Selasa, 17 Februari 2009

jarak

hampir sebulan barulah disedari pemergian seorang sasterawan negara, arena wati.
jarak benar-benar memisahkan.
walau adanya internet.

Jumaat, 13 Februari 2009

serangan

imej sebenar adalah lebih ganas, tidak sesuai dimuatkan dalam blog

sejak kebelakangan ini bilangan nyamuk semakin bertambah stop. tidak tahu asal dari mana stop. nyamuk-nyamuk mula menyerang kami yang terleka stop. ketika mereka terleka sedang beristirahat kami melancarkan serangan balas stop. tinggalan jasad-jasad mereka kekal di dinding sebagai tompokan-tompokan perang atau merah darah stop.

dipercayai merupakan tindakan membantah post sebelum ini stop.

mesej perlu ringkas stop. sedang menaip ini bertalu-talu diserang stop.

Isnin, 9 Februari 2009

kata hikmah #02

untuk demam peperiksaan:
belajar tidak mengenyangkan, maka

buku bukan diet terbaik untuk badan dan otak


boleh salin dan tampal gambar ini, bubuh di blog atau laman web anda sebagai sebahagian kempen JAGA KESIHATAN SEMASA MUSIM PERIKSA anjuran kepalakotak.

selamat berusaha.

-mao-

Ahad, 8 Februari 2009

kata hikmah

untuk musim peperiksaan :
belajar tidak mengenyangkan

selamat berusaha.

-mao-

Selasa, 3 Februari 2009

kurang cabaran

waktu malam.

tingkap rumah dibuka, musim sejuk begini kulat rajin naik merebak di dinding.

serangga-serangga yang kesejukan di luar tumpang kehangatan dalam rumah. lalat dan nyamuk terutamanya.

puas diligan lalat-lalat. mereka masih degil berlegar-legar menggunakan ruang udara kami secara haram. stamina mereka tinggi.

secara senyap-senyap nyamuk cuba-cuba merasa orang-orang tanah malaya. "dengarnya mereka kuat makan nasi, tentu kandungan gula lebih tinggi - lebih manis!" monolog bayangan seekor nyamuk.

nyee...nyee...nyee... [nyamuk terbang]
-menuju ke kaki yang terjulur keluar dari selimut.

ketepek [kesan bunyi]
-tamat riwayat di situ.

berbanding lalat, nyamuk-nyamuk kurang cergas, tidak pandai mengelak dan terbang perlahan. bewarna coklat kekuningan, tidak begitu sesuai untuk sembunyi dari penglihatan kami. dan juga, kami sudah terlatih dengan nyamuk-nyamuk cuaca tropika yang lebih gemuk, laju dan mencabar - kesabaran.

(rindu nyamuk tropika)