Jumaat, 20 Februari 2009

ejekan

antara sebab orang akan mengejek, untuk membuat diri rasa lebih bermakna dengan meletakkan individu bahan ejekan lebih rendah taraf (dan lain-lain) ; dalam masa yang sama mengiktiraf diri superior, lebih tinggi taraf (dan lain-lain) berbanding bahan ejekan.

ejekan memerlukan subjek. subjek-subjek tersebut pelbagai: fizikal - warna kulit, rambut, mata, gigi, ketinggian. atau kebolehan - tidak mampu bermain bola, tidak dan bermacam-macam tidak. atau pemilikan.

jadi semasa dipanggil "buyyah", usah rasa tertiup-tiup api perasaan. kewujudan bangunan ini dicelah-celah bangunan tua sekelilingnya sudah jadi satu ejekan halus tanpa sedar. naluri manusia untuk menyenangkan diri.

kita sama-sama seri.

tambahan, siapa lebih pengalaman melata melihat dunia.

keluar dari kotak.

-tamat-

Selasa, 17 Februari 2009

jarak

hampir sebulan barulah disedari pemergian seorang sasterawan negara, arena wati.
jarak benar-benar memisahkan.
walau adanya internet.

Jumaat, 13 Februari 2009

serangan

imej sebenar adalah lebih ganas, tidak sesuai dimuatkan dalam blog

sejak kebelakangan ini bilangan nyamuk semakin bertambah stop. tidak tahu asal dari mana stop. nyamuk-nyamuk mula menyerang kami yang terleka stop. ketika mereka terleka sedang beristirahat kami melancarkan serangan balas stop. tinggalan jasad-jasad mereka kekal di dinding sebagai tompokan-tompokan perang atau merah darah stop.

dipercayai merupakan tindakan membantah post sebelum ini stop.

mesej perlu ringkas stop. sedang menaip ini bertalu-talu diserang stop.

Isnin, 9 Februari 2009

kata hikmah #02

untuk demam peperiksaan:
belajar tidak mengenyangkan, maka

buku bukan diet terbaik untuk badan dan otak


boleh salin dan tampal gambar ini, bubuh di blog atau laman web anda sebagai sebahagian kempen JAGA KESIHATAN SEMASA MUSIM PERIKSA anjuran kepalakotak.

selamat berusaha.

-mao-

Ahad, 8 Februari 2009

kata hikmah

untuk musim peperiksaan :
belajar tidak mengenyangkan

selamat berusaha.

-mao-