Sabtu, 23 Ogos 2008
guru
yang tidak tahu
yang terlebih mulia,
menunjukkan erti tidak tahu:
sir dan teacher
ustaz, ustazah
cikgu.
guru.
- untuk mereka yang telah aku lupa namanya -
Ahad, 17 Ogos 2008
wajah baru
Terima kasih kepada Ammar Hoohoo kerana telah menghasilkan wajah baru kepalakotak.
Terima kasih juga kepada orang-orang yang telah kita temui sepanjang beberapa bulan ini. Sekarang kita hampir mendapat gambaran yang jelas serta pandangan yang pelbagai. Kotak fikiran yang kecil kita gantikan dengan yang lebih besar dan lebih senang dibuka.
:)
Ahad, 27 Julai 2008
mahabbah
karya:SN Shahnon Ahmadtajuk:Mahabbah
terbitan:DBP
keseluruhan cerita hanyalah berkisar pemikiran Endar. Endar sudah tua dan terlantar kerana penyakit
Myasthenia Gravis yang melumpuhkan seluruh dayanya. Dia tidak mampu untuk bersuara lantang seperti dahulu lagi. Yang termampu bagi Endar hanyalah untuk menggerakkan hati dan mindanya berfikir tentang bangsanya yang berpecah serta dirinya yang akan meninggalkan dunia fana'.Bangsa Endar, Endar tamsilkan dengan sebatang sungai. Awalnya sungai itu bergerak dalam satu aliran. Namun setelah masa berlalu aliran sungai yang satu itu telah berpecah kepada dua yang dipisahkan oleh tebing atau tembok yang besar.
Sepanjang sungai itu berpecah kepada dua aliran, sepanjang itu dua sungai itu saling mengotori sesama sendiri. Dan menjadi hasrat Endar untuk melihat dua sungai itu kembali menjadi satu. Kalau boleh, Endar ingin mengangkat tembok yang memisahkan itu, yang menjadi punca permusuhan.
Namun pada akhirnya Endar berpendapat, tembok itu tidak perlu dicabut tetapi perlu dibersihkan, dimurnikan daripada segala syaitan dan manusia durjana yang bertenggek di atasnya. Kemudian di atas tembok itu akan didirikan bangunan serta taman-taman yang indah. Dan dua aliran sungai itu akan terus mengalir suci menurut perintah-Nya.
(jika terdapat sebarang kesilapan pada sinopsis ini, minta diperbetul..)
tiada siapa dapat menafikan peranan politik dalam kehidupan seharian kita serta kepentingannya dalam membentuk sebuah negara. namun politik tidak sepatutnya menjadi sebab pertelingkahan, kerana tujuannya ialah membentuk sebuah kerajaan bagi negara. lalu, jika bertelingkah kerana politik, berfitnahan sesama sendiri dan bertohmahan, bukankah telah mencabuli tujuan asal berpolitik?
sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang politik perlu membaca renungan-renungan dalam Mahabbah kerana kita pasti akan menjadi tua, merasai waktu menghampiri kematian; dan pada masa itu kita akan melihat kembali perbuatan-perbuatan kita yang terdahulu.
-imej kulit buku dari ujanailmu
Ahad, 20 Julai 2008
D for durian!!

Yummy!!
Rabu, 16 Julai 2008
usia
Begitu disifatkan usia remaja.
Sebelum remaja kita dikurniakan dengan tenaga yang banyak. Cukup banyak. Jika diperhatikan kanak-kanak kecil bermain, kita pastinya kagum dengan stamina yang mereka miliki. Mereka berlari, ketawa, terjerit-jerit semasa bermain selama sejam atau lebih. Kemudian mereka rehat sebentar dan sambung semula.
Namun pada peringkat usia kanak-kanak kita tidak dikurniakan dengan kematangan akal. Dunia dari sudut pandangan kanak-kanak ialah dunia yang mudah, penuh keriangan tanpa perlu memikirkan perjalanan hidup mereka kerana ada ibu bapa yang membuat keputusan.
Tanpa kematangan akal itu tadi kita tidak mampu untuk menafsir sebetulnya realiti yang wujud dalam dunia. Spiderman melompat tinggi atau mengeluarkan tali-temali dari tangannya tidak dirasakan mustahil. Atau semasa ultraman berlawan dengan raksaksa, berapa banyak angka korban akibat ultraman jatuh atas rumah-rumah dan kediaman; tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.
Ketuaan pula, adalah kembali menjadi lemah. Pada usia tua keremajaan sudah hilang, tenaga menjadi pudar setelah tahun demi tahun berlalu. Walau dengan akal fikiran yang matang dan mampu berfikir jauh ke depan berdasarkan pegalaman hidup, namun sudah tidak secergas masa remaja-tidak punya daya yang banyak.
Dan ada juga pada usia tuanya fikirannya menjadi susut. Ingatan pudar, pelupa dan nyanyuk. Kita tidak mampu mengurus diri sendiri dan perlu dibantu, balik semula seperti kita masih bayi dahulu. Disuapkan dan dimandikan.
Penyakit mula datang dengan banyak dan badan kita tidak mampu untuk sembuh dengan seeloknya seperti waktu muda dahulu. Sedikit demi sedikit daya kita hilang. Mata tidak cerah. Telinga kurang menangkap. Langkah mengurang dan semakin mengurang. Nafas memendek, menjadi singkat, hingga pada akhir usia: kita tidak mampu lagi bernafas.