
pencapaian luar biasa oleh orang biasa yang bukan calang-calang biasa.
mereka layak menerimanya.
tiada gambar. diskripsi : pakcik lewat 30-an kurus berhidung mancung membawa 2 atau 3 anak ayam mainan kuning bercangkung di tepi kaki lima, selalu dilihat sedang memusing kunci mainan tersebut. kemudian mainan ayam dibiarkan bergerak-gerak seakan mematuk tanah di atas dulang besi atau carikan kotak.2. anugerah kasih hingga ke hujung nyawa : berjaya dirangkul oleh nenek sedikit bongkok, menolak anaknya yang istimewa dan dewasa di atas kerusi roda (dengan beranggapan berasaskan penelitian bahawa mereka itu ibu dan anak). selalu dilihat ke hulu dan ke hilir pada bila-bila masa, setiap hari di sekitar manshiah dan mahattah raml.
tiada gambar. dikripsi: nenek berjubah litup hitam. krepot. anaknya, selalu dilihat berbaju bersih. mempunyai masalah kekejangan otot tangan. di atas ribanya diletakkan kotak kasut untuk memuatkan wang derma. ayat nenek yang selalu didengar : "bantulah anak-anak yatim...." atau sebagainya.3. anugerah tidak membazir hingga ke titisan terakhir : kerana berjaya 100% menggunakan pen birunya hingga ke titisan dakwat terakhir. jarang-jarang sekali kita dapat menyaksikan fenomena ini. namun seorang pelajar yang cekal, anis rosli telah melakukannya lantas secara optimum menggunakan LE 2.75 (bukan harga sebenar) yang telah dibelanjakan untuk membeli pen tersebut.
sejak kebelakangan ini bilangan nyamuk semakin bertambah stop. tidak tahu asal dari mana stop. nyamuk-nyamuk mula menyerang kami yang terleka stop. ketika mereka terleka sedang beristirahat kami melancarkan serangan balas stop. tinggalan jasad-jasad mereka kekal di dinding sebagai tompokan-tompokan perang atau merah darah stop.
dipercayai merupakan tindakan membantah post sebelum ini stop.
mesej perlu ringkas stop. sedang menaip ini bertalu-talu diserang stop.