Selasa, 24 Februari 2009

anugerah pencapaian luar biasa kepalakotak (APLBK)

sidang kepalakotak telah menobatkan mereka yang istimewa, kerana kecekalan mereka dan pencapaian yang telah ditunjukkan. mereka bukan calang-calang orang.

1. anugerah optimisme luar biasa : tanpa menghiraukan pecahan kemungkinan yang teramat kecil untuk barang pasarannya dibeli, usahawan ini terus menjaja di kaki lima. dengan teknik pendekatan secara terus, beliau sepenuh upaya memikat lalu-lalang. benar, walaupun mainan anak ayam kecil buatan china yang dijaja kelihatan tiada harapan beliau masih melihat dalam cahaya positif, terus berusaha pada jalan yang halal. lebih baik daripada mengemis. dimenangi oleh pakcik penjual anak ayam mainan di tepi kedai roti.
tiada gambar. diskripsi : pakcik lewat 30-an kurus berhidung mancung membawa 2 atau 3 anak ayam mainan kuning bercangkung di tepi kaki lima, selalu dilihat sedang memusing kunci mainan tersebut. kemudian mainan ayam dibiarkan bergerak-gerak seakan mematuk tanah di atas dulang besi atau carikan kotak.
2. anugerah kasih hingga ke hujung nyawa : berjaya dirangkul oleh nenek sedikit bongkok, menolak anaknya yang istimewa dan dewasa di atas kerusi roda (dengan beranggapan berasaskan penelitian bahawa mereka itu ibu dan anak). selalu dilihat ke hulu dan ke hilir pada bila-bila masa, setiap hari di sekitar manshiah dan mahattah raml.
tiada gambar. dikripsi: nenek berjubah litup hitam. krepot. anaknya, selalu dilihat berbaju bersih. mempunyai masalah kekejangan otot tangan. di atas ribanya diletakkan kotak kasut untuk memuatkan wang derma. ayat nenek yang selalu didengar : "bantulah anak-anak yatim...." atau sebagainya.
3. anugerah tidak membazir hingga ke titisan terakhir : kerana berjaya 100% menggunakan pen birunya hingga ke titisan dakwat terakhir. jarang-jarang sekali kita dapat menyaksikan fenomena ini. namun seorang pelajar yang cekal, anis rosli telah melakukannya lantas secara optimum menggunakan LE 2.75 (bukan harga sebenar) yang telah dibelanjakan untuk membeli pen tersebut.

perhatikan perbezaan pen kepunyaan anis rosli (atas) dan pen kepalakotak (bawah) yang jarang-jarang diguna

tahniah kepada pemenang anugerah.
jika anda mempunyai gambar nenek dan anaknya atau pakcik peniaga ayam mainan boleh emelkan untuk memeriahkan lagi post ini.

5 ulasan:

sobirinH berkata...

lol!
post yg best!
byk kan lagi anugerah, baru lagi menarik!
paling terharu pasal pakcik penjaja mainan ayam... huhu.. tabahnye,,,
and oh, btw, sape anis rosli? ahemm,, *angkat2 kening*

kepalakotak berkata...

owh.
mohd. anis bin rosli.
lupa..

teruskn berziarah ke laman kepalakotak untuk mengetahui pemenang anugerah yg akan datang.

sobirinH berkata...

T____T
hai anis rosli
huhu,,,

cahaya syurga... ^ainul mardhiah^ berkata...

hehe...
kelakar btol la...

Uqbah Azam berkata...

haha.

mula mula aku juga fikir anis rosli nama perempuan. fiuh.

err, kalau aku kirim gambar encik rambut putih kau nak? dia juga jual ayam. er, jadi maskot sebenarnya. tapi sudah kena boikot. nak?