pack your back and begone. You are better elsewhere." Kejam, tapi benar. 6 years of study is nothing if compared to a lifetime of practicing. Your choice, but make it a wise one.

Ampun jika terasa. Just my two cents.

kudus roslan berkata...

like this one