Selasa, 3 Februari 2009
kurang cabaran
tingkap rumah dibuka, musim sejuk begini kulat rajin naik merebak di dinding.
serangga-serangga yang kesejukan di luar tumpang kehangatan dalam rumah. lalat dan nyamuk terutamanya.
puas diligan lalat-lalat. mereka masih degil berlegar-legar menggunakan ruang udara kami secara haram. stamina mereka tinggi.
secara senyap-senyap nyamuk cuba-cuba merasa orang-orang tanah malaya. "dengarnya mereka kuat makan nasi, tentu kandungan gula lebih tinggi - lebih manis!" monolog bayangan seekor nyamuk.
nyee...nyee...nyee... [nyamuk terbang]
-menuju ke kaki yang terjulur keluar dari selimut.
ketepek [kesan bunyi]
-tamat riwayat di situ.
berbanding lalat, nyamuk-nyamuk kurang cergas, tidak pandai mengelak dan terbang perlahan. bewarna coklat kekuningan, tidak begitu sesuai untuk sembunyi dari penglihatan kami. dan juga, kami sudah terlatih dengan nyamuk-nyamuk cuaca tropika yang lebih gemuk, laju dan mencabar - kesabaran.
(rindu nyamuk tropika)
Sabtu, 31 Januari 2009
menanda, melabel dan sebagainya
1) Take a recent picture of yourself or take your picture of yourself right now 2) dont change your clothes, dont fix your hair..just take a picture 3) paste the picture with no editing 4) post these instructions with your picturekita tidak gemar bergambar apatah lagi meletakkannya di blog. harap encik bena expectorant tidak kecil hati.
5) tag 5 people to do this

baru-baru ini, dari blog [ceritaku...]:
Directions:Once you’ve been tagged, you have to write a post with sixteen random things, habits or goals about you.At the end, choose five people to be tagged, listing their names and why you chose them.Don’t forget to leave a comment (”You’re tagged!”) and to read your blog.You can’t tag the person who tagged you.Since you can’t tag me, let me know when you’ve posted your blog, so I can see your weirdnesskeanehan terbesar, blog ini dinamakan kepalakotak. kita sendiri hairan mengapa menamakannya kepalakotak.
seterusnya kita ingin tag Mao.
Khamis, 29 Januari 2009
bertemu pakcik misteri
hidungnya tajam, runcing ke bawah. garis-garis dahinya begitu jelas. berjaket kulit hitam, berseluar jeans, berkasut kulit juga. penampilan dia tampak lebih kemas jika dia memakai jaket kulit yang lebih baru, bukan jaket kulitnya yang kusam itu. dia berada dalam lingkungan 40-an.
dia menyapa kami. "hi, malaysians?"
hidung runcing, mata kuyu, sedikit lebam di bawahnya, bercukur tidak sempurna, rambut pendek, dahi bergaris, dalam lingkungan 40-an
kami sudah rasa semacam. selalunya orang mesir akan memberi salam kepada kami, bukan mengucapkan 'hi'.
kami mengiyakan pertanyaannya. menolak tepi perasasan awal tadi kami bersangka baik, bahawa orang ini salah seorang penduduk yang mesra dengan muka-muka asing seperti kami.
terus kepada perbualan kami yang penting. entah mengapa pakcik itu terus melompat kepada soalan: "what do you think about egyptian girl?"
kami memandang muka sesama kami.
kami jawab soalannya seikhlas mungkin berpura-pura tidak memahami maksud yang ingin disampaikan. pakcik itu terus mengasak kami dengan pertanyaannya. diterjemah : "inginkah kamu meluangkan masa 2 atau 3 jam bersama gadis mesir?"
kami orang-orang mempunyai iman, yang berasal dari budaya yang sopan, menolak ajakannya baik-baik. mungkin lain kali, jawab kami - yang bermaksud sekali-kali kami tidak mahu menerima ajakannya; jika pakcik itu faham budaya berlapik dalam kata-kata.
kemudian dia mempelawa kami untuk menukar mata wang dolar. kami katakan tidak.
bila pulang ke rumah, kami bercerita sesama kami, dan mengetahui bukan kami sahaja bertemu dengan pakcik itu.
Jumaat, 23 Januari 2009
selipar malizi
kami baru sahaja hendak melangkah masuk ke mabna bait tullab malizi sebelum kami ditahan seorang warga iskandariah yang ingin bertanya. bangunan asrama masih baru, dan warnanya agak istimewa. tidak hairanlah bangunan ini mencetus banyak persoalan.
(matanya memandang selipar kami dahulu.)kami kata, "kami pelajar malizi, ini asrama kami," balas kami mesra.
"what do you do? your job, here," tanyanya.
"owh. okay. maa salamah."kami memerhati warga iskandariah itu pergi. budaya berlainan negara tentunya berbeza, apatah lagi berbeza benua.
Rabu, 21 Januari 2009
pengsan

encik bena expectorant baru-baru ini membangkitkan isu tentang tidur. atau lebih tepat lagi pengsan. kerana tidur selalunya berlaku secara sengaja, diniatkan. tetapi dia tanpa tidak sengaja hilang kesedaran lantas berpindah sebentar ke alam lain. tiada siapa boleh disalahkan.
berdasarkan pemerhatian, sebelum pengajar melangkah masuk ke kelas@bilik kuliah semua pelajar dalam keadaan terbaik, bertenaga, cergas. bermulanya patah perkataan pertama terbit dari mulut pengajar, terdapat penurunan tahap kecergasan pelajar secara mendadak.
sebaliknya jika pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran, pembacaan dan ulang kaji larut malam jarang-jarang berlaku penurunan tahap kecergasan yang mendadak.
berdasarkan 2 situasi diatas, kehadiran pengajar menjadi pemboleh ubah manipulasi. kewujudan pengajar mencetuskan fenomena "pemerosotan kecergasan mendadak" atau "pendodoian beramai-ramai". mungkinkah gelombang hipnotis mampu dijana oleh seorang manusia dan memberi kesan terus-menerus terhadap lebih kurang 100 orang pelajar?
satu konklusi yang mutlak tidak boleh diungkaikan berdasarkan pemerhatian ini sahaja kerana terdapat juga faktor-faktor lain seperti persekitaran yang tertutup, niat pelajar dan macam-macam lagi yang perlu dikaji lebih lanjut demi memastikan masa depan pelajar terjamin.
tidur tangga kejayaan. berikan tubuh rehat secukupnya.
(jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri)
-iklan-
penternak kucing, pecinta ibu (kami juga), pembenci israel (kami juga) dan perempit sambilan. penternak kucing? boleh lawat ke lamannya dengan satu klik di sini.